Followers

February 17, 2015

Button Lanyard (Tali Matrik Kad)


"Asyik tali biasa jeee! Asyik tali biasaa je! Takda lain dari lain ke?" .

Haa Lanyard kami tersgtlah unik. Lain dari lain!!. Cuba cari sket kedai mana jual lanyard button? Takdak kann..


Instagram: ai.button





Apa lagii. Bak mai pakat beli timbun2. Tunjuk sket yg kita ni rare!!


Price : RM10 excl postage

To order:
📲 0127048610 (Yaya)
📲 0138885945 (Chuya)

COD 🚗: Cheras/ Bangi/ Kajang/ Batu Pahat



Wedding Props / Bubble Talk

Photobooth props / Bubble talk
by: Orked Corner

Instagram: orkedcorner

Height: 30-35cm

RM3.00 / each
RM40 / 15pcs

email us sitiryah@yahoo.com / pm our fb for more details
Whatsapp: 0127048610





January 15, 2015

Pelangi Dunia

Pilih mana bintang mu
Tapi jangan hilangkan bulan dari mata mu
Esok jika mentari muncul 
Tundukkan pandangan jika silau menerjah wajah.
Tapi jika hujan mendahului
Tunggu kan pelangi mu
Asal jangan sampai hilang senyuman. 

(DY, 2014)



Andai lautan membaham ku
Andai semesta menelan ku
Cukup, puas aku rasakan.

Walau tak sesempurna mana
Aku harap dunia tak mencela ku.

(QFreeInk, 2014)

December 21, 2014

Cela dan Melodi

Jatuh sekali
Bangun berkali
Walaupun luka
Walau cela
Walau hina
Kaki ini mesti melangkah semula
Walau jalan sama
Mungkin destinasi jauh berbeza.

(QFreeInk, 2014)



Untuk lagu yang selalu kau pinjamkan bait liriknya
Untuk melodi yang selalu kau minta aku dengar saat air mata mencemar pipi.

Moga nanti kau dengarkan sama bila hati mu dicalar manusia
Kerana bumi tak pernah menolak
Dan langit tak pernah cuba menghempas mu..

(DY, 2014)

Kopi dari ibu

Untuk secawan kopi yang dia hidang
Cukup manisnya elok pahitnya.

Setiap teguk ku hirup
Punya rasa cinta ada rasa kasih.

Kerana magisnya tangan seorang ibu
Buat aku tak jemu meminta dan dia tak lokek memberi.

(DY, 2014)


Gambar curi dari sini.

December 19, 2014

Tendang dinding, Hempas pintu.

Tiap kali rasa marah. Aku akan bayangkan aku tengah tendang dinding, hempas pintu dan baling pasu bunga sampai berderai. 


Tapi tak buat pun. 


Aku amek bantal tekup muka. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...