Hari ni terpandang kitten ngan mummy dia. Main-main kat bawah blok asrama. Such a touch scene. Dua ekor kucing tu sikit comot, mungkin tak bertuan dan mungkin tak berumah. But they look so happy. Teringat kucing parsi kat rumah kawan. Yang selalu kene kurung tak bebas nak bermain. Cuma bila orang datang akan puji kata 'beatiful'.
Dekat sini, aku rasa HAPPY dan BEAUTIFUL punya beza yang sangat besar.
#Citam #MyLazyCat
Kemudian aku sambung fikir, kucing tu semua sama je. Yang membezakan adalah persekitaran. Kalau kucing tu bertuan, nampak comel la dia. Kalau tuan dia loaded, bukan setakat comel, gemuk, gebu semua ada. Bandingkan dengan kucing jalanan yang homeless tu, kurus, comot dan keding lah cerita nya.
Sama jugak dengan manusia. Asas nya sama. Yang membezakan kita ialah kat mana Allah nak letakkan kita. Kalau kita lahir dalam keluarga kaya, kaya la kita, cantik pandai bergaya and vice versa.
Kalau kucing jalanan yang kurus comot pandai cari makan dengan tangkap tikus, tangkap burung atas pokok, atau pancing ikan kat pasar. Mungkin dari kurus boleh jadi gemuk. Atau jalan pegi ke kawasan rumah-rumah, mungkin dia bakal bertuan dan hidup terjaga. Manusia pun kalau lahir dalam kekurangan, tapi punya effort nak maju, insyaAllah we will be better.
Aku bukan bersedih dengan kekurangan
tapi aku letih melihat mereka yang masih mempersoalkan
walau telah dibentangkan dengan beribu kelebihan
atau mereka perlu di ajar dengan erti kesusahan
Baru mereka tahu mengangkat menadah tangan
(DY, 2013)
Berhenti mempersoalkan kenapa Allah beri begitu dan begini. Tapi cuba lah cari hikmah disebalik nya. Bahagia tu bukan pada mata yang melihat, tapi ada pada hati yang merasa. (:
No comments:
Post a Comment