Followers

July 30, 2013

Live Your Life

Bahagia dan derita, bab yang menarik.

Derita datang, bahagia pergi
Kenapa tidak bahagia dan derita harmoni?
Mungkin kerana mati dan hidup tidak boleh sekali

Maka hiduplah
Jangan biar jiwa mati
Kerana hidup dan mati tidak boleh sekali.

(QFreeInk, 2013)

Don't cry over the past, it is gone. Don't stress about the future, it has not arrived. Live in the present and make it beautiful. 

Be thankful for every heartbreak, for they were planned. They come into your life just to reveal another layer of yourself to you, and then leave. Their purpose is to shake you up, tear apart your ego a little bit, show you your obstacles and addictions, break your heart open so new light can get in. Make you so desperate and out of control that you have to transform your life. And you do. -Anonymous- 

Karma untuk sebuah peluang

Beri aku peluang untuk mengisi ruang
Ruang yang lama ditinggal kosong

Adakah  sememangnya sejak awal aku dah tak berpeluang?

Atau sebenarnya ini karma untuk peluang-peluang
yang selalu tak kujawab kan

Tapi salahkah bila hanya punya satu hati
yang sukar dibahagi

Mengapa sering merasa karma mengekori
Bila mana aku hanya mahu berjalan mengikut kata hati

Atau mungkin aku yang tersalah meletak hati.

(DY, 2013)


Sometimes we choose to has an obsession with someone who would not even turn to look our way. and it is so pathetic.

July 29, 2013

Kawan baik kawan yang menerima

See.. sapa yang suka cari gaduh? dats u NHJ ! #Bukti

Yeah. Bila ingat balik, dari zaman sekolah sampai lah ke zaman universiti ni macam-macam dah kita gaduh kan. Gaduh main-main, gaduh kecik, gaduh besar. Semua la pernah. Pernah jugak lama tak bertegur. Tu lah, ada nasik banyak tak mahu makan kan? Diet kononnya, makan hati je keja nya. 

We are not perfect. Any of us. We make mistakes. We screw up.  But then we forgive and move forward. 

Dulu kau selalu tanya kenapa aku suka buli kau. Aku selalu jawab sebab aku sayang. Dan kau selalu tak percaya. Tapi tu lah hakikat nya. Konsep dia sama dengan kenapa abang-abang aku selalu buli aku masa kecik. Ape-ape pun, untuk cerita kita yang hampir sembilan tahun ni. Terima kasih. (:

Yang baik tak mesti nya yang selalu menyanjung
Tapi harus nya yang selalu menerima.

Kerana dasarnya,
Sanjung hanya pada keelokan
Menerima walau pada keburukan.

(DY, 2013)

P/s: Tapi sumpah aku dah tanak gaduh dengan kau. Penat oh ! 

Sepi

Malam pekat gelap.
Mungkin cukup sunyi cukup sepi.
Tapi ada yang lebih lagi.

Hati.

Hati yang mati.

(DY, 2013)


Biar sepi teknologi. Jangan sepi hati - Nuha

Fantasi dan realiti

Permainan tidur, permainan minda
Bisa ditukar ikut suka
Emosi nya kita yang kawal
Mood nya kita yang rasa
Impaknya sangat tekanan
Bisa membuat kita tertawan

Ahh pecahkan saja dimensi nya
Agar cerah agar terah
Agar semua bisa ketahuan
Taman fantasi hanya hayalan.

(QFreeInk, 2013)
Bangunkan aku dari lena yang panjang 

Tak ingin lagi terus dibuai
Walau nyata ia nya indah sekali

Kerna ada satu hakikat yang harus ku hadap
Yang mana fantasi tetap kalah dengan realiti

(DY, 2013)


Too many of us are not living our dreams, because we are living our fears -Les Brown- 

July 28, 2013

Entry untuk Myrara

29 July. Today is your day dear ! Sory tak boleh nak buat surprise datang Kluang bawak kek hari jadi, main baling-baling telur dan sama-sama menepung tawar. Buat Myra jadi macam kuih bahulu. Takde jugak wish seawal jam 12 malam. Sebab ada Bubu tolong wish kan? Haha. Tahun ni masuk tahun ketiga kenal. Rasanya kita dah boleh buat lagu macam Najwa Latif sebab kenal kat MukaBuku. Okay Myra ku sayang. Ada jodoh kita jumpa lagi, beberapa hari dari sekarang yer. *if u still remember this quote. Nanti boleh la nak tuntut adiah ke kek hari jadi atau apa-apa yang tak melebihi kemampuan diri yang masih belum bekerja ni. Hehe

