Followers

May 18, 2013

Palestine. Berbahagialah kalian.


Palestine,
Berbahagialah kalian
Tatkala kami masih mengejar cinta dunia
kalian telah pun mengecapi cinta Tuhan
Tatkala kami mencari harta dunia
kalian telah pun memperoleh harta akhirat.
Tatkala kami mati akibat penyakit
kalian gugur sebagai syahid yang mana syurga pasti menanti

Palestine,
Maafkan ku kerana terlalu lemah untuk mempertahankan mu
Maafkan ku kerana tak berdaya berjuang bersamamu
Maafkan ku kerana hanya mampu mengalirkan air mata
Maafkan ku kerana aku insan lemah.

Palestine,
Aku hanya mampu berdoa buatmu
Doaku kecil yang belum tentu diterima Tuhan
Tapi aku janji akan terus berdoa dan mengingatimu

Berbahagialah kalian
Kerana dipilih Tuhan menjadi kekasihNya tatkala aku hanya hamba lemah 
dan daif yang sering alpha dengan dunia.

Written by: QFreeInk 


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...