Followers

December 31, 2010

Best Friend~ KIRORO : untk ciK DiLa

Kiroro

Best Friend (English) lyrics



I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry
You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend


These plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend



Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend



Always always always my Best Friend




01.01.2011
dengan rasmi nye cik Nura Adila binti Nasir nih dah cukup umur.
dah tua dah kau. hehe
lagu ni aku selalu dengar masa zaman matrik dulu.
so, sekarang turn kau pulak dengar ye. 

cik dila. semoga kau hepy2 salu.
senyum2 salu.
cepat2 jumpe your soul mate.
and dapat kurus cepat. even kau da memang kurus. hehe

dila, kite friend forever sampai bila2. 
even kau salu bz & kite jarang jumpe.
but kenangan masa form5 dengan kau still dalam otak.
masa kite main lukis2 time cikgu Roslina ajar kat depan.
dating kat library.
ngurat2 encik zaimi and the gang. 
buat gelang hitam. (sekarang da putus. huhu)
byk lagi ar..
boring lak kau bace nanti. hehe

pe pon. hepy besday budak besau ! Friend forever !

Fakta Menarik Piala Suzuki AFF

aku tgk ramai blogger yg tulis pasal Malaysia menang Piala Suzuki AFF.
aku nak join sekaki lah. hehe. Aku nak share benda2 menarik tentang Piala Suzuki nih. Meh sama2 bace.


1. Kebanyakan pemain skuad Malaysia, umur mereka bawah 23 tahun kecuali beberapa pemain seperti Safee Sali (29 tahun).

2. Malaysia antara pasukan yang langsung tiada pemain/jururatih import. Semuanya asli dan original Malaysia! (bangga beb..)

3. Rata-rata pemain kali ini ialah mereka yang diberi pendedahan di Slovakia. Jadi, nah….sekarang kita sendiri dah nampak sedikit hasil dari tindakan FAM. Mental pemain nampak lebih kuat dan tenang dalam kawalan permainan. Kan..kan? 

4. Semua pemain pertahanan Malaysia malam tadi, umurnya bawah 22 tahun. Paling muda si Fadhli tu, baru 19 tahun, tapi dah sarung jersi kebangsaan! Patutlah di Gonzalez tu mati akal, die dah 37 tahunkan? kui3...

5. Semua pemain nampaknya punya stamina lebih tinggi. Memang ketara sangat bab ni. Lebih-lebih lagi si Kunalan tu! Even die kadang2 terlepas bola. hehe

6. Penyerang Malaysia, Shahrul Idlan Talaha tu, baru je kawen 2 hari lepas! Masih dalam pantang tu, tapi tengok malam tadi, sangat2 bersemangat ! Tahniah2.



7. Disiplin pertahanan yang cukup baik. Komunikasi antara pemain juga nampak meyakinkan. Macam takde sebarang salah faham antara penjaga gol Malaysia dan barisan pertahanan. Penjaga gol Malaysia memang nampak dah matang (padahal baru 21 tahun).



8. Bile kali terakhir korang tengok pasukan Malaysia main bola? Jujur jawab ye… mesti sedikit teruja masa kat Bukit Jalil. Dengan lautan penyokong Malaysia (75,000 penyokong). Memang cukup patriotik malam tadi.

9. Safee Sali dapat anugerah penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 ! (5 gol weyh..)



10. Stadium Bung Karno sepanjang perlawanan menjadi stadium tersibuk di bulan Desember. Stamford Bridge je tak sesibuk ni akibat salji datang dan big match pun ditunda.



12. Isu laser melaser dibesar-besarkan.



 Ramai yg bagi cadangan suruh mereka main bola sepak pakai spec itam. kui3



13. Skuad Malaysia pegi Stadium Bung Karno naik kereta perisai polis. Sebab nak elakkan rusuhan. Huhu sampai mcm tu sekali.



14. Macam2 status Fesbuk pasal bola keluar lepas Malaysia sah jadi juara. Paling aku suka ayat nih:~


"The commentators say Khairul Fahmi is 5ft 8in, pretty short for a goalkeeper. But today, he stands TALL for every Malaysian."


15. Masa final kat Indonesia, skuad Malaysia practice kat dalam hotel jek. sebab banyak rusuhan. Kasihan mereka.





15. Fan page Khairul Fahmi Che Amat dan blog awek die pon semakin ramai yg follow. HAHA



Ape2 pon TAHNIAH buat skuad Malaysia sebab menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 !


December 21, 2010

Mereka daN Kita BerBeZa~

Lets pictures talk..







Adilkah kita wahai Insan...? pikir2 kan lah..