Ini gamba lama. Sebab kita dah lama tak ambik gambar sama. *ayat tacing

"Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Selamat Ulang Tahun Kawan"

(Puisi pinjam entah mana ciplak) #Peace

Isi Al-Quran mencabar masa depan - Dr Gary Miller

Rasanya dah banyak kita dengar ramai mualaf yang jadi pendakwah kan? yang dulu nya non-muslim, beragama Kristian, Hindu, Buddha.. bila convert masuk Islam, diorang jadi pendakwah. Dr Gary Miller is one of them. (:


Baru tadi baca link yang kawan post kat Facebook. SINI. Dan tertarik dengan kata-kata Dr Miller tentang isi Al Quran yang mencabar masa depan pada sisi pandangan dia.

First, mengenai Abu Lahab yang selalu menentang Rasulullah, menentang Islam. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan "Al-Masad". Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, Ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. 

Selama 10 tahun itu, Abu Lahab berkata: "Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia( baginda s.a.w )mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah surah ini datang dari Allah? ". 

Tapi sepanjang 10 tahun tu tak pernah pun Abu Lahab masuk Islam. Dalam erti kata lain, Rasulullah dah beri Abu Lahab peluang untuk membuktikan yang Rasulullah tu salah. Tetapi Abu Lahab tak melakukan apa-apa sepanjang 10 tahun tu.

"Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana ini (Al Quran) bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Tuhan yang Mengetahui apa yang tersembunyi dan Mengetahui bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim." (Dr Gary Miller)

Second, mengenai permusuhan Islam dengan orang Yahudi:

"Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar. Sehingga kini ,musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan bergaul dengan orang Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita bergaul dengan anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh,Al-Quran ini salah! Tetapi ini tidak berlaku pada 1400 tahun! dan ia tidak akan berlaku kerana ini adalah firman dari Tuhan Yang Esa yang Maha Mengetahui bukannya kata-kata manusia." (Dr Gary Miller)

Ni baru sikit yang Dr Gary Miller cuba bentangkan tentang kebenaran Al Quran. Yang lebihnya boleh baca pada link tadi. Atau boleh dengar talk dari pendakwah-pendakwah yang lain. Jadi bekalan kalau-kalau satu hari nanti ada yang bertanya tentang kebenaran Al Quran pada kita pulak. (:

#AlQuran #Guidance

Selalu kita dengar pendakwah buktikan kalam Allah (Al Quran) dengan kaedah saintifik and macam-macam lagi. Apa yang Dr Gary Miller cuba sampaikan ni pun salah satunya darinya. Nice kan? Kadang-kadang kita yang memang dah sedia lahir dalam Islam ni pun tak pernah terfikir. Mungkin sebab tak pernah mentafsir. Sebab tu mungkin wujudnya orang yang belum Islam (non-muslim) ni. Sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang. (:

Angin

Keadaannya seperti sedang menggapai angin
Tak nampak apa yang ingin dicapai
Tapi mengejar hanya kerana merasa ia nya ada.

(DY, 2013)

Angin, bagai perasaan.
Tiada jasad, tiada zahir
Bisa membina,
Bisa juga memudarat.

Tapi beza antara keduanya,
Angin menyapa jasad manusia
Perasaan menyapa sanubari manusia.

(QFreeInk, 2013)

Make a wish (:

poetry is the impish attempt to paint the colour of wind - Maxwell Bodenheim

Salam Ramadhan ke-20 dan selamat hari lahir awak. (:

July 26, 2013

Do it well #Hidup

Teringat masa zaman sekolah, kawan ada tulis kat buku biodata. Cita-cita dia nak jadi 'gaban'. And i asked him, what is 'gaban'? He said 'gaban' is one of the anime's character. Tanya lagi. Kenapa dengan 'gaban'? Dia cakap. Gaban tu besar. Means cita-cita kena besar. Tak kisah la jadi ape pun nanti. Just do it well. Kata dia kalau jadi cikgu, biar jadi guru cemerlang, takpun jadi pengetua terus. Oke itu contoh. Yang penting, just do it well. (:

Jika hidup umpama novel
karanglah seindah mungkin.
Jika hidup umpama filem
maka arahlah dengan tersusun.

