Followers

November 17, 2013

Hujan pagi. Jangan hujan hati

Nah, teringat kata seorang kawan ni. Bila diberikan satu kertas putih dan dicalitakan sedikit dakwat hitam di tengahnya. Pasti. Mata dan akal tertumpu pada si hitam walau putih nyata lebih luas. Samalah dengan kita dalam nyata. Bila dihidangkan dengan satu dua masalah dan musibah, kita selalu lupa atau sengaja mengabaikan beribu hadiah yang Allah sediakan untuk kita teruskan senyuman.

Omputih kata, "The most beautiful smile is the one that struggles through tears". Dan kerana itulah senyuman adalah pakaian paling mahal.. (:

Biar hujan pagi. 
Jangan hujan hati. 
Tapi kalau hujan pun, mana tahu ada pelangi yang menanti
(DY, 2013)

It's raining

November 15, 2013

Puisi malam hari

Minta dibelanjakan puisi. Bila malam tanpa ilham. Berbekalkan #PuisiTepiJalan dari Fynn Jamal. Nah. Terima kasih masih sudi dibalas. (: 

Bulan tak pernah muncul demi menemaniku. 
Ribut tak pernah menerkam hanya untuk dendam amarahku. 
-Fynn Jamal-

Tanpa langit
Matahari dan rembulan hanyalah sinar tanpa latar.
Tanpa langit
Matahari pasti menyakiti, rembulan pasti mengaburi.
(QFreeInk, 2013)

Demi malam yang mungkin tidak sempat habis.
Demi siang yang mungkin tidak sempat sampai.
Sudah-sudahlah.
-Fynn Jamal-

Demi hidup yang senafas. 
Demi perjalanan yang selangkah
Cukuplah diri ini milik Dia.
(QFreeInk, 2013)

Lari dan terus lari. Tanpa erti.
Maka berhentilah.
-Fynn Jamal-

Lari jauh mana. Tanah jua tempat kita.
(QFreeInk, 2013)

Kalaulah Fynn baca ni. Haha
**Aku bulan. Kamu mentari. Cuma bulan bila kau mentari.

Puisi adalah eskapisme.

Kelmarin kawan ada beli puisi Fyyn Jamal. #PuisiTepiJalan
Sepuluh rangkap panjang kat kulit belakang buku Fyyn, aku tertarik dengan satu rangkap ni..


Setuju. Puisi adalah eskapisme. Frasa-frasa tergantung yang menyelamatkan maruah dari terus lalai dari menceritakan semua.

"Aku memilih tulisan yang sukar ditafsir
Kerana bibir selalu gagal menterjemah.
Mungkin nampak bisu
Tapi jika dihalusi, sesungguhnya ia ramah.
Tak perlu ramai
Cukup sekadar yang benar-benar mahu saja tahu."

(DY, 2013)

**Baca puisi ku, fahami aku.

November 10, 2013

Manusia itu berubah-ubah #KCB

Petang dan novel. 

Sekali lagi ulang baca novel 'Ketika Cinta Bertasbih 2' hasil tulisan Habiburrahman El Shirazy. Novel memang selalu beri kesan lebih berbanding movie kan? Dalam movie KCB, aku cuma nampak persoalan Khairul Azzam dalam mencari jodoh. Yang lain-lain samar. Part Khairul Azzam yang gigih jual tempe bakso demi ibu dan adik-adik tak berapa sampai kepada penonton. Cerita pasal Ayatul Husna (adik Khairul Azzam) yang dulu masa kecil nya nakal dan suka betindak ikut emosi. Langsung tak ada. 


Husna yang zaman remaja nya pernah pukul abangnya, Azzam dengan kayu penyapu sampai berdarah telinga. Hanya sebab Azzam menyiram air kerana suka lewat bangun subuh. Husna yang pernah minta dibelikan motorsikal baru untuk ke sekolah kerana malu dengan motorsikal buruk tahun 1970-an ayah nya. Bila ayah kata tidak mampu, merajuk Husna lari dari rumah. Tidur bergilir-gilir ke rumah kawan-kawannya. Hari keempat, dalam perjalanan ayah nak mencari Husna, dia dilanggar dengan kereta yang dipandu oleh pemabuk dan meninggal dunia. Sedangkan sehari sebelum, ayah nya baru meminjam duit dari bank bagi motorsikal baru untuk Husna. Kejadian yang menimbulkan kesedaran pada Husna walaupun terlewat. 