Berdasarkan formula Kimia, dunia tidak berada dalam keadaan 'Equilibrium'.
So, marilah kite sama2 'shift to the right' atau 'shift to the left' supaya dunia dapat mencapai 'Equilibrium'.

December 20, 2010

kau pakai tudung sebab ape?

entry yg aku buat ni. cume maklum balas dari ape yg aku bace dari blog kawan aku.


bila sorang budak ni cakap~
"dulu cikgu aku yg pakai tudung tu, hee takut aku bila dia buka tudung. rambut rosak dah tu kembang pulak tuu. lari lah kalau nampak mcm nampak hantu! "
disambung~
"kau orang pakai tudung sebab nak tutup rambut yg rosak dan taklawa eh? sebab aku tengok yg rambut cantik semua tak pakai tudung pun? orang pakai tudung rambut tak cantik ke mcm cikgu aku tu?"


sumpah ! aku sebagai org yg pakai tudung. sangat terasa.
antara sebab2 nye :


1. aku terasa kau sedang mengutuk rambut aku.
2. kau memandang serong terhadap org yg pakai tudung kerana Allah.
3. kau tak paham kenapa kami2 ni pakai tudung.


meh2 sini aku jelaskan antara sebab kenapa PEMPUAN ISLAM pakai tudung yek :


1. Nak tutup AURAT.
2. Op cos la sebab nak PAHALA.

3. Dapat mengurangkan nafsu lelaki.
4. Nak mengelakkan orang berniat tak baik terhadap diri dia.
5. Supaya laki2 beriman je yg suka die.. (erk, yeke? ni suruh laki jawab)
6. Dapat mengurangkan nafsu lelaki.
7. RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA.
- JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI.
- KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA RAMBUT DA KURANG NILAI (low class).
- (no offence hah) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (except family)
8. Taknak rambut die ditarik-tarik, digantung dengan bara api dan dibakar dengan dasyat kat akhirat nanti.
9. Paling utama die tutup aurat sebab die faham dan mentaati tuntutan ISLAM


aku nak share jgk ape aku dgn intan dah buat observation. kenape org yg tak pakai tudung rambut lawa2 :


1. sebab dorg free hair.
- dah rambut yg kat luar, yg tu la kene bg lawa. ingat semula jadi lawa ke? rebonding segala tuh.. tak campur p rawatan steam, curl lagi.. cut2 lagi.
- mcm yg pakai tudung gak. dah tudung yg kat luar. mmg la nak bg tudung yg lawa. tu yg mcm2 jenis tudung ade sekarang.
2. sebab rambut die mmg semula jadi lawa. so taknak pakai tudung. HAHA


eh, sape kate org yg tak pakai tudung rambut tak lawa?
meh aku nak share story. aku ade sepupu yg pakai tudung. die penah sangkut masa sport check kat sekolah. tau ape kesalahan die? sbb nye, die memiliki rambut yg lurus sgt2. and cekgu tu kate, die salah sbb rebonding rambut. hah??? ape hal plak kan? tak bole ea rebonding rambut p sekola? peraturan baru aku dengar. eh2, rambut sepupu aku tuh mmg semula jadi lurus oke.. aku cakap ngan sepupu aku tuh. cekgu uh jeles ngan rambut kau yg lawa. HAHA.. see.. sape kate org pakai tudung rambut tak lawa. siap cekgu pon nak jeles. 


TAPI. orang yg bertudung sekarang. dah tak dipandang tinggi mcm dulu2.
sebab musabab nye :


1. Ade golongan yg pakai tudung, tapi buat maksiat. 
2. Ade plak yg kejap pakai tudung, kejap bukak. (ape kes?)
3. Pakai tudung just sebab peraturan sekolah.
4. Pakai tudung sbb nak hide kan rambut perang ! 
5. dan macam yg budak ni cakap. pakai tudung sbb nak hide kan rambut tak lawa.


errmm.. pada yg pakai tudung aku saran kan sila lah jaga rambut korang jgk oke? nanti korang kawen, kan nk tunjuk kan suami. kalo taknak suami pandang lain, korang kene la pandai2 tarik perhatian die. cara paling senang, jaga lah penampilan. tak suruh pon kau p rebonding ke, rawatan stim ke ape. pakai shampoo n perapi die pon da oke pe. pakai la DOVE. lembut weyh rambut. haha promote jap. and kalo da pakai tudung tuh, jaga lah tingkah laku. jgn org anggap, yg pakai tudung ngan tak, sama je perangai. kadang yg tak pakai tudung lagi baik dari yg pakai tudung. sadis nye... =.=