Jika hidup umpama mimpi
maka indahkan nya.
Jika hidup umpama diari
maka tulis lah sejujurnya.

Jika hidup hanya sementara
maka penuhi lah dengan memori. 

(QFreeInk, 2013) 

#Life #DoItWell

Dan kawan tu da jadi cikgu dah. Nak sambung master pulak katanya. Okey goodluck ! 

Kapsul

Senyuman mu ibarat kapsul penyembuh 
di saat aku hampir rebah melawan deras.

Kaki ini tak tahu kudrat nya sampai mana

Sebelum sampai waktu
Aku.. butuh doa mu, ibu.. 

(DY, 2013)

#HerSmile #Mama #LittlePrincess

Untuk imunisasi yang semakin kurang. Hanya kamu kapsul penyembuh. Kerana sesuatu yang pernah aku janji. Tunggu. Aku bertahan. Demi senyuman yang kalian simpan. (': 

July 23, 2013

Kita bukan Tuhan untuk menghukum

Masa zaman sekolah, bila salah buat keje sekolah, cikgu akan suruh buat pembetulan kat muka surat sebelah. Tapi dunia harini ni, bila buat salah, kita jadi bahan cacian, ejekan dan hentaman. Ya. Mungkin sebab hidup bukan sejenis latihan macam keje sekolah. 

Tapi bukan ke cikgu pun ada ajar, marah pada kesalahan, bukan pada pesalah. Setiap orang deserve peluang kedua. Sebab tu dalam bola sepak, pemain yang buat silap akan dapat kad kuning dulu sebelum kad merah. 

Satu.
Kita semua adalah sama
Aku manusia, kau manusia, mereka juga manusia
Dua.
Kita semua berbeza
Aku adalah aku, kau adalah kau, mereka adalah mereka
Tiga.
Kita semua adalah pendosa
Aku dengan dosa ku, kau dengan dosa kau, mereka juga dengan dosa mereka
Empat.
Kita punya Tuhan yang sama
Mengapa perlu kita berbalah
Tuhan tidak pernah zalim, kenapa perlu kita?
Lima.
Kita semua pasti kembali
Tiba masa, sampainya waktu, jasad dan roh pasti terpisah

Yang tinggal hanya satu,
iaitu kita adalah sama
Yang berbeza cuma dua,
Kita bukan Tuhan untuk menghukum
Dan kita bukan Muhammad tanpa dosa.

(QFreeInk, 2013)

#StopJudging #StayPositive 

Hati-hati dalam menghentam, sebab kita tak tahu masa depan. Sedangkan Umar Al-Khatab yang dulunya zalim pun boleh berubah menjadi sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga. Dan Iblis yang asalnya hamba paling taat, menjadi hamba yang dilaknat dan menjadi penghuni neraka. Siapa kita untuk menghakim?

Kesilapan kan guru terbaik dalam hidup. Again. Kita bukan Muhammad tanpa dosa. Dan juga bukan Tuhan untuk menghukum. (:

July 21, 2013

Bila Jo (non-muslim) puasa sehari.

Yesterday, my friend just posted a video seorang chinese ni yang cuba untuk puasa sehari. Taktaw kenapa hati rasa tertarik nak tengok. Here he is (:


Masa awal-awal video tu Jo ada sebut, puasa tak boleh makan tak boleh minum, tak boleh buat benda-benda jahat. Sesungguhnya aku touching. Non-muslim pun tau yang bila berpuasa kita tak boleh buat benda jahat. Seharusnya kita as a Muslim patut lebih faham kan? (: 

#RulesOfFasting #Ramadhan

'Conserve your tounge' . Bukan hanya lisan. Tapi juga di laman sosial. Behave. #SelfReminder (:

Okay back to the video. Nampak tak muka excited dia waktu masuk je waktu berbuka tu? Happy face sungguh bila dapat minum dapat makan. Buat aku teringat akan satu hadis ni:

"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti." - (Riwayat At-Tirmizi).

Jo yang terlepas waktu sahur pun still continue puasa. So sesape yang skip puasa dengan alasan terlepas sahur tu sila lah berasa malu okayy.. Tapi my mom pesan, jangan skip sahur. Masa kecik-kecik zaman sekolah rendah bila liat nak bangun sahur, mak sanggup datang pegi bilik bawakkan air milo dan air suam. Suruh jugak sahur. Sebab Nabi pun ada kata:

"Bersahur itu berkat maka jangan lah kamu tinggalkan, walau seorang diantara mu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur." - (Riwayat Ahmad).

