Followers

May 30, 2013

Bahagia. Derita.

Baik bahagia tak punyai derita, dari derita punyai bahagia.

(DY, 2013)

Konbanwa #nagaoka #japan

Picture credit to: Jimmy Photographer

May 29, 2013

#Medicine #2

"Aku bukan seorang penulis, bukan juga seorang penyajak. Aku hanya si kecil yang cuba bermain dengan huruf dan susunan abjad. Mengatur huruf menjadi kata, kata menjadi ayat, dan ayat menjadi makna. Sesungguhnya ini bukan karya ku. Ilham ini milik semua, kerana aku hanyalah hambaNya yang hina. "
(QFreeInk, 2013)

A cup of flower #Nagaoka #Evening

Terima kasih untuk setiap kata dan puitis yang kau pinjamkan. U shows me a better world, and give this smile.

"Kenangan. Selalu tercipta dari senyuman semalam. Dan kenangan tak pernah dan takkan berubah. Cuma manisnya mungkin akan berubah menjadi cuka. Cuka pada luka. Senyuman hari ini. Mungkinkah akan kekal? Tak pasti. Kerana hanya Dia yang hakiki."
(DY, 2013)

Picture credit to: Jimmy photographer 

May 28, 2013

Buka mata pakai hati. Melihat dalam persepsi lebih luas.

Dulu aku penah cakap "Move on. Hidup bukan untuk hanya untuk cinta." Kemudian ada yang jawab, "Memang hidup bukan hanya untuk cinta. Tapi tanpa sedar hidup kita memang dikelilingi oleh cinta."

Buka mata pakai hati, lihat cinta dengan persepsi lebih luas. Bukan sekadar hanya untuk dua orang yang berlainan jantina.

Kalau cinta pada yang atas, setiap helaan nafas ini takkan mungkin kita bazirkan. Kalau cinta Rasul jadi sandaran mana mungkin ada makhluk berakhlak buruk. Kalau betul cinta, takkan ada yang sanggup pandang remeh setiap harapan yang mak ayah sandarkan. Takkan ada anak yang sanggup bazirkan setiap sen yang diberi atau setiap nasihat yang keluar dari mulut mereka. Kalau betul cinta, seorang kawan takkan berkira dengan sepinggan nasi untuk dikongsi, atau masa untuk dibahagi bila kawan perlu bahu untuk bersandar. Kalau betul cinta, murid mungkin selalu berebut kerusi paling hadapan dan takkan berkira-kira untuk ponteng kelas.

Cukup kita disajikan dengan kisah cinta adam dan hawa, romeo dan juliet. Sampai selalu lupa tentang cinta yang di atas, di kanan dan kiri, di depan mahupun dibelakang. 

Aku pernah menjadi si dungu,
yang dulu selalu menunggu. 
Menunggu sesuatu yang akhirnya pergi dulu.

Memang waktu itu aku bebal. 
Tapi ini bukan masa untuk sesal dan menyesal. 
Sebab mana ada yang kekal.

Aku hari ini kerana yang semalam semalam. 
Terus percaya yang di depan cerah walau di belakangnya kelam. 
Kerana yakin perancanganNya lebih hebat lebih mendalam.

(DY, 2013)


#KeepSmiling #Rainbow 


Bersyukur selepas banyak perkara. Senyuman ni masih milik aku. Bersangka baiklah di setiap langkah. Kadang kadang apa yang Dia rencanakan memang tak tercapai jangkau akal fikiran. Tapi kerana sesungguhnya Dia lebih tahu, dan Dia selalu beri apa yang kita perlu bukan yang selalu kita mahu. 

Untitled.


When it comes, everything will be blown away, giving hopes to the new one.


Once it blown, It will never come back

Credit to: Jimmy photographer

Kental

28/05/2013

Hari ni rasa tak puas hati. Rasa nak memaki. Tapi kalau aku maki kurang la kredibiliti. Jadi mulut aku kunci. Tahan panas kat hati. Hai blog kesayangan, kau ni mcm diari. Selalu sudi dengar luahan hati. (:

Manusia. Selalu letakkan kesalahan sendiri di bahu orang lain. Hebat. Tapi maaf. Bahu aku tak cukup kuat. Mohon ambil semula kesalahan masing2 dan tanggung sendiri. Boleh?


