Followers

January 31, 2011

biaselah bila trouble become a friend kan?

biaselah bila trouble become a friend kan?..

Aku serabut sampai tak tau nak merepek ape kat blog.
Tapi serabut jgk buatkan tangan aku menaip entri nih.


Dulu masa kat matrik. Aku ingatkan tutor yg dibagi dah cukup banyak.
Bila kat sini. Ade lagi banyak.

Dulu masa kat matrik. aku rasa jadual kelas die dah cukup pack. Kelas mula pukul 8 pagi. Balik 4 petang. Kadang2 sampai pukul5.
Bila kat sini. Masuk je sem2. Jadual mula pukul8 balik pukul6. Cuma sikit beruntung bila lecture sudi nak batalkan kelas.

Dulu masa kat matrik 3 subjek wajib tuh dah kire berat dah..
Bila kat sini ade 6 subjek. Berat tak berat ekh?

Dulu masa kat matrik. setakat kene buat tutor ngan report. Masih rasa tak sempat.
Bila kat sini ade tambahan buat mini project. Aku buat muka blur. =.=”

Dulu masa kat matrik. bila kene buat report dalam waktu 24jam dah rasa tergesa2.
Bila kat sini. Die bagi masa seminggu pun masih pening2 lalat jugak.

WALAU-APE-PON. Aku tak rindukan life kat matrikulasi. Even kat sini rasa mencabar. Aku suka kat sini. Kat sini aku dapat belajar ape yg aku suka. Food technology. Yes. Itu diaa… even ade tambahan. so jadi bunyi nyer Chemical Engineering Food Technology.. huhu

Cuma bila masuk sem2. Aku masih mencari rentak.
Tambahan aku rasa down bila senior2 and kawan2 cakap :

“subjek XXX dan YYY tuh susah. Ramai yg fail.”

“habislah kau dapat lecture tuh. Die ajar tak paham.bla..bla..bla..”

“buat mini project tu susah. Kene ade ini. Kene ade itu..”

“lecture tu strict bg markah”

“tengokla pas sem3 nanti kau mesti dah tak dapat 3 pointer keatas. Kecuali kau betul2 teror”

Argggghhhhhh………..!!

Kenapa perlu ade manusia2 yg downkan aku mcm ini..? =.=”
Takde gaya bahasa lain ke kau boleh guna supaya aku tak rasa down.

Tapi the best part bila aku kene gelak dengan senior sem4 nih.
Die gelak tengok aku wat muka serabut bila tak paham subjek XXX nih.
Die kate.
“rilek arr..kelakar aku tgk kau. Biaselah budak amik degree. Baru cmni kau dah serabut. Belum dapat yg kaw2 nyer” (lebey kureng camtu lah ayat die)

Pahtu die bg lah tips2 utk aku.
Terima kasih bayak. Mcm nil ah bagus kan. Huhu..

Ape pon. Aku takkan give up. Kalau sem lepas aku boleh overcome masalah dengan subjek Electric & Electronic tuh.. kenapa tak subjek2 utk sem ni pulak.? Yg penting usaha kan?

Lepas aku naik gunung minggu lepas. Aku realise satu benda.

“hidup ni macam naik gunung jugak. sape yg kuat stamina ade skill hebat, die sampai la dulu. tapi tak kesah la.. yang penting kite sentiasa ade effort untuk daki sampai ke puncak “

Macam Miss Yus salu cakap. 
"tak ape kalau mula2 belajar tak paham. tapi jangan buat rilek jek. kalau dah tau tak paham. buat la something sampai boleh paham."

.:Terima Kasih kat kalian yg terlibat yg selalu tolong aku. Jasa korang aku hargai SANGAT:.

macho kan gambar nih.? haha. Eh,ni bukan Photoshop oke.

nak layan lagu 'trouble is a friend' by Lenka jap.