Pada minit 4:50 Jo ada mention pasal kesabaran. Yeah. Even dia baru puasa satu hari, tapi dia dapat hikmah berpuasa yang Islam nak ajar. Alhamdulillah. Puasa ni kita sama-sama dapat rasa macamana orang miskin atau mangsa peperangan  tak dapat makan dan minum setiap hari. Mengajar kita erti sabar dan insaf. 


Wanna say thanx a lot to Jo for making dis video. He teach us to respect each other. Islam tu indah. Akhlak Rasulullah jadi sandaran. No racist. Again. Seharusnya kita lebih tahu. Stop any rude speech or talking about each other. Teringat status facebook seorang kawan:

"Don't spread your words that can makes people hate each other even it is true. Keep it yourself. Kalau nak tujukan kat sorang je pon, yang len terasa padah jugakkan? Sebarkan haruman, busuk busuk tu simpan, buang jauh." - Suriya Adnan

Kalau Jo yang non-muslim pun boleh buat video ni sebagai tanda respect pada Muslim yang berpuasa, and the other non-muslims yang turut menghormati bulan ramadhan ni. Why not kita sendiri?  Harap takde lagi lah manusia-manusia (muslim) yang merokok di tempat awam masa bulan puasa ni. And again. Teringat emak pesan. Kalau kita (perempuan) tak bole puasa (period) pun bukan maksud kita boleh makan sesuka hati waktu siang. My mom still akan suruh bangun sahur sama-sama dan berbuka sama-sama. Nak makan sekalipun sila sorok-sorok. Hormat yang lain katanya. 

Okay, selamat berpuasa ! Last but not least. Jo, saya pun suka roti jala jugak. #Eh. (: 

Bukan hanya untuk kamu

Untuk kisah yang cuma sesaat,
jangan buat aku berdiri lama.

Untuk tulisan yang tak berdakwat,
jangan buat aku fikir itu adalah janji.

Untuk hati yang belum pasti,
jangan biar aku menanti lagi.

Untuk sehari yang beerti,
jangan biar aku keliru berhari-hari.

Untuk luka yang hampir pulih,
jangan biar ia berdarah kembali.

Untuk hidup yang mulia,
jangan biar aku dihina lagi.

Untuk yang kesekian kalinya,
hidup ini punya waktu, dan bukan hanya untuk kamu.

(DY & QFreeInk, 2013)

#Hidup punya waktu

When one door of happiness closes, another one opens. But often we look so long at the closed door that we do not see the one which has been opened for us. -Helen Keller-

Bila dua orang dalam satu puisi, memang lari jalan cerita asal dia. Haha. Hentam jela. Janji sedap bunyi. Thanks ya youu ! (: 

July 20, 2013

Aku, mercun dan abang-abang

Bulan-bulan puasa ni rindu pulak zaman kecik-kecik. Ingat lagi dulu petang-petang sementara nak tunggu masuk waktu berbuka puasa, main mercun dengan Duan kat belakang rumah. Lima-belas-minit lagi nak berbuka, berebut bilik air pegi mandi. Time berbuka pulak berebut makanan. Siap berbuka cepat-cepat amik lighter emak pegi hidupkan pelita kat depan rumah. Settle pasang semua pelita, lumba lari dengan Duan balik rumah sape paling cepat sampai. Lepas maghrib pulak pegi terawikh dengan arwah nenek. Balik je dari terawikh sambung main meriam ngan abang-abang. 

Dulu zaman sekolah rendah bila cakap ngan abah nak beli mercun. Abah tak terus bagi duit direct. Abah punya style kalau anak-anak dia mintak something, dia akan suruh tolong buat keje. Dapat upah baru pegi beli. Lagi-lagi lah bila mintak benda 'lagha' macam mercun. Takde makne nya abah nak bagi duit senang-senang. Biar anak-anak dia tau susah senang nak cari duit so dah besar nanti tak menyusahkan. Haha. 

Dapat je upah dari abah, terus kayuh basikal ngan Duan pegi kedai beli mercun. Disebabkan aku baru nak belajar main mercun, so aku ikut je mercun apa abang aku tu beli. Mercun mancis, mercun bola, mercun tunderclap, mercun lebah, mercun ketupat and tah apa-apa punya nama lagi. Layankan je janji boleh meletup. 

