Followers

July 11, 2013

Untuk cinta hati. #Abah

Kadang-kadang hebatnya seorang ayah selalu kalah dengan pengorbanan seorang ibu. Tapi bagi segelintir, ayah adalah pahlawan hati yang tak mungkin terganti. Meski suara tak semerdu nyanyian lembut seorang ibu. Tapi, urat yang terlihat bekas dari jerit perih dari keperkasaan memberi bahagia untuk anak isteri. Keriput tergurat jadi bukti. Di mata hati putera puteri umur yang semakin senja tetap tak berkurang semangat dan ketampanan seorang ayah. (:


"Dia yang selalu ku panggil 'abah'
Dalam marah nya sentiasa ada sayang
Dalam guraunya selalu ada nasihat
Dan dalam diamnya ada tersimpan sendu.

Apa layaknya aku memikirkan bahagia sendiri 
bila kerut di dahi mu itu punca nya selalu aku
Dan celaka nya aku jika di sebalik tangisan mu itu sebenarnya aku 
bila senyuman ini selalu hasil nya dari mu
Maka keriput tergurat mu mengingatkan aku untuk tidak bangun dan berlari untuk sendiri

Dulu sering kau tanyakan aku mahu apa
dan aku jawab itu dan ini
Tapi kini kalau kau tanyakan lagi 
Satu akan ku jawab, 'bahagiamu'
Dan moga nanti giliran aku pula menanyakan apa mahu mu.

Dengan hanya membayangkan segala dari mu untuk ku, ada air jernih yang tertahan
Dan sesungguhnya aku menulis ini dengan seribu ngilu di hati
Memang nyata kau cinta hati yang tak mungkin terganti"

(DY, 2013)

Terima kasih tak pernah lelah dengan amanah yang satu ini #Abah

p/s: Tak memerlukan hari-hari tertentu untuk menulis ini, kerana cinta itu seharusnya setiap hari. Kan abah? Dan kerana kesukaan mu, aku warnakan puisi ini menjadi biru. :) 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...