Petikan ayat dalam novel:

"Manusia boleh berubah. Begitu juga Husna. Dia telah berubah setelah melalui proses yang panjang. Seorang Nabi pun akan matang sehingga mampu memikul beban setelah melalui proses yang panjang dan melalui pelbagai dugaan. Sebelum menjadi Nabi, seorang yang bernama Yusuf dicampakkan ke dalam perigi. Kemudian dia dijual sebagai hamba. Pernah pula difitnah oleh Zulaikha. Dipenjarakan. Barulah kemudiannya dimuliakan Allah.

Sebelum menjadi insan yang dijamin masuk syurga, Umar al-Khattab pernah menjadi insan jahiliyyah. Dia pernah melakukan perbuatan-perbuatan keji, membunuh anak perempuannya sendiri yang bau lahir dengan cara menanam hidup-hidup. Dia juga memusuhi dakwah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahkan berniat mahu membunuh Baginda. "

Kisah Zumrah yang zaman remaja nya baik dan solehah. Tapi membesar jadi gadis yang bukan lagi gadis dan dianggap penyebab kematian ayah nya pun sangat memberi kesan dalam novel ni.

Manusia itu berubah-ubah. Berubah didesak keadaan. Juga berubah didesak hati. Manusia memang selalu berubah. (': 

November 6, 2013

Ibarat tendang masalah #Futsal

Sekali lagi, ini cerita futsal.

Aku tak tahu kenapa masih setia dengan sukan ni. Kalau sebut pasal minat. Aku mungkin tak ada kat court futsal tiap petang. Even terpaksa start from zero nak cari pelapis baru setiap kali habis Sukan Siswa tahunan. Aku masih jugak kat sini. Bila sedih dan letih bersatu perkataan 'give up' dah beribu kali terlintas. Tapi masih tidak. 

Mungkin kerana satu pesanan ringkas setahun lalu. "Lepas ni kerja Yaya pulak cari pelapis untuk futsal perempuan". Papp! Amanah. 


Whatever it is. Satu benda yang aku suka pasal futsal. Bila dapat tendang bola. Ibarat macam tendang masalah keluar. Lupa dunia luar sekejap. (: 

Listener

Sambil-sambil drive kereta tadi nak pegi kedai makan. Dengar cik-cik roommates dok luah tak puas hati, kecewa, sedih pedih pasal hal-hal dalam kelab yang diorang join. Aku diam, dengar dan senyum. Sampai lah diorang minta maaf kat aku sebab kena tadah telinga. I said "it's ok". Then sambung dengar semula. 

Seriously aku tak kesah. Sebab aku percaya yang sedih, marah, kecewa tak patut simpan lama. Dan untuk orang yang nak buat sesi luahan tu perlukan pendengar. So kira aku acah-acah jadi pendengar setia la tadi. 


**mungkin BintangEmpatBelasHari ni kira 'pendengar setia'... 

September 14, 2013

Ada Mu

Walau kadang tanpa bulan tanpa bintang, bahkan tanpa awan. Langit tetap berdiri walau ia sendiri. Mungkin hidup ni perlu ada konsep yang sama.

#AdaMu #NajwaLatif #Lyric

This song always inspire me. 

Kembali
Dan henti main lari-lari
Hidup ini tak pernah sendiri
Selagi masih ada percaya dalam hati

(DY, 2013)

Remember, Allah tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya. Terus percaya tiap sesuatu yang jadi punya hikmah tersendiri.

Teringat pada pesan seorang leader, "Makin banyak masalah yang datang dalam hidup ni, semakin banyak yang kita belajar." Keep kental wahai hati. (':

Bola

Terasa nak update entri bila Man Utd and Harimau Muda menang malam neh. Sebabkan waktu game yang hampir serentak, dan berbekal kan sebijik laptop dan broadbangg, cuma mampu layan satu game jeh. Mas vs. Myanmar.  Tambah pulak tak jumpa streaming game Man Utd. Ape pun good game played by Harimau Muda. Enjoyed the game sebab bole jerit "goaall" untuk Mas. Tapi yang sentap nya bila time game Arsenal ngan Sunderland elok plak streaming kat bazooka. Bias ni bias. Haha.