#Mercun #dan #Kenangan

Duan punya kepala pulak jenis pusing sana sini sket. So mercun bola yang pada aku dah kira paling kuat tu. Dia pegi amik selotip tebal warna biru abah and balut kat mercun bola tadi. tak cukup dengan tu, dia pegi amek lastik. Letak mercun kat lastik hala kat bumbung rumah jiran sebelah, pastu dia suh aku hidupkan guna lighter. Betuah punya abang. tapi sebab aku adik yang baik, aku ikutkan je abang punya perangai. The other idea gila Duan, letakkan mercun bola dalam tin milo. Bila bakar, bunyi dia memang boleh tahan kuat. Tapi sebabkan kejadian tin milo tu melambung punya tinggi dan berisiko nak kena kepala, so kitorang stop main dah.

Ingat lagi dulu Duan letupkan mercun papan ngan mercun mancis tanpa lepaskan dari tangan. Bila aku marah kat dia, kata bahaya. Dia pegi ajar aku macamana nak buat. Pegang hujung-hujung dia kata. Sebab yang hujung tu tanah je takde belerang. Dan sebab aku ni memang adik yang baik, aku pun follow je. Best jugak. Haha. Nasib baik la dia ajar pegang mercun mancis je. Kalau mercun bola? Macamana aku nak sarung cincin bila dah besar nanti? 

Kadang-kadang abah pun join sekali. Yelah, mana boleh biarkan anak-anak main mercun tanpa jagaan. Ye tak? Abah ajar letak mercun thunderclap dalam bekas botol kicap kosong. Halakan kat langit. Bakar, then lari ! yeah. Abah memang cool. (: 

Lagi seminggu nak raya, abang yang belajar kat Uitm Arau Perlis plak balik. Yang paling best, dia bawak balik mercun satu beg. Taktau la mana dia songlap. Dari Thailand kot. Kan Perlis ngan Thailand tu berjiran. Pahtu boleh plak dia pegi jual kat budak-budak kampung. Aku dengan Duan pun kene beli jugak. Ni lagi sorang abang betuah. Aku penah gak ajak akak aku main mercun. Tapi yang dia berani main cuma mercun bawang. Okey bosan.

The best part masa main mercun ni bila lawan mercun sapa paling kuat dengan jiran sebelah time malam raya. Masa tu segala jenis mercun lah keluar. Masa tu bila abang keluarkan mercun thunder storm kot nama dia. Ala-ala bunga api masa tahun baru. Aku rasa tu lah mercun paling awesome ! Haha. Dah habis letupkan semua mercun, Duan pegi ajak main meriam tanah plak. Memang superb. Disebabkan jiran sebelah takde meriam tanah, so kira kitorang la menang. Hihi.

Seriously, jangan ikut perangai kami. #BungaApi takpe (:

Bila masing-masing dah besar ni. Cakap kat abang, jom main mercun. Nanti Duan kata "tanak la, bakar duit je." Finally, matang jugak abang betuah aku tu. Haha. Bila anak-anak buah nak main mercun plak, kitorang bagi bunga api jeh. Bahaya kata nya. Tak sedar dulu masa kecik perangai macam mana. Okey itu dirahsiakan dari anak-anak buah. (: 

Untitled.

Usah dinanti pada yang jauh, Jangan dirindu pada yang tiada.
Kau hanya perlu raikan setiap saat tanpa fikirkan apa yang hilang."

(DY, 2013)

#KeepMoving #KeepSmiling


Kau memang jauh dan tak ada kat sini. Tapi kau bukan hilang, kau cuma tak lagi berada di tempat sebelumnya. Aku bukan nak kata kau dah berpengganti. Tapi hidup memang begini. Untuk persahabatan yang tak lama, tak ada apa yang nak dikesalkan, kerna kan hanya DIA yang kekal. (': 

Ilmu termahal

"Aku menangis kau kata cengeng, 
Apa kau tak lihat pada darah yang mengalir?

Aku menjauh kau kata ambil hati,
Apa kau tak sedar lama aku bertahan?

Biar saja aku pergi mencari haluan, 
Bila ternyata kau tak pernah senang.

Terima kasih, ini ilmu termahal,
kerna kau me-manusiakan aku"

(DY, 2013)

Ingat lagi masa hari sukan? Jatuh lutut berdarah seluar pun rabak. Aku tak minta simpati. Tapi aku pun tak minta kata-kata sinis. Tapi orang memberi aku menerima. Hidup memang kejam dalam mengajar erti sahabat dan me-mahal-kan air mata. 

