Followers

May 23, 2013

Setiap kali rindu ini datang

Hari jumaat. Salam penghulu hari. Rindu ni datang lagi. (': 

Entri lepas aku penah cakap nenek sakit. dan sebenarnya dah nak masuk bulan keenam nenek pergi jauh. Jauh yg aku tak dapat nak capai dah. Nenek pegi sehari sebelum aku jawab final paper semester 5. Rabu lepas asar. Khamis pagi kebumikan. Khamis petang aku jawab exam. Khamis malam aku drive balik rumah dengan Chuya and Aqilah. Sampai rumah tengok ramai sedara mara. Duan ngan abang pun ada. Pelik. Salam abah cium tangan abah sambil buat muka tanda tanya, then abah kata nenek dah takde. Luruh hati. Masuk rumah cari Duan pulak. Salam dia sambil buat muka kecewa kenapa tak bagitahu adik dia nih yang nenek dah takde. Duan kata abah tak bagi sbb aku tengah final exam. Tepaksa redha. 

Tiap kali rindu ni datang, hati rasa terkilan. Terkilan sambil tanya kat diri sendiri. Cukup baik ke aku dah jadi sepanjang menjadi cucu nenek? dan kemudian jawab sendiri. Sangat tak cukup. Masa tak boleh putar semula. Yang mampu hanya doa aku iringkan. Al Fatihah aku kirimkan setiap kali rindu ini datang. Semoga aman kat sana, nenek. 

#AlFatihah . 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...