Game malam ni lawan masa hujan lebat. Teringat waktu tournament handball sekolah rendah. Lebih tepat masa darjah enam. Gigih betul masa tu hujan-hujan pun nak main jugak. Reff tanya nak hold game ke tidak kitorang cakap tamauu. Alhamdulillah. Medal perak untuk tahun 2003. Sejak kecik bawak balik medal atau trofi dengan harapan dapat tengok senyuman abah dan emak yang lain dari selalu. Dan sy masih sama macam dulu, mak, abah. (': 

Zaman universiti. Masih lagi medal ini untuk mak dan abah. #KSSM #UniKL #Micetian #Futsal #Basketball

I just wondering. Kenapa bila game bola orang selalu pandang pada striker? Jangan lupa team takkan kuat tanpa ada good defender and keeper. Striker pun akan pincang tanpa ada assistance yang baik. I just believe, in a game bukan soal berapa bijik goal kita sumbat. Tapi it's all about teamwork. (: 

August 31, 2013

August 30, 2013

Malam Tiga Puluh Satu. Sambut cara aku.

Ini bukan malam sejarah yang kau simpan dalam buku. #MalamTigaPuluhSatu -MosyukiBorhan

#UniKL #Micetian #AmbangMerdeka

Sebenarnya bila sebut pasal merdeka. Aku pun tak tahu macamana cara sebenar nak sambut. Yang aku ingat dulu masa kecik-kecik tepat jam pukul12 malam akan dengar bunyi bunga api. Esok pagi nya akan duduk depan TV dan tengok perarakan. Yang paling aku suka waktu bentuk logo-logo or bendera guna perbarisan tu dan tengok kereta berhias. Kat sekolah pulak akan ada pertandingan melukis dan mewarna. Nak advance sikit, buat konvoi sambil bawak bendera Malaysia. Kemudian ade pulak nyanyian lagu-lagu patriotik.

Bila dah masuk usia belia ni mungkin perlu ubah cara pemikiran dan sambutan. Sambut dalam hati dengan rasa syukur dan dengan azam untuk jadi rakyat yang baik. Rakyat yang baik? Bunyi macam skema kan. Tapi rasanya itulah ayat paling tepat. How? Mungkin dengan belajar molek-molek dan dapatkan keja. Bantu ekonomi negara, bantu orang lain dan beri contoh yang baik pada generasi yang lebih muda. InsyaAllah.

Mungkin betul bila ada yang kata, laungan "MERDEKA" generasi sekarang takkan sama dengan laungan generasi waktu tahun 1957. Apa pun, salam merdeka yang ke 56 Malaysia ku. (': 

Sedih Jangan Dibenci #Medicine #4

Sedih dan gembira
Benci dan sayang
Sungguh indah emosi ini
Terima kasih Tuhan
Untuk satu-satu nya ini
Untuk sedih ini
Mengajar aku erti kuat
Untuk gembira yang mengajar erti bahagia
Untuk benci yang mengajar erti jelik
Untuk sayang yang mengajar erti cinta
Sungguh indah walau kadang payah

Kerna tiap satu nya
Datang silih berganti
Tanpa diundang tanpa dicari
Ia pasti datang sendiri.

Dewasa ini aku mengerti
Sedih jangan dibenci
Gembira jangan dicintai
Kerna tatkala kita membenci sedih akan lebih menyakiti
Tatkala kita mencintai gembira pasti pergi

Hari ini mungkin langit sunyi
Tapi ia tak pernah sepi
Tegap berdiri melindungi bumi
Seperti naluri yang tak pernah sunyi
Tatkala emosi menemani
Meski hidup ini seorang diri.

(QFreeInk, 2013)

Hilang

Menang?
Kau tak layak. Kerna kau menjatuhkan bukan menentang.


Dan. Aku kalah. Sebab tak melawan.






Jangan pernah tanya ke mana hilang dan mati bila prejudis nya engkau yang membunuh.