#I'mLearning 

July 17, 2013

Baju putih kain biru muda.

Masih ingat masa kita dulu berbaju putih dan berkain biru muda? Dalam kelas kita pilih tempat duduk paling belakang. Berdua. 

Waktu subjek Bahasa Melayu kita lukis gaya cikgu sedang mengajar atas tisu. Masih simpan? 

Subjek Prinsip Akaun bukan kegemaran kau. Aku pulak selalu buat muka konfiden dalam kelas. Padahal buku latihan kosong ! Kau saja yang tahu rahsia tu. 

Dalam makmal Kimia kita paling semangat. Sebenarnya takut kene cubit dengan cikgu. Kan?

Dalam kelas Fizik tak usah cerita. Aku tidur kau tolong cover. 

Matematik Tambahan jugak jadi pilihan. Habis satu buku kita ulang kali buat. Tak cukup dalam kelas, hujung minggu pun kita pulun. 

Masih ingat lagi perpustakaan tempat kita selalu lepak? Selalu kita balik lambat belajar sama-sama. Kerusi penuh, lantai pun kita sanggup duduk kan? 

Kau ajar aku Fizik, aku ajar kau Prinsip Akaun. Kau kata Fizik seronok tapi entah kenapa aku tak pernah ada jiwa untuk tu. Nasib baik kau ada. Dan walaupun kau tahu buku latihan Akaun aku kosong, kau jugak paling tahu buku SASBADI Akaun aku penuh dengan jawapan. Kononnya kita memang saling melengkapkan. 

Selang berapa hari sebelum SPM dalam dewan besar. Bila semua orang menangis berpelukan, kita berdua tetap senyum dan buat muka kental. Hati beku, kita dan DIA saja yang tahu kenapa. 

Kita apply Matrikulasi sama tempat. Tapi haluan kita akhirnya berbeza. Kalau orang tanya apa yang aku paling rindu pasal sekolah. Aku jawab 'kau'. Tapi dalam hati. 

A moment to remember #TingkatanLima #SMKTI

Ingat lagi lirik "Andai dapat ku undurkan masa" by AXL's ? Aku rindu nak nyanyi sama dengan kau lagi. (:

Dingin

Bila cakap nak jadi 'kaktus', ada yang kata:

"jadi manusia kan elok. Tahan semua cuaca. Cuba letak kaktus kat tempat sejuk. tengok apa jadi"

Tak boleh ke nak ikut macam kaktus? *Sedih. Sebenarnya. 

"Boleh. Kalau tu yang buat awk hepi. Hidup ni kan penuh pelangi."

Pelangi? Pelangi muncul sekejap je. Pada saya cukuplah langit cerah selalu. 
Panas macam gurun sahara. Dingin macam awak.

"Kosong, hmm.. Pusingkan saja angka itu, ia bisa jadi tak terkira. 
Dunia itu kosong, tapi bisa jadi tak terkira jika diubah bentuknya."

Angka kosong pusing tetap jadi kosong kan?

"Pusing pintal macam number 8 melintang"

Nampaknya puisi awak pun dingin dengan saya. Lambat otak ni nak cerna. 

"Dingin kan nyaman"

Dingin sangat nanti beku

"Baik la beku dari cair. Bila dah cair tak sama bentuknya. Jika beku bentuknya kekal."

Life is not about waiting for the storm to pass, it is about learning to dance in the rain #Learning

Nak jadi sakura atau kaktus? Kaktus kental pada panas tapi mati pada sejuk. Sakura mekar dalam dingin layu dengan cuaca panas. 

Manusia memang kadang lupa pada lumrah alam. Dalam hebat masih punya kelemahan. (':

Aku pilih jadi aku. Aku yang lebih KAU fahami. Lebih dari aku sendiri. 

Selamat malam.

Kental macam KAKTUS

Ingat lagi lagu "Sekuntum bunga sakura di gurun sahara" ? kau kata aku macam sakura. Mekar kat tempat indah dan dingin. Tak sesuai berada kat gurun sahara macam kau. Dan kau penah cakap "pink suit on you". Sakura kan warna pink. 

