Yesterday, my friend just posted a video seorang chinese ni yang cuba untuk puasa sehari. Taktaw kenapa hati rasa tertarik nak tengok. Here he is (:
Masa awal-awal video tu Jo ada sebut, puasa tak boleh makan tak boleh minum, tak boleh buat benda-benda jahat. Sesungguhnya aku touching. Non-muslim pun tau yang bila berpuasa kita tak boleh buat benda jahat. Seharusnya kita as a Muslim patut lebih faham kan? (:
#RulesOfFasting #Ramadhan
'Conserve your tounge' . Bukan hanya lisan. Tapi juga di laman sosial. Behave. #SelfReminder (:
Okay back to the video. Nampak tak muka excited dia waktu masuk je waktu berbuka tu? Happy face sungguh bila dapat minum dapat makan. Buat aku teringat akan satu hadis ni:
"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti." - (Riwayat At-Tirmizi).
Jo yang terlepas waktu sahur pun still continue puasa. So sesape yang skip puasa dengan alasan terlepas sahur tu sila lah berasa malu okayy.. Tapi my mom pesan, jangan skip sahur. Masa kecik-kecik zaman sekolah rendah bila liat nak bangun sahur, mak sanggup datang pegi bilik bawakkan air milo dan air suam. Suruh jugak sahur. Sebab Nabi pun ada kata:
"Bersahur itu berkat maka jangan lah kamu tinggalkan, walau seorang diantara mu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur." - (Riwayat Ahmad).
Pada minit 4:50 Jo ada mention pasal kesabaran. Yeah. Even dia baru puasa satu hari, tapi dia dapat hikmah berpuasa yang Islam nak ajar. Alhamdulillah. Puasa ni kita sama-sama dapat rasa macamana orang miskin atau mangsa peperangan tak dapat makan dan minum setiap hari. Mengajar kita erti sabar dan insaf.
Wanna say thanx a lot to Jo for making dis video. He teach us to respect each other. Islam tu indah. Akhlak Rasulullah jadi sandaran. No racist. Again. Seharusnya kita lebih tahu. Stop any rude speech or talking about each other. Teringat status facebook seorang kawan:
"Don't spread your words that can makes people hate each other even it is true. Keep it yourself. Kalau nak tujukan kat sorang je pon, yang len terasa padah jugakkan? Sebarkan haruman, busuk busuk tu simpan, buang jauh." - Suriya Adnan
Kalau Jo yang non-muslim pun boleh buat video ni sebagai tanda respect pada Muslim yang berpuasa, and the other non-muslims yang turut menghormati bulan ramadhan ni. Why not kita sendiri? Harap takde lagi lah manusia-manusia (muslim) yang merokok di tempat awam masa bulan puasa ni. And again. Teringat emak pesan. Kalau kita (perempuan) tak bole puasa (period) pun bukan maksud kita boleh makan sesuka hati waktu siang. My mom still akan suruh bangun sahur sama-sama dan berbuka sama-sama. Nak makan sekalipun sila sorok-sorok. Hormat yang lain katanya.
Okay, selamat berpuasa ! Last but not least. Jo, saya pun suka roti jala jugak. #Eh. (:
No comments:
Post a Comment