December 14, 2010

Kerenah Si Kecil

Bila da ada anak. mesti mcm2 pengalaman korang akan rasa. urm, nak aku tegaskan kat sini. aku belom ade anak ! kawen pun belom. haha. anak buah je da ade tiga. dan InsyaAllah, bakal jadi empat. 

akak aku salu citer pasal anak die. begitu dan begini. anak die nama Muhammad Rafi' Haadee. aku panggil Hadi saje. die ni suka sgt tiru ape atuk die buat. atuk die tuh merangkap abah aku lah. ade satu hari akak aku nak p sidai baju. si Hadi ni nak ikot. sebelum die ikut, die request mcm2 ngan akak aku. die nak pakai mcm ape atuk pakai bile jenguk2 rabbit-rabbit kat kandang.


Hadi : mama. nak pakai kasut yg mcm atuk pakai tu..
akak : oke.. hadi pegi la amik.
Hadi : mama amik kan lah..
akak : Hadi pegi lah amin sendri. kan kasut Hadi.
Hadi : alah.. mama la amik kan...
then akak aku p lah amikkan.
Hadi : mama.. stokin nye mana?
akak : Hadi letak mana tadi? pegi lah amik.
Hadi : mama tlg la amikkan..
akak : yelah..
lepas Hadi pakai stokin~
Hadi : mama, sarung tangan nye mana?
urh.. sarung tangan puler... ni sebab ayah aku kalo p kandang arnab kat belakang umah tuh, salu pakai sarung tangan. 
akak : iye, nah ni pakai.
Hadi : mama, nak pakai jam ben10 hadi.
akak: pegilah amik.
Hadi : mama amikkan lah..
akak : Hadi amik lah..
lepas pakai jam ben10~
Hadi : mama topi nye mana?
akak : ish budak ini, satu2 die mintak. Nah, ni topi nye. pakai.


see.. ade anak ni nak kene sabar.. tgk anak akak aku tuh.. haha. lepas akak aku citer benda ni kat aku. aku sindir aa balik. eleh.. akak tu masa kecik lagi byk kerenah. akak aku cover lah. cehh, igt aku tak tau? abah salu citer lah.. ngah3..

adik beradik aku je masa kecik mmg mcm2 kerenah.  :)

si abang nawi yg suka masukkan batu dalam tempayan + suka tanye soalan kat abah aku. then, kalau jawapan yg diberi tak sama dgn ape yg ade dlm kepala die, selagi tuh die akan tanye.
contoh nye : kucing lawan dengan harimau sape menang. abah jwb harimau. die tanye lagi ulang2 kali. sampai anah cakap kucing menang. 

- akak pulak bile da pangku kuceng, tak tau nak galih tempat. tak kesah la kalau time tu die duduk kat dapur, and mak aku plak nak memasak. meghalang laluan betol. tepaksa mak aku mengalah.. :) 
bile makan pulak, malas nak kunyah. mintak mak aku yg kunyahkan. HAHA

penah jgk bile abg & akak nampak mak aku baru lepas angkat air dari kolam. (masa tuh xde air paip). abg cakap nak tgk camne mak amik air tuh. padahal mak da siap. abg nak tgk jgk. kire cm soh ulang tayang lah. so terpaksa mak aku tuang balik air du dalam kolam, and amik semula. ish3.. sabau jelah..

- si duan pulak, penah mintak air ngan mak. nak air milo panas. mak aku hidangkan air milo panas. die cakap semula. nak milo sejuk. mak aku bagi air milo sejuk. die request : nak milo panas sejuk. mak aku da start pening. sebenar nye die nak air milo suam. tapi tak pandai nak ckp camne. HAHA
paling kelakar, susah nak suruh duan benti minum susu guna botol. and taktik mak aku : botol susu dah kene curi dengan monyet. (masa tu byk monyet). and mati2 satu family pecaya. duan pon da stop minum susu botol. tapi taun lepas, mak aku bocor rahsia yg mak aku tipu je tuh..mak aku yg sorokkan botol susu die. HAHA, and taun lepas umur duan da 20 tahun !

- aku pulak? aku budak baik.. lalalaa~ mesti ade yg x puas ati bile aku kate aku budak baik. oke2 aku citer. masa kecik, aku suka lombe minum air ngan ayah aku. sape abis dulu die menang. then kalau ayah aku menang. nanti aku nanges. tepakse lah abah buat2 kalah. dan kenyataan tu aku tau bile aku da sekola menengah ! arghh.. malu nye.. !
satu lagi perangai aku. suka mintak abah bace kan buku citer kanak2 pas abah aku balik keje. abah aku yg tgah penat2 ttp sudi bacekan citer tuh... dan bole kate tiap hari aku mintak bace buku citer. and selalu ulang buku yg sama. dan. dann.. abah TAK PERNAH merungut. i love u lah abah !