Sakura memang cantik. Aku tak boleh nak deny. Bukan aku tak suka. Tapi, kau tahu tak yang kaktus pun cantik. Kaktus pun boleh berbunga. Kaktus kuat, tak banyak kerenah. Letak kat gurun sahara pun masih boleh survive. Kaktus ada duri, pandai protect diri sendiri. Dan, aku nak kau tahu. Aku dah tak suka warna merah jambu. Aku suka hijau. Kaktus kan hijau ! (: 

When the cactus is in bloom, so does hope. #NinthDay #Cactus #Mine

Tapi kau jangan salah faham. Aku nak jadi macam kaktus bukan nak pegi gurun sahara. Aku cuma nak jadi kental macam kaktus. Angin tiup kuat mana pun tetap teguh berdiri. Kau tahu dulu angin gurun sahara kau tiup aku kuat sangat. Aku jatuh. Sebab kau kata aku sakura kan? Tapi sekarang tak lagi. Sebab aku bukan lagi sakura. Aku 'kaktus'. Kaktus dengan gurun sahara kawan kan? (: 

Nice day !

Pagi-pagi lepas sahur dapat call dari Abah. Nak make sure anak dara dia bangun sahur ke tidak la tu. I'm a big girl la abah. Hihi. 

Abah: Dah siap sahur?
Me   : Kenyang dahh.. *sambil senyum lebar kunun2 macam abah bole nampak
Abah: Melaka subuh pukul berapa?
Me   : Ermm.. Sebelum pukul 6 da masuk dah. 
Abah: Haha. Kat sini pulak subuh sebelum pukul 7. Haha
Me   : -____-" *perli mendalam sangat abah ni

Early in the morning w/ Abah's voice such a good therapy ! I'm a happy kid todayyy (:

#Happy #Smile #InRamadhan

Masa berbuka pulak weChat2 dengan abang, Duan. Duan antar gamba nasi ayam. Aku dengan bangga nye reply gambar nasi kerabu yang dah digaul-gaul ready untuk dimakan. Peduli apa kan? Haha.

Duan: Duan beli makan ayam nye je. Nasi nya tak masak, keras. Hmm.. *nada sedih
Me   : Ayam sekarang da mahal. Lain kali beli ikan je
Duan: Orang biase makan ayam. Orang kaya yang makan ikan
Me   : Kenape pulak?
DUan: Pegi pasar baru tau. Nanti balik kampung kita beli ikan tgk berapa RM habis. Haha
Me   : Sape suruh beli ikan mahal. Ikan bilis kan ada. Haha
Duan: Ikan bilis? Pegi beli kalau murah. 

Aku rasa Duan tgah bad mood sebab makan nasi keras. Tu yang tak layan aku joking pasal ikan bilis. Sedih. Sob sobb.. 

July 12, 2013

Curiga dan Percaya. #Cinta

Lately ramai pulak kawan-kawan mengadu yang pasangan diorang kuat jealous and quite mengongkong. Aku cuma mampu senyum, sengih dan kadang-kadang gelak. Bukan tak simpati. Tapi aku takut kalau aku bagi nasihat, nanti diorang bakal putus, break ataupun clash. Haha. 

Tapi sebab yang mengadu tu dah melebihi tahap kemampuan aku nak beri nasihat. So aku nak kongsi sikit apa yang aku baca dari blog BicaraSamaAwan beberapa bulan lepas. (:  

CURIGA DAN PERCAYA

Dalam relationship, 

cukup sekadar kita ikatkan ia, 
rasa berteman. 

Dalam perhubungan, 

Cukup sekadar kita percaya tentang diri kita sendiri bagaimana untuk kita jadi terbaik bukan pada dia, tapi pada diri sendiri. 

Dalam cinta, 

Jangan pagar undang-undang untuk melaporkan setiap apa pun. 

Makan kita macam mana, 
Hari ini kita buat apa, 
Balik jam berapa, 
Tidur jam berapa, 
Itu siapa, 
Ini siapa, 

Cuba fikir: untuk apa? 

Bukankah cinta itu datang cukup hanya kita rasa kewujudan itu, ada. 

Bukankah cinta yang dianugerah Tuhan itu untuk dipelihara pada aliran jalan sehalanya? 

Tanya diri sendiri: berjuta rasa cinta yang kita beri untuk dia ini adakah itu tiket untuk kita bersama dengan dia selamanya? 

Jangan ragu pada cinta seolah dia kenapa-kenapa dibawa angin bimbang tentang keadaanya? 

Jangan letak sejuta harapan pada jalan yang kita sendiri tidak tahu, ia sampai mana? 

Cukup hanya kita minta: pencerahan pada si pemberi cinta: Tuhan. 