August 22, 2013

Tentang sakinah #Puisi

Cukuplah walau sekejap
Masa itu kita yang punya
Kita simpan, kita jaga.
Kita yang rasa.
Ahh terlalu nikmat hingga aku terlupa
Yang aku masih menari
Masih berlari
Masih mencari
Masih di sini
Masih menunggu
Masih percaya
Yang janji itu pasti ditepati
Walaupun ramai yang sangsi.
Hari ini, aku temui
Sesuatu yang aku cari
Dalam aku tak sedari
Ia datang dalam dimensi ruang
Yang aku sendiri tidak pasti.
Hari ini aku ketahui
Yang hidup ini bukan tentang aku
Bukan tentang mereka
Tapi tentang kita.
Tentang rasa, tentang nikmat, tentang sakinah.
Terima kasih Tuhan.
Untuk sesaat, untuk senafas, untuk selangkah, untuk segalanya.
Syukur ku, sujud ku, hanya pada-Mu.

(QFreeInk, 2013)

Be happy :)

The world may drag you down a hundred times. But GOD will always be there to lift you up a thousand times. 

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

August 21, 2013

Luka tanpa darah

Merah nya tak kelihatan
Kerna luka ini tanpa darah.
Marah nya tak kedengaran
Kerna nada nya hanya berlagu sepi.

Kalah dengan semua yang kau bahasakan.
Aku kelam tanpa bantuan.

(DY, 2013)

Tak perlukan yang kasar untuk membahasakan aku. Tak perlu juga nada tinggi untuk mendendangkan aku. Cukup satu pengertian. Itu saja. #MusicOfHeart

Ajarkan aku bahasa paling sukar
Agar masih jua bisa ku simpan
Dengan hati paling kental
Kerna ku mahu tetap berdiri walau dilambung deras.
Bersama senyuman paling mahal
Untuk setiap yang dipanggil ujian.

(DY, 2013)

Tiada logik dengan mereka #Puisi

Aku,
Sudah tidak logik
Sudah tidak relevan sama siapa-siapa.
Aku semakin hilang.
Semakin pudar dari mereka-mereka.
Jiwa ku layang,
Akal ku terbang.
Dimensi ku ruang kelam.
Mana mungkin aku sama
Mana mungkin aku nyata.
Kerna mereka dan aku
Punya dimensi yang berbeza
Punya ruang yang tidak sama.
Aku kuno mereka moden.
Aku hamba mereka tuan.
Ahhh..
Merintih lagi jiwa ini
Mengapa mesti ini terjadi.
Mungkin jika mereka membelah dada dan kepala ini
Mereka pasti nyatakan aku sudah gila
Kerana aku sudah tidak semanusia mereka.
Sudah tidak logik dengan dunia
Sudah kuno sama dunia
Sudah mati sama hati.

(QFreeInk, 2013)

August 16, 2013

Silaturrahim vs. Mangkuk #CeritaRaya

Teringat cerita dari NHJ pasal raya tahun lepas. Ada tetamu datang rumah. Pakcik dia minta tolong panas kan sup untuk hidang kan pada tetamu. Dia pun ambil satu mangkuk kaca yang dia sangka kan heat resistance punya. Masukkan sup dalam tu dan terus panaskan atas dapur gas. Then mangkuk tu pecah. Habis tumpah sup dalam tu. Tak dapat nak hidangkan pada tetamu. NHJ mintak maaf kat pakcik dia and dia ingatkan pakcik dia akan marah. Tapi pakcik dia kata "it's okay." NHJ pun rasa pelik takkan lah tak rasa marah, bila mangkuk kaca tu pecah then dengan tetamu ramai kat depan yang nak dihidangkan dengan sup tadi tu kan. Pakcik dia jawab "Mana lagi penting, mangkuk ke hubungan keluarga?" NHJ kata dia terharu gila. 