#Facilitator #GlobalScienceCamp #MRSM #UniKL

Yeah. dats my job for this week. Handle budak2 MRSM untuk guna lab guna facilities dengan betul. Bukan senang nak maintain muka manis suara lembut bila ada yang mula buat pasal during your work time. Sabar. Bukan senang nak sabar. Tapi sabar la jugak sampai boleh. Keluar bangunan makmal tarik nafas sambil tahan sebal. Mintak sikit kekuatan dari yang atas, pinjam senyuman. Masuk semula sambung tugas. Habis waktu tugas capai phone BBM kawan baik. Luah isi hati. Maki sepuas hati. Sekurang nya dia takkan ambil hati. Paling2 pun kene kaki. Tak bawak sampai mati. (:

Sekian saje tips bila panas hati. Haha.

Nak kongsi sedikit puisi pengubat hati,

"Saat engkau berduka,
engkau pasti menangis,
namun ketahuilah yang senyuman itu penawar duka,
yang perlu engkau sematkan di fikiran,
untuk kesekian kalinya,
manusia hanyalah manusia."

written by: Q.FreeInk

Abah selalu pesan, sediakan payung sebelum hujan. Prepare kereta kebal setiap masa. Sebab manusia memang selalu pentingkan diri. Tak ramai yang punya masa nak ambil tahu hal kita dan susah kita. Kalau ambil tahu pun ramai yang cuma nak menjaja cerita. 

Whatever it is, i am a "tanker" kan awak? Hidup kene kental. Selalu. (: 

May 26, 2013

Yang lebih Kau fahami

Puas sudah berjalan mengikut rentak hati, mencari sebuah misteri.. Kini tiba disebuah persimpangan tiada bernama. Sirna.. Namun kaki tidak dapat dipaksa lagi.. Inikah nokhtahnya? Gelap dalam terang, satu warna yang tidak dapat ditafsirkan. Aku akur dengan kebesaran Mu. Kerdilnya aku. Berilah aku petunjuk untuk keluar dari kekusutan ini. Bukan aku nabi Mu yang maksum. Tapi hanya seorang aku yang lebih Kau fahami, lebih dari aku sendiri...

#KeepMoving #KeepSmiling #Rafi'RIzqi #Kesayangan

Sombong

Sombong? Oke dah lali dengan perkataan tu. (':

Kalau awak tahu sy sombong, but then still effort nak kawan ngan saya. itu baru RARE. Kan? Sebenarnya bukan sombong. Cuma susah nak rapat dengan orang. Ada bezanya kat situ. (:

Don't judge a book by it's cover.


Again. Sombong? No. You just don't know me well. (:

May 24, 2013

Bangkit berlari bukan menanti

Aku berlari dalam ramai. Menari bersama manusia janggal. Siapa mereka? Adakah mereka sebenarnya aku, atau aku adalah mereka. Keliru menyerbu kotak fikiranku. Lantas aku lari mencari arah. Tapi tersembam di tanah asing. Pecahkan saja dominasi mereka. Agar aku bisa bangkit semula. Agar aku bisa berlari dan bukannya hanya menanti.

(QFreeInk, 2013)

Jiwa kelajuan

Cuti semester tanpa balik kampung memang sangat bosan. So hari ni rasa nak tulis entri banyak banyak. 

Back to da topic. Jiwa kelajuan. Rindu nak tgk drift. Rindu nak jadi drifter. Eh? 

Ni semua penangan tengok drift kat Batu Pahat Mall masa form 4 dengan NHJ. Sanggup besesak sesak berpanas semata nak tgk show. Tak terpikat ngan design kereta yg macho2 handsome2. Tapi teruja ngan sebijik kereta yang luar nampak biasa, tapi once masuk litar.. awesome ! super duper awesome. Since dat pasang niat nak jadi drifter ngan NHJ. 

Dan sebab tu jugak aku selalu gagal nak jadi pemandu berhemah. Mula2 belajar kereta pun da dikelilingi oleh drifter2 tak bertauliah. Memang begini la Yaya jadi nya. Langgar had laju tu memang selalu. Belum campur ngan lampu kuning dan lampu merah. Apa tah nak jadi. Bukan la selalu bawak laju. Tapi often la jugak. Mungkin kene amek lesen jadi drifter cepat2 dan bawak masuk kereta pegi litar. Bukan lagi laju kat jalan raya. Atau perlu abah selalu duduk seat sebelah jadi JPJ tak bertauliah untuk bebel selalu. 

A short conversation w/ NHJ petang ni: 

#JiwaKelajuan #NHJ #KawanBaikKawanGaduh

This is crazy. NHJ memang suka bawak laju. But still rasa selamat bila naik kereta sama dia. Oke mungkin kene belajar technique yang betul ngan dia. 

Rindu event drift. Drag pun jadi jugak even kurang action. Rindu bunyi kereta kat litar. (:


Btw, sebenarnya nak tengok Yaya jadi pemandu berhemah tak lah susah mana. Letak je budak kecik dalam kereta. Memang tak lebih 80km/h bawak. Kadang2 lagi slow. 

