Followers

November 10, 2013

Manusia itu berubah-ubah #KCB

Petang dan novel. 

Sekali lagi ulang baca novel 'Ketika Cinta Bertasbih 2' hasil tulisan Habiburrahman El Shirazy. Novel memang selalu beri kesan lebih berbanding movie kan? Dalam movie KCB, aku cuma nampak persoalan Khairul Azzam dalam mencari jodoh. Yang lain-lain samar. Part Khairul Azzam yang gigih jual tempe bakso demi ibu dan adik-adik tak berapa sampai kepada penonton. Cerita pasal Ayatul Husna (adik Khairul Azzam) yang dulu masa kecil nya nakal dan suka betindak ikut emosi. Langsung tak ada. 


Husna yang zaman remaja nya pernah pukul abangnya, Azzam dengan kayu penyapu sampai berdarah telinga. Hanya sebab Azzam menyiram air kerana suka lewat bangun subuh. Husna yang pernah minta dibelikan motorsikal baru untuk ke sekolah kerana malu dengan motorsikal buruk tahun 1970-an ayah nya. Bila ayah kata tidak mampu, merajuk Husna lari dari rumah. Tidur bergilir-gilir ke rumah kawan-kawannya. Hari keempat, dalam perjalanan ayah nak mencari Husna, dia dilanggar dengan kereta yang dipandu oleh pemabuk dan meninggal dunia. Sedangkan sehari sebelum, ayah nya baru meminjam duit dari bank bagi motorsikal baru untuk Husna. Kejadian yang menimbulkan kesedaran pada Husna walaupun terlewat. 

Petikan ayat dalam novel:

"Manusia boleh berubah. Begitu juga Husna. Dia telah berubah setelah melalui proses yang panjang. Seorang Nabi pun akan matang sehingga mampu memikul beban setelah melalui proses yang panjang dan melalui pelbagai dugaan. Sebelum menjadi Nabi, seorang yang bernama Yusuf dicampakkan ke dalam perigi. Kemudian dia dijual sebagai hamba. Pernah pula difitnah oleh Zulaikha. Dipenjarakan. Barulah kemudiannya dimuliakan Allah.

Sebelum menjadi insan yang dijamin masuk syurga, Umar al-Khattab pernah menjadi insan jahiliyyah. Dia pernah melakukan perbuatan-perbuatan keji, membunuh anak perempuannya sendiri yang bau lahir dengan cara menanam hidup-hidup. Dia juga memusuhi dakwah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahkan berniat mahu membunuh Baginda. "

Kisah Zumrah yang zaman remaja nya baik dan solehah. Tapi membesar jadi gadis yang bukan lagi gadis dan dianggap penyebab kematian ayah nya pun sangat memberi kesan dalam novel ni.

Manusia itu berubah-ubah. Berubah didesak keadaan. Juga berubah didesak hati. Manusia memang selalu berubah. (': 

2 comments:

  1. change for good.
    inshaaAllah.
    may Allah ease!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just dont easily judge. coz people hav thousand story behind. (: tqq..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...