Typical nya manusia sekarang, terlalu ikut kan hati sampai lupa pada silaturrahim yang harus di jaga. Marah sampai tak jaga perkataan. Tak ambil kesah pada hati orang yang mungkin terguris. Kita memang punya hak untuk marah bila orang lain buat silap. Tapi bukan memaki. Kalau kita tak mampu nak kata something yang berhikmah macam pakcik NHJ tadi bila marah, pilih lah untuk tak kata apa-apa. Macam yang Nabi ada ajar, bila marah pilih lah untuk diam. :)

Making mistake is a part of life

Setiap orang buat silap, beza nya cuma apa, dan pilihan samaada untuk teruskan atau berhenti dan perbetulkan. 

Sendiri untuk semua

Satu yang membuat ku merasa hilang
Lantas menjadi kan aku asing

Betah kah aku berdiri sendiri
Bila sebenarnya aku berjuang untuk semua

Maka, Tuhan berikanlah aku keikhlasan

(DY, 2013)

Kadang-kadang ada benda yang kita memang tak mampu nak elak. Hanya boleh redha dengan qada dan qadar Nya. Besangka baik yang setiap perkara punya hikmah tersendiri.

#KeepCalm

Jangan mengalah dengan ujian. InsyaAllah nanti Dia beri jalan. (':

August 2, 2013

Bahagia tu pada hati yang merasa

Hari ni terpandang kitten ngan mummy dia. Main-main kat bawah blok asrama. Such a touch scene. Dua ekor kucing tu sikit comot, mungkin tak bertuan dan mungkin tak berumah. But they look so happy. Teringat kucing parsi kat rumah kawan. Yang selalu kene kurung tak bebas nak bermain. Cuma bila orang datang akan puji kata 'beatiful'.

Dekat sini, aku rasa HAPPY dan BEAUTIFUL punya beza yang sangat besar.

#Citam #MyLazyCat

Kemudian aku sambung fikir, kucing tu semua sama je. Yang membezakan adalah persekitaran. Kalau kucing tu bertuan, nampak comel la dia. Kalau tuan dia loaded, bukan setakat comel, gemuk, gebu semua ada. Bandingkan dengan kucing jalanan yang homeless tu, kurus, comot dan keding lah cerita nya. 

Sama jugak dengan manusia. Asas nya sama. Yang membezakan kita ialah kat mana Allah nak letakkan kita. Kalau kita lahir dalam keluarga kaya, kaya la kita, cantik pandai bergaya and vice versa. 

Kalau kucing jalanan yang kurus comot pandai cari makan dengan tangkap tikus, tangkap burung atas pokok, atau pancing ikan kat pasar. Mungkin dari kurus boleh jadi gemuk. Atau jalan pegi ke kawasan rumah-rumah, mungkin dia bakal bertuan dan hidup terjaga. Manusia pun kalau lahir dalam kekurangan, tapi punya effort nak maju, insyaAllah we will be better.

Aku bukan bersedih dengan kekurangan
tapi aku letih melihat mereka yang masih mempersoalkan
walau telah dibentangkan dengan beribu kelebihan
atau mereka perlu di ajar dengan erti kesusahan
Baru mereka tahu mengangkat menadah tangan


(DY, 2013)

Berhenti mempersoalkan kenapa Allah beri begitu dan begini. Tapi cuba lah cari hikmah disebalik nya. Bahagia tu bukan pada mata yang melihat, tapi ada pada hati yang merasa. (: 

Apa rasa tanpa social network?

Last week aku decide untuk deactivate account facebook. Selang bape hari kemudian, twitter pulak jadi mangsa. Ada yang tanya kenapa. Got problem ngan sesiapa ke? Sebenarnya saja nak testing apa rasa nya tanpa social network. 

Kalau dulu nak jemput wedding, guna kad jemputan. Pos and antar kat semua kenalan. Sekarang buat je event kat facebook then invite semua. Kalau dulu-dulu time bulan puasa ni lah banyak dapat kad raya kawan-kawan hantar. Sekarang semua wish pakai facebook tag semua orang. Sekali jalan. Kalau dulu orang wish hari jadi sebab memang dia ingat tarikh tu. Sekarang tak lagi sebab ada facebook tolong ingatkan. 

Orang kata 'easy'. Yeah memang senang. Teknologi kan. Sapa boleh deny. Tapi terasa sentimental value tu semakin kurang. Taktau la kalau aku sorang je rasa macam ni. Haha

Untuk kes orang bercinta pulak, haa macam yang Steve Stifler ni kata pulak la. And berdasarkan observation, aku rasa benda tu memang betul.

