Rasanya dah banyak kita dengar ramai mualaf yang jadi pendakwah kan? yang dulu nya non-muslim, beragama Kristian, Hindu, Buddha.. bila convert masuk Islam, diorang jadi pendakwah. Dr Gary Miller is one of them. (:
Baru tadi baca link yang kawan post kat Facebook. SINI. Dan tertarik dengan kata-kata Dr Miller tentang isi Al Quran yang mencabar masa depan pada sisi pandangan dia.
First, mengenai Abu Lahab yang selalu menentang Rasulullah, menentang Islam. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan "Al-Masad". Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, Ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam.
Selama 10 tahun itu, Abu Lahab berkata: "Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia( baginda s.a.w )mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah surah ini datang dari Allah? ".
Tapi sepanjang 10 tahun tu tak pernah pun Abu Lahab masuk Islam. Dalam erti kata lain, Rasulullah dah beri Abu Lahab peluang untuk membuktikan yang Rasulullah tu salah. Tetapi Abu Lahab tak melakukan apa-apa sepanjang 10 tahun tu.
"Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana ini (Al Quran) bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Tuhan yang Mengetahui apa yang tersembunyi dan Mengetahui bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim." (Dr Gary Miller)
Second, mengenai permusuhan Islam dengan orang Yahudi:
"Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh
utama bagi umat Islam dan ini adalah benar. Sehingga kini ,musuh utama umat
Islam adalah orang-orang Yahudi.Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana
orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan
bergaul dengan orang Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan
kemudian berkata: di sini kita bergaul dengan anda sebagai kawan dan Al-Quran
mengatakan bahawa kita adalah musuh,Al-Quran ini salah! Tetapi ini tidak berlaku
pada 1400 tahun! dan ia tidak akan berlaku kerana ini adalah firman dari Tuhan
Yang Esa yang Maha Mengetahui bukannya kata-kata manusia." (Dr Gary
Miller)
Ni baru sikit yang Dr Gary Miller cuba bentangkan tentang kebenaran Al Quran. Yang lebihnya boleh baca pada link tadi. Atau boleh dengar talk dari pendakwah-pendakwah yang lain. Jadi bekalan kalau-kalau satu hari nanti ada yang bertanya tentang kebenaran Al Quran pada kita pulak. (:
#AlQuran #Guidance
Selalu kita dengar pendakwah buktikan kalam Allah (Al Quran)
dengan kaedah saintifik and macam-macam lagi. Apa yang Dr Gary Miller cuba
sampaikan ni pun salah satunya darinya. Nice kan? Kadang-kadang kita yang memang
dah sedia lahir dalam Islam ni pun tak pernah terfikir. Mungkin sebab tak pernah mentafsir. Sebab tu mungkin
wujudnya orang yang belum Islam (non-muslim) ni. Sesungguhnya Dia sebaik-baik
perancang. (: