Followers

May 28, 2013

Buka mata pakai hati. Melihat dalam persepsi lebih luas.

Dulu aku penah cakap "Move on. Hidup bukan untuk hanya untuk cinta." Kemudian ada yang jawab, "Memang hidup bukan hanya untuk cinta. Tapi tanpa sedar hidup kita memang dikelilingi oleh cinta."

Buka mata pakai hati, lihat cinta dengan persepsi lebih luas. Bukan sekadar hanya untuk dua orang yang berlainan jantina.

Kalau cinta pada yang atas, setiap helaan nafas ini takkan mungkin kita bazirkan. Kalau cinta Rasul jadi sandaran mana mungkin ada makhluk berakhlak buruk. Kalau betul cinta, takkan ada yang sanggup pandang remeh setiap harapan yang mak ayah sandarkan. Takkan ada anak yang sanggup bazirkan setiap sen yang diberi atau setiap nasihat yang keluar dari mulut mereka. Kalau betul cinta, seorang kawan takkan berkira dengan sepinggan nasi untuk dikongsi, atau masa untuk dibahagi bila kawan perlu bahu untuk bersandar. Kalau betul cinta, murid mungkin selalu berebut kerusi paling hadapan dan takkan berkira-kira untuk ponteng kelas.

Cukup kita disajikan dengan kisah cinta adam dan hawa, romeo dan juliet. Sampai selalu lupa tentang cinta yang di atas, di kanan dan kiri, di depan mahupun dibelakang. 

Aku pernah menjadi si dungu,
yang dulu selalu menunggu. 
Menunggu sesuatu yang akhirnya pergi dulu.

Memang waktu itu aku bebal. 
Tapi ini bukan masa untuk sesal dan menyesal. 
Sebab mana ada yang kekal.

Aku hari ini kerana yang semalam semalam. 
Terus percaya yang di depan cerah walau di belakangnya kelam. 
Kerana yakin perancanganNya lebih hebat lebih mendalam.

(DY, 2013)


#KeepSmiling #Rainbow 


Bersyukur selepas banyak perkara. Senyuman ni masih milik aku. Bersangka baiklah di setiap langkah. Kadang kadang apa yang Dia rencanakan memang tak tercapai jangkau akal fikiran. Tapi kerana sesungguhnya Dia lebih tahu, dan Dia selalu beri apa yang kita perlu bukan yang selalu kita mahu. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...