#Life #Fact

Sebenarnya susah jugak bila da deactivate social network ni. Sebab mostly information semua orang sampaikan through facebook. Rasa macam noob pun ada jugak sebab taktaw cerita luar. Tapi takpelah sempena cuti sem ni amek feel sekejap camne rasa tanpa social network. Haha

"tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua"

#BawaKuPergi #LirikLagu

Ini semester lepas punya conversation #ChuyaYaya

Okey tipu. Sebenarnya nak lelaki yang macam abah. Sebab abah buat saya rasa 'cukup'. (:

P/s: Blog ni pun sebenar nya social network juga kan? -_-"

July 30, 2013

Live Your Life

Bahagia dan derita, bab yang menarik.

Derita datang, bahagia pergi
Kenapa tidak bahagia dan derita harmoni?
Mungkin kerana mati dan hidup tidak boleh sekali

Maka hiduplah
Jangan biar jiwa mati
Kerana hidup dan mati tidak boleh sekali.

(QFreeInk, 2013)

Don't cry over the past, it is gone. Don't stress about the future, it has not arrived. Live in the present and make it beautiful. 

Be thankful for every heartbreak, for they were planned. They come into your life just to reveal another layer of yourself to you, and then leave. Their purpose is to shake you up, tear apart your ego a little bit, show you your obstacles and addictions, break your heart open so new light can get in. Make you so desperate and out of control that you have to transform your life. And you do. -Anonymous- 

Karma untuk sebuah peluang

Beri aku peluang untuk mengisi ruang
Ruang yang lama ditinggal kosong

Adakah  sememangnya sejak awal aku dah tak berpeluang?

Atau sebenarnya ini karma untuk peluang-peluang
yang selalu tak kujawab kan

Tapi salahkah bila hanya punya satu hati
yang sukar dibahagi

Mengapa sering merasa karma mengekori
Bila mana aku hanya mahu berjalan mengikut kata hati

Atau mungkin aku yang tersalah meletak hati.

(DY, 2013)


Sometimes we choose to has an obsession with someone who would not even turn to look our way. and it is so pathetic.

July 29, 2013

Kawan baik kawan yang menerima

See.. sapa yang suka cari gaduh? dats u NHJ ! #Bukti

Yeah. Bila ingat balik, dari zaman sekolah sampai lah ke zaman universiti ni macam-macam dah kita gaduh kan. Gaduh main-main, gaduh kecik, gaduh besar. Semua la pernah. Pernah jugak lama tak bertegur. Tu lah, ada nasik banyak tak mahu makan kan? Diet kononnya, makan hati je keja nya. 

We are not perfect. Any of us. We make mistakes. We screw up.  But then we forgive and move forward. 

Dulu kau selalu tanya kenapa aku suka buli kau. Aku selalu jawab sebab aku sayang. Dan kau selalu tak percaya. Tapi tu lah hakikat nya. Konsep dia sama dengan kenapa abang-abang aku selalu buli aku masa kecik. Ape-ape pun, untuk cerita kita yang hampir sembilan tahun ni. Terima kasih. (:

Yang baik tak mesti nya yang selalu menyanjung
Tapi harus nya yang selalu menerima.

Kerana dasarnya,
Sanjung hanya pada keelokan
Menerima walau pada keburukan.

(DY, 2013)

P/s: Tapi sumpah aku dah tanak gaduh dengan kau. Penat oh ! 

Sepi

Malam pekat gelap.
Mungkin cukup sunyi cukup sepi.
Tapi ada yang lebih lagi.

Hati.

Hati yang mati.

(DY, 2013)


Biar sepi teknologi. Jangan sepi hati - Nuha

Fantasi dan realiti

Permainan tidur, permainan minda
Bisa ditukar ikut suka
Emosi nya kita yang kawal
Mood nya kita yang rasa
Impaknya sangat tekanan
Bisa membuat kita tertawan

Ahh pecahkan saja dimensi nya
Agar cerah agar terah
Agar semua bisa ketahuan
Taman fantasi hanya hayalan.