"Trouble he will find you, no matter where you go, oh oh...
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh....
la la laa laaa......

bila aku tgk kucing. rasa tension akan ilang sikit2. hehe

January 21, 2011

limau yg bertanda Halal

ade sorang budak kicik yg sejak mumaiz sudah diajar untuk hanya makan makanan yg halal sahaje.
die diajar mengenal tanda halal yg ori dan palsu.
kalau takde tanda halal jakim yg original. maka tak boleh lah dimakan makanan tersebut.

ade satu hari tuh. budak kecik tu dok membelek sebijik limau sunkis yg berwarna oren.
then, die belari2 gedik ke arah makcik die.

budak kecik tu pun bersuara. "maksu ! tolong carikan tanda halal kat limau sunkis nih."
makcik die pon hampir2 pecah perut.
maksu die pon balas semula. "adik, limau ni takde tanda halal lah. biar maksu makan je yek!"


p/s : sok aku nak p tawan gunung Dato. so nanti da balik aku visit balik blog korang. =.=

January 19, 2011

Signature paling comeL

Ni aku baru balik dari kelas.
Masa aku kat kelas tadi. mestilah aku kene sign kedatangan kan.. aku jumpe sorang budak ni punyer signature. macho. HAHA


nampak tak signature yg paling atas tuh?
simple. cute. macho. dan senang ditiru. hek3..

Teman yang baru

Dulu aku cume boleh pandang je org lain ade teman.



Dulu aku cume boleh jelous bila kawan2 dok bergelak2 dengan teman diorang.


Dulu aku cume boleh baring pandang ke syiling ja bila weekend.


Dulu aku cuma boleh berharap akan dapat teman yg lebih hensem & hebat dari kawan2 lain.


Dulu aku Cuma boleh jadi tunggul dalam bilik bila kawan2 pi dating dgn teman diorang.


Dulu masa sem1 aku terpaksa bersusah payah sbb takde teman nih.


Takde teman buat kerja sama2 biar keje settle cepat.


Takde teman yg boleh carikan maklumat utk aku dengan lebih pantas.


Takde teman yg boleh nyanyikan lagu best2 time aku busan.


TAPI.. sejak, duit MARA masuk minggu lepas.


Aku dah dapat teman.


Macam kawan2 lain ade.


Betul kate org, duit bukan segalanya. Tapi hamper segalanya perlukan duit.


Bila ade duit. Aku boleh dapat teman yg hensem & hebat macam kawan2 lain.


Teman aku sekarang memang baik.


Aku tak payah susah2 & busan2 mcm dulu.


Nak tengok teman baru aku?


-


-


-


-


-


-


-
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-Taraaaa….!!


Dengan label2 intel core i.5, windows7, graphic card, energy star, nvidia optimus, 2.53GHz, kat badan die tuh.

Memang makin nampak hensem.

I LOVE YOU so much lah !

U complete my life tahu? Jangan gedik2 nak tinggalkan i. Cepuk kang. 

p/s: Thanks a lot kat shaffiz sebab kenalkan aku kat die.

January 12, 2011

beLog LaRiaN? (aKu diTaG)

Let's Get Healthy! (Virtually :p)

안녕!
mula2. aku sangat tak tahu and tak tahu ape tu BELOG LARIAN.
berlari ke langit?
mcam blog utk contest2 jek. 
tapi sebab da kene tag dengan cik YDA nih. aku jadi tau sikit lah. hehe

1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/
Dah2 !

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
Sudah!

Saya suka berblogwalking kerana bak kate pepatah 'jauh pejalanan luas pemandangan'. macam-macam boleh jumpe bile blogwalking nih. yg baik simpan kat otak. yg buruk bole komen2.

3) Follow Bloglarian.
Ye. baru je buat ni..

4) Tag 3 orang atau lebih rakan.
 
Pikir jap. aku tak tau nk tag sape. =.=

Mereka yang aku pilih ialah:

- Darus.
- mahfuz (aben).
-syam.
- sape2 yg bace ini. TAG!

5) sila beritahu rakan yang anda Tag melalui comment.

6) Tinggalkan link post anda di comment entry INI bersama NAMA BLOG ANDA.

7) peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..

8) tiada tarikh tutup buat masa ini

ni aku tambah sendiri. mari berlari ke belog2.

January 11, 2011

TAK peRLu kaTa apa. SENYUM saJa~

entri ni khas utk2 org yg selalu digelar pendiam atau sombong.
sebab tak peramah. mcm aku. haha.