*nak jadik mak bapak. kene byk sabar. kalo tak sian kanak2 tuh kurang kaseh sayang*

December 11, 2010

NOBITA yang awet muda !

aku sgt kagum dengan NOBITA. sejak aku tadika.. sampai la aku da masok universiti nih. NOBITA tetap maintain. muka masih mcm budak2. huh, baby face kah..?!

Actually, aku bukan la peminat NOBITA. aku benci NOBITA. sbb die tak memberi motivasi kpd budak2 yg menonton. NOBITA pemalas. NOBITA penakut. NOBITA 'gembeng'. Dan.. NOBITA selalu salah guna kemudahan yg Doraemon bagi. yeah ! Doraemon. aku suka die. Sbb die nampak sungguh ComeL. dan sbb die ade kocek 7eleven - mcm2 ada..!

Moral of d story : NOBITA adalah katon rekaan semata2. sbb tu die tak tua2.

Eh, jap2.. jom kite bayangkan ramai2 camne muka NOBITA kalo die da tua......

urgh.. aku rasa, bialah NOBITA muda sampai bila2.. 

December 10, 2010

work like a machine !

Aku dah dapat keje part time ! HAHA.. sempena mengisi masa lapang cuti sem. Keje aku senang jek. packing2 barang. Lipat2 kotak. mcm wat origami lak gaye nye. Pahtu masukkan barang. Buat keje mcm mesin buat. Cume tak selaju mesin. Keje simple pon balik umah aku still rasa penat. Whatever. Yang penting aku tau, sampai masa aku nak duet GAJI. Haha. Kejam nye ayat.

December 9, 2010

erkk..! NICE ke?? (aku ditag)

nice blog award.


tetibe dapat awrd nih.. HAHA
nice ke blog? ade kwn ckp blog aku bising. 
tapi, org da bg award. aku hambik je aa.. hehe
tagged by yda, mashi2.. ;)

1. Kenapa aku pilih nama blog saya camtu?
bintang 14 hari
just becoz i love star. and d song bintang 14 hari by kangen band.

2. lima perkara yang aku suka?

.waffle:shopping:citer jepon/korea:kucing:sport.
3. lima perkara yang aku tak suka?
penjahat:semut:org yg suka bg kate2 down:citer indon:sampah.
4. tag orang lain..
FaD + iLaH
the BAD boy (emy)
mohd tajul ariffin
taufiq taib

AKU TERTIPU ! Lada tu Pedas !

penah dengar lada putih (cili putih)?
dulu masa my mom mula2 tanam kat belakang umah
aku kemain jakun..

sampai satu masa akak aku cakap :~
"lada putih ni tak pedas. MANIS. sbb tu warna putih."
aku yg masih umo enam taun pun menjawab :~
"yeke? mane de lada manis."
akak aku balas :~
"tak pecaya cube lah.."
aku pon petik lah. pahtu aku makan.
PERGH ! pedas baiii.....!
hampeh. kene tipu idop2.
mahu ku sepak laju2 akak aku tuh.
tp die dah lari dulu. takot mak aku marah.


.:moral of the story-smua lada/cili tu pedas:.

eh. lada benggala? mana pedas..



tu bukan lada. Tu LABU ! kan bentuk cam labu. spesis labu la tuh.

December 8, 2010

aKu mAhu iNi juGa =.=

selain beg SUBCREW.
aku nak ini juga !





mane-mane la.
salah satu yg kat atas tu.
kalo aku dapat, mmg aku senyum sepanjang hari.
++++ pulak kalo ade yg ini :~


MANTAP lahh.. ! hehe..

rasa lapar tak tgk benda2 ni sume?
kalo tak lapar...pelik la korang nih. HEHE
meh2, weekend ni kite cari menda2 ni sume. ;D

December 7, 2010

aKu nak benda ni ! seriously !

tadi jalan2 kat fesbuk niaga kawan aku nih
tetibe aku terjumpe satu benda nih .
and aku terus jatuh chinta.

eh ! bukan org tuh.. tapi beg yg die pegang tuhh..

pergh ! ! sumpah chantek !
harga die rm70.

CAPTEN ! saye nak keje part time !
saye nak beli beg nih pakai duet saye sendiri .. 
duet dalam purse saye tingal rm60
tak cukup !
so, sila bagi saye kerja utk dikerjakan.
agar dapat membeli beg ini ! seyes ni.


beg ni chomel gakk... 
tapi cm jambu lak.. hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...