(QFreeInk, 2013)
Bangunkan aku dari lena yang panjang 

Tak ingin lagi terus dibuai
Walau nyata ia nya indah sekali

Kerna ada satu hakikat yang harus ku hadap
Yang mana fantasi tetap kalah dengan realiti

(DY, 2013)


Too many of us are not living our dreams, because we are living our fears -Les Brown- 

July 28, 2013

Entry untuk Myrara

29 July. Today is your day dear ! Sory tak boleh nak buat surprise datang Kluang bawak kek hari jadi, main baling-baling telur dan sama-sama menepung tawar. Buat Myra jadi macam kuih bahulu. Takde jugak wish seawal jam 12 malam. Sebab ada Bubu tolong wish kan? Haha. Tahun ni masuk tahun ketiga kenal. Rasanya kita dah boleh buat lagu macam Najwa Latif sebab kenal kat MukaBuku. Okay Myra ku sayang. Ada jodoh kita jumpa lagi, beberapa hari dari sekarang yer. *if u still remember this quote. Nanti boleh la nak tuntut adiah ke kek hari jadi atau apa-apa yang tak melebihi kemampuan diri yang masih belum bekerja ni. Hehe

Ini gamba lama. Sebab kita dah lama tak ambik gambar sama. *ayat tacing

"Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Selamat Ulang Tahun Kawan"

(Puisi pinjam entah mana ciplak) #Peace

Isi Al-Quran mencabar masa depan - Dr Gary Miller

Rasanya dah banyak kita dengar ramai mualaf yang jadi pendakwah kan? yang dulu nya non-muslim, beragama Kristian, Hindu, Buddha.. bila convert masuk Islam, diorang jadi pendakwah. Dr Gary Miller is one of them. (:


Baru tadi baca link yang kawan post kat Facebook. SINI. Dan tertarik dengan kata-kata Dr Miller tentang isi Al Quran yang mencabar masa depan pada sisi pandangan dia.

First, mengenai Abu Lahab yang selalu menentang Rasulullah, menentang Islam. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan "Al-Masad". Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, Ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. 

Selama 10 tahun itu, Abu Lahab berkata: "Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia( baginda s.a.w )mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah surah ini datang dari Allah? ". 

Tapi sepanjang 10 tahun tu tak pernah pun Abu Lahab masuk Islam. Dalam erti kata lain, Rasulullah dah beri Abu Lahab peluang untuk membuktikan yang Rasulullah tu salah. Tetapi Abu Lahab tak melakukan apa-apa sepanjang 10 tahun tu.

"Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana ini (Al Quran) bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Tuhan yang Mengetahui apa yang tersembunyi dan Mengetahui bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim." (Dr Gary Miller)

Second, mengenai permusuhan Islam dengan orang Yahudi:

"Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar. Sehingga kini ,musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan bergaul dengan orang Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita bergaul dengan anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh,Al-Quran ini salah! Tetapi ini tidak berlaku pada 1400 tahun! dan ia tidak akan berlaku kerana ini adalah firman dari Tuhan Yang Esa yang Maha Mengetahui bukannya kata-kata manusia." (Dr Gary Miller)

Ni baru sikit yang Dr Gary Miller cuba bentangkan tentang kebenaran Al Quran. Yang lebihnya boleh baca pada link tadi. Atau boleh dengar talk dari pendakwah-pendakwah yang lain. Jadi bekalan kalau-kalau satu hari nanti ada yang bertanya tentang kebenaran Al Quran pada kita pulak. (:

#AlQuran #Guidance

Selalu kita dengar pendakwah buktikan kalam Allah (Al Quran) dengan kaedah saintifik and macam-macam lagi. Apa yang Dr Gary Miller cuba sampaikan ni pun salah satunya darinya. Nice kan? Kadang-kadang kita yang memang dah sedia lahir dalam Islam ni pun tak pernah terfikir. Mungkin sebab tak pernah mentafsir. Sebab tu mungkin wujudnya orang yang belum Islam (non-muslim) ni. Sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang. (:

Angin

Keadaannya seperti sedang menggapai angin
Tak nampak apa yang ingin dicapai
Tapi mengejar hanya kerana merasa ia nya ada.