Cukup hanya kita terbangkan doa; 

"Semoga aku dan dia baik-baik saja" 

Ragu dan percaya, 
letak jauh-jauh. 

Kita hanya berteman, 
tanpa ada harapan. 

Kerna harapan itu, 
adalah ragu. 

Harapan itu kepercayaannya, 
turun naik. 

Kita adalah teman, 
teman yang saling mempercaya. 

Percayalah, 
Kita tetap akan menemukan bahagia, 

Biarpun kita diganti sosok seseorang disamping kita sekarang, percayakan itu. 

"ia wujud ada untuk kita" 


BSA - 3:56 petang, 
12 March 2013.




Tapi nanti ada pulak yang tanya, "dah dapat pasangan yang kuat jeles nak buat mcmana? takkan nak clash?" Okey, for me perasaan curiga dan percaya tu dua-dua perlu ada. Cuma perlu ada kat tempat yang betul. Kalau takde perasan curiga tu mcm tak normal pula. Percaya. Kalau tak percaya buat apa nak bersama. Dan kalau tak percaya kenapa nak mengurat si dia masa awal-awal atau accept 'lamaran'. Right?

Kepercayaan tu bukan hari ni cakap "awak kena percaya saya" dan esok sampai mati dia akan percaya kita. No. Kepercayaan tu dibina dan dipertahankan. Ingat lagi macamana susah aku nak mintak izin dari abah untuk kerja part time lepas SPM. Once abah bagi peluang, aku cuba guna dan jaga peluang tu. How? Tak balik lambat tanpa sebab. Tiap kali ada mamat-mamat datang bagi bisnes card or whatelse aku serah semua pada abah. Bukti yang aku serius cuma nak kerja. Dan aku tak sia-siakan duit gaji dengan cara sambung belaja masuk matrikulasi guna duit sendiri. Then bila cuti semester kat universiti nak minta izin dari abah kerja part time pun dah senang. Yeay. **Aku taktaw nak share pengalaman becinta. So kongsi cerita aku ngan abah pun bole kan? Pokok pangkal dia nak buat pasangan tu percaya kita bukan sehari dua. Kata sayang? Effort la sikit untuk buat dia faham dan percaya. Asalkan tak langgar ajaran agama dan tak lupa mak ayah. 

Biasa problem yang kawan-kawan mengadu "dia tak bagi aku keluar dengan kawan lelaki yang lain, tak manis katanya." Aku suggest, cuba reply macam ni. "Abis tu yang kita selalu keluar dating berdua tu manis sangat ke? At least sy keluar dengan kawan tu ramai-ramai. Kalau nak buat silap pun masih ada yang lain untuk tegur." Tapi lepas tu korang besedia la untuk dia sentap and merajuk seminggu atau sebulan. Haha. Suggestion lain, cuba sekali sekala bawak dia keluar sama-sama dengan kawan-kawan kita. Biar dia kenal biar dia nampak dengan orang yang macamana kita berkawan. Mungkin lepas tu dia lebih percaya. 

Masalah seterusnya, dapat pasangan yang every minute every second nak tau kita pergi mana, buat apa dan dengan sapa. Oke yang ni serius rimas. Mak ngan ayah kita pun tak macam ni kan? Haha. Aku suggest, cuba jawab macam ni "setiap aktiviti saya, sy dah lapor kat mak ayah. Kalau awk nak tahu, lebih afdhal awk tanya kat mak ayah sy sendiri." Bagi hint sikit kat si dia yang parent masih lagi yang TERPENTING dan TERUTAMA dalam diri kita. Bukan dia yang belum ada apa-apa ikatan sah dengan kita. Tapi tu pun kalau berani nak buat la. 

Suggestion last aku, selalu-selalu lah doa mintak dia dilembutkan hati untuk percaya kita. Sebab tanpa percaya ibarat macam nak bina rumah tanpa tiang. 

Letak cinta 100% pada pemilik hati, iaitu DIA.

Ayat akhir aku, kalau rasa tak boleh jugak hidup dengan ada orang jeles atau sentiasa nak ambil tahu, jadi single la. Hidup sorang-sorang. Pahtu jangan nanges pulak. Hihi. Pada yang belum ada pasangan atau calon pasangan tu, luangkan lah sikit masa untuk selalu doa pada yang atas supaya diberi pasangan yang memahami dan mempercayai. Remember, kita pilih pasangan yang kita nak bawak dan hadap sampai mati dan selepas mati. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...