TAK PERLU KATA APA. SENYUM SAJA. :)


mcm tak ikhlas jek senyum.

teringat kat incik CIPI =.=

yeah ! cun gitu. hehe.

comel gilos !

hensem kan?

sweett.

ini ke yg dikatekan senyum kambing?

pakcik nampak hensem bila senyum. seyes.

alamak. terpikat sekejap ! 

kalau korang boleh senyum mcm ni. mesti tak kene cop sombong dah. haha

last but not least. tuan punye blog plak nak senyum sikit. ye. sikit jek.


SO. mari kite SENYUM ! dapat pahala gitu. :)

DonGenG GERHANA MaTaHaRi>?

Pernah tengok gerhana Matahari (solar eclipse)? aku rasa mcm aku lom penah tengok lagi. Gerhana Bulan (moon eclipse) pernah lah.

 solar eclipse

Meh kite tengok dongeng2 masyarakat pasal gerhana nih..

Masyarakat India :
> pada diorang gerhana matahari ni mcm bakal bawak bala pada kehidupan dorang. sampaikan ade yang takmo kluar umah. abis kalau kerje. dorang takmo pegi gak ke ekh?

Masyarakat Cina :
>diorang pulak percaya yg gerhana matahari ni disebabkan NAGA menelan matahari. then dorang pon pi lah wat perarakan halau naga terbabit supaya matahari tu dimuntahkan semula. er... mesti naga tu besau kan? hihi

muat ke mulut naga tu nak telan matahari?

Masyarakat Melayu :
>diorang gelarkan gerhana matahari sebagai bulan sakit. gerhana matahari ni terjadik sebab matahari ni marah atau menangis. agak2, ade tak hospital untuk matahari? urm.....

Masyarakat Arab Kuno :
>gerhana matahari ni adalah tanda kelahiran atau pun kematian orang terkenal. masa gerhana matahari yg lepas tu ade sape2 org femes yg meninggal tak ekh?

Orang Asia Tengah :
>gerhana yang terjadi tanggal 28 mei 585 M mengakhiri perang dua negara timur tengah. Selama perang tuh, tiap2 hari menjadi gelap macam malam.
So, pada diorang, gerhana ni menyebabkan kedua negara tersebut menyatakan perdamaian serta menghentikan pertempuran.

Orang Jepun
masyarakat setempat percaya bahawa racun dah jatuh dari langit selama terjadi nye gerhana tuh. So, untuk mencegah racun itu jatuh ke dalam air diorang, diorang pun tutup seluruh sumur & mata air sepanjang gerhana.

Negeri India : 
masyarakat dorang percaya yang NAGA bertanggung jawab atas terjadinya gerhana. Selama gerhana, masyarakat kat sana membenamkan diri diorang kat dalam air sampai ke leher.
Dengan cara ibadah diorang tuh, dorang harap matahari dan bulan dapat mempertahankan diri dari Naga tersebut. 

TAPI.........

Saintis punya kajian :


> Pada gerhana matahari terjadi, bila bulan berada di antara bumi dan matahari. Bila hal ini terjadi maka sebagian sinar matahari ke permukaan bumi tertutupi oleh bulan. 
Selama gerhana matahari, sebenarnya bulan membuat dua bayangan terhadap bumi. Bayangan pertama di sebut dengan "Umbra" yang hanya mencapai sebagian kecil permukaan bumi. Bayangan lainnya disebut "Penumbra" , dimana bayangannya mencapai bumi lebih besar dari "umbra". 
Hal ini menyebakan secara perlahan langit menjadi gelap. Jika bulan dan matahari berada pada satu garis yang sempurna, maka disebut Gerhana Total. 
Gerhana matahari total hanya dapat dilihat dari daerah permukaan bumi yang terkena bayangan "umbra".
Gerhana Total sangat jarang terjadi. Mungkin seseorang hanya dapat menyaksikannya sekali dalam seumur hidupnya.

Islam pulak :
>memperincikan gerhana2 nih sebagai tanda kebesaran Allah.

ni buat cincin hantaran kawen oke tak?

Allah SWT berfirman, “Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (Ibrahim:33).

