Cuti semester tanpa balik kampung memang sangat bosan. So hari ni rasa nak tulis entri banyak banyak.
Back to da topic. Jiwa kelajuan. Rindu nak tgk drift. Rindu nak jadi drifter. Eh?
Ni semua penangan tengok drift kat Batu Pahat Mall masa form 4 dengan NHJ. Sanggup besesak sesak berpanas semata nak tgk show. Tak terpikat ngan design kereta yg macho2 handsome2. Tapi teruja ngan sebijik kereta yang luar nampak biasa, tapi once masuk litar.. awesome ! super duper awesome. Since dat pasang niat nak jadi drifter ngan NHJ.
Dan sebab tu jugak aku selalu gagal nak jadi pemandu berhemah. Mula2 belajar kereta pun da dikelilingi oleh drifter2 tak bertauliah. Memang begini la Yaya jadi nya. Langgar had laju tu memang selalu. Belum campur ngan lampu kuning dan lampu merah. Apa tah nak jadi. Bukan la selalu bawak laju. Tapi often la jugak. Mungkin kene amek lesen jadi drifter cepat2 dan bawak masuk kereta pegi litar. Bukan lagi laju kat jalan raya. Atau perlu abah selalu duduk seat sebelah jadi JPJ tak bertauliah untuk bebel selalu.
A short conversation w/ NHJ petang ni:
#JiwaKelajuan #NHJ #KawanBaikKawanGaduh
This is crazy. NHJ memang suka bawak laju. But still rasa selamat bila naik kereta sama dia. Oke mungkin kene belajar technique yang betul ngan dia.
Rindu event drift. Drag pun jadi jugak even kurang action. Rindu bunyi kereta kat litar. (:
Btw, sebenarnya nak tengok Yaya jadi pemandu berhemah tak lah susah mana. Letak je budak kecik dalam kereta. Memang tak lebih 80km/h bawak. Kadang2 lagi slow.
#Rafi'Rizqi #Kesayangan #Johor
Setiap kali nak bawak laju. Ingat la orang-orang tersayang. Teringat kata-kata abah masa aku accident motor dua tahun lepas. Mula-mula ingat kan abah marah sebab motor rosak teruk. Tapi abah cakap
"Lain kali bawak motor hati-hati. Jangan nak laju je. Nak repair motor tu je dah sekat seribu. Ni motor je teruk takpe. Kalau Yaya yang teruk macam mana?"
Oke ayat last abah tu buat aku terharu. Abah marah sebab sayang kan? Since that mmg tak bawak motor laju-laju dah. Aku mmg degil. Tapi bila abah yg bercakap, aku selalu dengar. (':
Cume sekarang perlu jadi driver berhemah masa drive kereta. Yeah.. i'm trying. i'm learning. Tak mahu accident sekali lagi untuk jadi guru dalam hidup. Enough.
No comments:
Post a Comment