Followers

July 12, 2013

Curiga dan Percaya. #Cinta

Lately ramai pulak kawan-kawan mengadu yang pasangan diorang kuat jealous and quite mengongkong. Aku cuma mampu senyum, sengih dan kadang-kadang gelak. Bukan tak simpati. Tapi aku takut kalau aku bagi nasihat, nanti diorang bakal putus, break ataupun clash. Haha. 

Tapi sebab yang mengadu tu dah melebihi tahap kemampuan aku nak beri nasihat. So aku nak kongsi sikit apa yang aku baca dari blog BicaraSamaAwan beberapa bulan lepas. (:  

CURIGA DAN PERCAYA

Dalam relationship, 

cukup sekadar kita ikatkan ia, 
rasa berteman. 

Dalam perhubungan, 

Cukup sekadar kita percaya tentang diri kita sendiri bagaimana untuk kita jadi terbaik bukan pada dia, tapi pada diri sendiri. 

Dalam cinta, 

Jangan pagar undang-undang untuk melaporkan setiap apa pun. 

Makan kita macam mana, 
Hari ini kita buat apa, 
Balik jam berapa, 
Tidur jam berapa, 
Itu siapa, 
Ini siapa, 

Cuba fikir: untuk apa? 

Bukankah cinta itu datang cukup hanya kita rasa kewujudan itu, ada. 

Bukankah cinta yang dianugerah Tuhan itu untuk dipelihara pada aliran jalan sehalanya? 

Tanya diri sendiri: berjuta rasa cinta yang kita beri untuk dia ini adakah itu tiket untuk kita bersama dengan dia selamanya? 

Jangan ragu pada cinta seolah dia kenapa-kenapa dibawa angin bimbang tentang keadaanya? 

Jangan letak sejuta harapan pada jalan yang kita sendiri tidak tahu, ia sampai mana? 

Cukup hanya kita minta: pencerahan pada si pemberi cinta: Tuhan. 

Cukup hanya kita terbangkan doa; 

"Semoga aku dan dia baik-baik saja" 

Ragu dan percaya, 
letak jauh-jauh. 

Kita hanya berteman, 
tanpa ada harapan. 

Kerna harapan itu, 
adalah ragu. 

Harapan itu kepercayaannya, 
turun naik. 

Kita adalah teman, 
teman yang saling mempercaya. 

Percayalah, 
Kita tetap akan menemukan bahagia, 

Biarpun kita diganti sosok seseorang disamping kita sekarang, percayakan itu. 

"ia wujud ada untuk kita" 


BSA - 3:56 petang, 
12 March 2013.




Tapi nanti ada pulak yang tanya, "dah dapat pasangan yang kuat jeles nak buat mcmana? takkan nak clash?" Okey, for me perasaan curiga dan percaya tu dua-dua perlu ada. Cuma perlu ada kat tempat yang betul. Kalau takde perasan curiga tu mcm tak normal pula. Percaya. Kalau tak percaya buat apa nak bersama. Dan kalau tak percaya kenapa nak mengurat si dia masa awal-awal atau accept 'lamaran'. Right?

Kepercayaan tu bukan hari ni cakap "awak kena percaya saya" dan esok sampai mati dia akan percaya kita. No. Kepercayaan tu dibina dan dipertahankan. Ingat lagi macamana susah aku nak mintak izin dari abah untuk kerja part time lepas SPM. Once abah bagi peluang, aku cuba guna dan jaga peluang tu. How? Tak balik lambat tanpa sebab. Tiap kali ada mamat-mamat datang bagi bisnes card or whatelse aku serah semua pada abah. Bukti yang aku serius cuma nak kerja. Dan aku tak sia-siakan duit gaji dengan cara sambung belaja masuk matrikulasi guna duit sendiri. Then bila cuti semester kat universiti nak minta izin dari abah kerja part time pun dah senang. Yeay. **Aku taktaw nak share pengalaman becinta. So kongsi cerita aku ngan abah pun bole kan? Pokok pangkal dia nak buat pasangan tu percaya kita bukan sehari dua. Kata sayang? Effort la sikit untuk buat dia faham dan percaya. Asalkan tak langgar ajaran agama dan tak lupa mak ayah. 

Biasa problem yang kawan-kawan mengadu "dia tak bagi aku keluar dengan kawan lelaki yang lain, tak manis katanya." Aku suggest, cuba reply macam ni. "Abis tu yang kita selalu keluar dating berdua tu manis sangat ke? At least sy keluar dengan kawan tu ramai-ramai. Kalau nak buat silap pun masih ada yang lain untuk tegur." Tapi lepas tu korang besedia la untuk dia sentap and merajuk seminggu atau sebulan. Haha. Suggestion lain, cuba sekali sekala bawak dia keluar sama-sama dengan kawan-kawan kita. Biar dia kenal biar dia nampak dengan orang yang macamana kita berkawan. Mungkin lepas tu dia lebih percaya. 

Masalah seterusnya, dapat pasangan yang every minute every second nak tau kita pergi mana, buat apa dan dengan sapa. Oke yang ni serius rimas. Mak ngan ayah kita pun tak macam ni kan? Haha. Aku suggest, cuba jawab macam ni "setiap aktiviti saya, sy dah lapor kat mak ayah. Kalau awk nak tahu, lebih afdhal awk tanya kat mak ayah sy sendiri." Bagi hint sikit kat si dia yang parent masih lagi yang TERPENTING dan TERUTAMA dalam diri kita. Bukan dia yang belum ada apa-apa ikatan sah dengan kita. Tapi tu pun kalau berani nak buat la. 

Suggestion last aku, selalu-selalu lah doa mintak dia dilembutkan hati untuk percaya kita. Sebab tanpa percaya ibarat macam nak bina rumah tanpa tiang. 

Letak cinta 100% pada pemilik hati, iaitu DIA.

Ayat akhir aku, kalau rasa tak boleh jugak hidup dengan ada orang jeles atau sentiasa nak ambil tahu, jadi single la. Hidup sorang-sorang. Pahtu jangan nanges pulak. Hihi. Pada yang belum ada pasangan atau calon pasangan tu, luangkan lah sikit masa untuk selalu doa pada yang atas supaya diberi pasangan yang memahami dan mempercayai. Remember, kita pilih pasangan yang kita nak bawak dan hadap sampai mati dan selepas mati. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...