Allah SWT juga berfirman, “Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (Yasin:40) 
 
p/s : Umat Islam tak sepatut nye percaya sume benda2 nih, takut bwk pd syirik. huhu.

eh. aku orang melayu gak. mak aku xde plak cakap yg matahari tuh tengah menangis or marah. adekah aku bukan Melayu Tulen? =.=

January 7, 2011

bOsan denGan gMbaR wedDing styLe LaMa??~

bosan tak bila tgk gambar org kawen.?
balik2 amik gambar camtuh aje.jalan beiringan p pelamin. duduk sopan atas pelamin. gambar bedua depan cermin. posing2 cun atas tilam pengantin. duduk tgk org silat2..

kalau aku. aku dah rasa bosan. hehe. dulu..klu aku tgk gambar pengantin pon biasa aku suka usha2 laki die handsome tak. bini die lawo ke tak. kui3.
tapi sejak akhir2 ni aku da suka. sbb org kawen sekarang amik gambar mcm2 style.
ni antara gamb0-gambo yg aku suka :























eh.....?? abaikan pic ni..

video ni sempoi n sweet kott....! :)


pesanan ringkas tp panjang utk cik abg yg bakal jd my husband :

~sy tak mintak majlis petunangan mcm artis2 sekarang. sy tak mintak duet hantaran sampai puluh2 riban. sy tak mintak cincin berlian 20 karat. sy tak mintak awk sediakan pelamin yg bagai raja2 melayu duduk. sy tak mintak majlis kawen kat hotel. sy tak mintak kek kawen yg bertingkat2. sy pon tak mintak kereta sport utk bwk sy pegi majlis pesandingan. CUME...sy nak kita amik gambar mcm ni bole? tak payah skema2 amik gambar atas pelamin. pelamin kita just benda2 kat sekeliling. BOLEH kannnn?? tak boleh, tak payah kawen ngan saya. lalalaa~

January 1, 2011

anTaRa nAnGka denGan cempedAK !

Bape ari lepas. 
aku duduk depan laptop and bermain fesbuk.
dapat notification.
kawan abg aku komen kat wall post yg aku tulis kat wall abg aku.
die marah2. eh, bukan marah aku. die marah abg aku.
pesal tah marah kat wall post aku. huk3
aku report aa kat abg aku yg tgah buat air milo.
aku tanye nape budak tu marah2.
abg aku tu nama die duan.


aku tanye :~"duan, nape F tu marah2? duan ngurat die, die takmo eh? pahtu duan terus takmo kawan ngan die kan..?"
ceh ! pandai je aku teka2.  HAHA.
abg aku jawab:~"eh2. tolong sikit. antara Nangka dengan Cempedak. Yaya pilih mana?"
aku:~"aik? asal masuk nangka dengan cempedak plak?"
abg aku:~"nangka dengan cempedak mana lagi lembut? mana keras?"
aku:~ "cempedak la kottt...nangka keras sikit."
abg aku:~"hah, pandai.."
aku:~"oit. sape yg nangka sape yg cempedak ni?"
abg aku:~"hah. tu yaya pikir sendiri lah..."
aku:~ "F tu ibarat nye nangka la eh?"
abg aku:~"pandai pon teka!"


ohhh.... aku paham dah.. korang paham tak? kalo tak paham sila tanye abg aku tuh. kui3.


then aku tanye abah aku.
"abah. antara ngangka dengan cempedak abah pilih mana?"
abah aku jawab:~"yang ade kat atas meja cume nangka. abah pilih nangka jelah.."
kui3.. kebetulan petang tuh akak aku kopek2 nangka. so mmg ade kat atas meja.
aku tanye mak aku jugak dgn soalan yg sama.
mak aku jawab:~"cempedak lah.. yg goreng cempedak dah boring. yang makan tak boring-boring."
ayat mendalam uh... mak aku perli ayah aku. sebab ayah aku suka makan cempedak goreng.kui3.. ;D


sape2 yg taktau yg mana nangka dengan cempedak. meh aku kenalkan.


Ni Cempedak :


Ni pulak Nangka :
sekali pandang hampir sama kan?
sama2 kuning. 
kulit luar pon lebey kurang.
tapi tu lah bak kate abg aku.
Cempedak lembut sikit. Nangka Keras sikit.
Ramai orang suka cempedak. Lagi2 cempedak goreng.
Kalau aku. suka dua2. sebab aku mmg suka makan. kui3.


p/s: ni entry aku sedang boring. =.=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...