(DY, 2013)

Angin, bagai perasaan.
Tiada jasad, tiada zahir
Bisa membina,
Bisa juga memudarat.

Tapi beza antara keduanya,
Angin menyapa jasad manusia
Perasaan menyapa sanubari manusia.

(QFreeInk, 2013)

Make a wish (:

poetry is the impish attempt to paint the colour of wind - Maxwell Bodenheim

Salam Ramadhan ke-20 dan selamat hari lahir awak. (:

July 26, 2013

Do it well #Hidup

Teringat masa zaman sekolah, kawan ada tulis kat buku biodata. Cita-cita dia nak jadi 'gaban'. And i asked him, what is 'gaban'? He said 'gaban' is one of the anime's character. Tanya lagi. Kenapa dengan 'gaban'? Dia cakap. Gaban tu besar. Means cita-cita kena besar. Tak kisah la jadi ape pun nanti. Just do it well. Kata dia kalau jadi cikgu, biar jadi guru cemerlang, takpun jadi pengetua terus. Oke itu contoh. Yang penting, just do it well. (:

Jika hidup umpama novel
karanglah seindah mungkin.
Jika hidup umpama filem
maka arahlah dengan tersusun.

Jika hidup umpama mimpi
maka indahkan nya.
Jika hidup umpama diari
maka tulis lah sejujurnya.

Jika hidup hanya sementara
maka penuhi lah dengan memori. 

(QFreeInk, 2013) 

#Life #DoItWell

Dan kawan tu da jadi cikgu dah. Nak sambung master pulak katanya. Okey goodluck ! 

Kapsul

Senyuman mu ibarat kapsul penyembuh 
di saat aku hampir rebah melawan deras.

Kaki ini tak tahu kudrat nya sampai mana

Sebelum sampai waktu
Aku.. butuh doa mu, ibu.. 

(DY, 2013)

#HerSmile #Mama #LittlePrincess

Untuk imunisasi yang semakin kurang. Hanya kamu kapsul penyembuh. Kerana sesuatu yang pernah aku janji. Tunggu. Aku bertahan. Demi senyuman yang kalian simpan. (': 

July 23, 2013

Kita bukan Tuhan untuk menghukum

Masa zaman sekolah, bila salah buat keje sekolah, cikgu akan suruh buat pembetulan kat muka surat sebelah. Tapi dunia harini ni, bila buat salah, kita jadi bahan cacian, ejekan dan hentaman. Ya. Mungkin sebab hidup bukan sejenis latihan macam keje sekolah. 

Tapi bukan ke cikgu pun ada ajar, marah pada kesalahan, bukan pada pesalah. Setiap orang deserve peluang kedua. Sebab tu dalam bola sepak, pemain yang buat silap akan dapat kad kuning dulu sebelum kad merah. 

Satu.
Kita semua adalah sama
Aku manusia, kau manusia, mereka juga manusia
Dua.
Kita semua berbeza
Aku adalah aku, kau adalah kau, mereka adalah mereka
Tiga.
Kita semua adalah pendosa
Aku dengan dosa ku, kau dengan dosa kau, mereka juga dengan dosa mereka
Empat.
Kita punya Tuhan yang sama
Mengapa perlu kita berbalah
Tuhan tidak pernah zalim, kenapa perlu kita?
Lima.
Kita semua pasti kembali
Tiba masa, sampainya waktu, jasad dan roh pasti terpisah

Yang tinggal hanya satu,
iaitu kita adalah sama
Yang berbeza cuma dua,
Kita bukan Tuhan untuk menghukum
Dan kita bukan Muhammad tanpa dosa.

(QFreeInk, 2013)

#StopJudging #StayPositive 

Hati-hati dalam menghentam, sebab kita tak tahu masa depan. Sedangkan Umar Al-Khatab yang dulunya zalim pun boleh berubah menjadi sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga. Dan Iblis yang asalnya hamba paling taat, menjadi hamba yang dilaknat dan menjadi penghuni neraka. Siapa kita untuk menghakim?

Kesilapan kan guru terbaik dalam hidup. Again. Kita bukan Muhammad tanpa dosa. Dan juga bukan Tuhan untuk menghukum. (:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...