Followers

December 31, 2010

Fakta Menarik Piala Suzuki AFF

aku tgk ramai blogger yg tulis pasal Malaysia menang Piala Suzuki AFF.
aku nak join sekaki lah. hehe. Aku nak share benda2 menarik tentang Piala Suzuki nih. Meh sama2 bace.


1. Kebanyakan pemain skuad Malaysia, umur mereka bawah 23 tahun kecuali beberapa pemain seperti Safee Sali (29 tahun).

2. Malaysia antara pasukan yang langsung tiada pemain/jururatih import. Semuanya asli dan original Malaysia! (bangga beb..)

3. Rata-rata pemain kali ini ialah mereka yang diberi pendedahan di Slovakia. Jadi, nah….sekarang kita sendiri dah nampak sedikit hasil dari tindakan FAM. Mental pemain nampak lebih kuat dan tenang dalam kawalan permainan. Kan..kan? 

4. Semua pemain pertahanan Malaysia malam tadi, umurnya bawah 22 tahun. Paling muda si Fadhli tu, baru 19 tahun, tapi dah sarung jersi kebangsaan! Patutlah di Gonzalez tu mati akal, die dah 37 tahunkan? kui3...

5. Semua pemain nampaknya punya stamina lebih tinggi. Memang ketara sangat bab ni. Lebih-lebih lagi si Kunalan tu! Even die kadang2 terlepas bola. hehe

6. Penyerang Malaysia, Shahrul Idlan Talaha tu, baru je kawen 2 hari lepas! Masih dalam pantang tu, tapi tengok malam tadi, sangat2 bersemangat ! Tahniah2.



7. Disiplin pertahanan yang cukup baik. Komunikasi antara pemain juga nampak meyakinkan. Macam takde sebarang salah faham antara penjaga gol Malaysia dan barisan pertahanan. Penjaga gol Malaysia memang nampak dah matang (padahal baru 21 tahun).



8. Bile kali terakhir korang tengok pasukan Malaysia main bola? Jujur jawab ye… mesti sedikit teruja masa kat Bukit Jalil. Dengan lautan penyokong Malaysia (75,000 penyokong). Memang cukup patriotik malam tadi.

9. Safee Sali dapat anugerah penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 ! (5 gol weyh..)



10. Stadium Bung Karno sepanjang perlawanan menjadi stadium tersibuk di bulan Desember. Stamford Bridge je tak sesibuk ni akibat salji datang dan big match pun ditunda.



12. Isu laser melaser dibesar-besarkan.



 Ramai yg bagi cadangan suruh mereka main bola sepak pakai spec itam. kui3



13. Skuad Malaysia pegi Stadium Bung Karno naik kereta perisai polis. Sebab nak elakkan rusuhan. Huhu sampai mcm tu sekali.



14. Macam2 status Fesbuk pasal bola keluar lepas Malaysia sah jadi juara. Paling aku suka ayat nih:~


"The commentators say Khairul Fahmi is 5ft 8in, pretty short for a goalkeeper. But today, he stands TALL for every Malaysian."


15. Masa final kat Indonesia, skuad Malaysia practice kat dalam hotel jek. sebab banyak rusuhan. Kasihan mereka.





15. Fan page Khairul Fahmi Che Amat dan blog awek die pon semakin ramai yg follow. HAHA



Ape2 pon TAHNIAH buat skuad Malaysia sebab menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 !


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...