#Rafi'Rizqi #Kesayangan #Johor

Setiap kali nak bawak laju. Ingat la orang-orang tersayang. Teringat kata-kata abah masa aku accident motor dua tahun lepas. Mula-mula ingat kan abah marah sebab motor rosak teruk. Tapi abah cakap 

"Lain kali bawak motor hati-hati. Jangan nak laju je. Nak repair motor tu je dah sekat seribu. Ni motor je teruk takpe. Kalau Yaya yang teruk macam mana?" 

Oke ayat last abah tu buat aku terharu. Abah marah sebab sayang kan? Since that mmg tak bawak motor laju-laju dah. Aku mmg degil. Tapi bila abah yg bercakap, aku selalu dengar. (':

Cume sekarang perlu jadi driver berhemah masa drive kereta. Yeah.. i'm trying. i'm learning. Tak mahu accident sekali lagi untuk jadi guru dalam hidup. Enough. 

May 23, 2013

Smile change the world

Let your smile change the world. Don't ever let the world change your smile. 

#Mimi #Yaya #Chuya #Melaka #RiverCruise #EndOfSemester6 #Smile

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile. (:

Setiap kali rindu ini datang

Hari jumaat. Salam penghulu hari. Rindu ni datang lagi. (': 

Entri lepas aku penah cakap nenek sakit. dan sebenarnya dah nak masuk bulan keenam nenek pergi jauh. Jauh yg aku tak dapat nak capai dah. Nenek pegi sehari sebelum aku jawab final paper semester 5. Rabu lepas asar. Khamis pagi kebumikan. Khamis petang aku jawab exam. Khamis malam aku drive balik rumah dengan Chuya and Aqilah. Sampai rumah tengok ramai sedara mara. Duan ngan abang pun ada. Pelik. Salam abah cium tangan abah sambil buat muka tanda tanya, then abah kata nenek dah takde. Luruh hati. Masuk rumah cari Duan pulak. Salam dia sambil buat muka kecewa kenapa tak bagitahu adik dia nih yang nenek dah takde. Duan kata abah tak bagi sbb aku tengah final exam. Tepaksa redha. 

Tiap kali rindu ni datang, hati rasa terkilan. Terkilan sambil tanya kat diri sendiri. Cukup baik ke aku dah jadi sepanjang menjadi cucu nenek? dan kemudian jawab sendiri. Sangat tak cukup. Masa tak boleh putar semula. Yang mampu hanya doa aku iringkan. Al Fatihah aku kirimkan setiap kali rindu ini datang. Semoga aman kat sana, nenek. 

#AlFatihah . 

May 19, 2013

Pembunuh hebat

Pisau tajam kau benamkan. 
Aku rebah ke lantai paling bawah. 
Masa pun belum tentu mampu menghidupkan aku seperti dulu. 
Ya, kau memang pembunuh hebat. 

(DY, 2013)


Nagging to me.

Kadang-kadang. kita tak sedar kita buat silap. Hm mungkin selalu. Rindu waktu abah selalu ada untuk nasihat, marah dan membebel. Setidak-tidaknya aku tahu aku silap. Sekurang-kurangnya aku sedar aku kene berubah. Abah, anak abah ni memang degil kan? Terima kasih sebab tak pernah jemu dengan "amanah" yang satu ni. 

A father never tired nagging to his daughter cause of his love and because he do care. Really care.. i miss you. i need you abah. (':


May 18, 2013

kau bukan aku

Anggap saja tempoh panjang ini sebagai balasan. Jadi cukuplah membenci. 
Kerana sesungguhnya kau bukan aku.

(DY, 2013)

Palestine. Berbahagialah kalian.


Palestine,
Berbahagialah kalian
Tatkala kami masih mengejar cinta dunia
kalian telah pun mengecapi cinta Tuhan
Tatkala kami mencari harta dunia
kalian telah pun memperoleh harta akhirat.
Tatkala kami mati akibat penyakit
kalian gugur sebagai syahid yang mana syurga pasti menanti

Palestine,
Maafkan ku kerana terlalu lemah untuk mempertahankan mu
Maafkan ku kerana tak berdaya berjuang bersamamu
Maafkan ku kerana hanya mampu mengalirkan air mata
Maafkan ku kerana aku insan lemah.

Palestine,
Aku hanya mampu berdoa buatmu
Doaku kecil yang belum tentu diterima Tuhan
Tapi aku janji akan terus berdoa dan mengingatimu

Berbahagialah kalian
Kerana dipilih Tuhan menjadi kekasihNya tatkala aku hanya hamba lemah 
dan daif yang sering alpha dengan dunia.

Written by: QFreeInk 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...