Nah, teringat kata seorang kawan ni. Bila diberikan satu kertas putih dan dicalitakan sedikit dakwat hitam di tengahnya. Pasti. Mata dan akal tertumpu pada si hitam walau putih nyata lebih luas. Samalah dengan kita dalam nyata. Bila dihidangkan dengan satu dua masalah dan musibah, kita selalu lupa atau sengaja mengabaikan beribu hadiah yang Allah sediakan untuk kita teruskan senyuman.
Omputih kata, "The most beautiful smile is the one that struggles through tears". Dan kerana itulah senyuman adalah pakaian paling mahal.. (:
Biar hujan pagi.
Jangan hujan hati.
Tapi kalau hujan pun, mana tahu ada pelangi yang menanti
(DY, 2013)
It's raining
No comments:
Post a Comment