Followers

June 18, 2013

Ayat-ayat Cinta #1 Zuhud

Now. Cuti semester. Ulang semula baca novel "Ayat-ayat Cinta"by Habiburrahman. Btw aku tak suka bila novel ni di-movie kan. Sebab banyak nilai yang tak ditunjukkan. Most of people cuma nampak movie tu pasal cinta semata. Frustrated. So, kat sini nak kongsi a lil bit content dalam novel nih. (: 

#AyatAyatCinta #BestNovel

Zuhud tidak bererti tidak mahu menyentuh sama sekali nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, tapi zuhud adalah mempergunakan nikmat itu untuk ibadah. 

Tidak selamanya orang yang makan roti kering dan seteguk air lebih baik dari orang yang makan roti cokelat dan segelas susu. Jika dengan makan roti cokelat badan menjadi sihat dan segar, ibadah lebih khusyuk dan tenang, boleh bekerja dengan lebih baik dan bersemangat serta merasakan keagungan Allah yang telah memberikan nikmat, tentu lebih baik daripada makan roti kering tapi lemas dan berkeluh kesah saja.

Tidak selamanya yang berjalan kaki lebih baik dari yang naik kenderaan. Jika dengan naik kenderaan lebih boleh menjimatkan waktu, ibadah lebih tenang kerana tidak letih dan lebih banyak dapat melakukan kegiatan yang bermanfaat, tentu sangat baik. 

Jangan terlalu kedekut dan jangan terlalu boros. Allah telah berfirman:
"Dan jangan kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal"

Yang melampaui batas adalah mereka yang tidak memiliki rasa takwa dan tidak merasa diawasi oleh Allah. Selama seseorang masih memiliki rasa takut dan diawasi Allah, maka insyaAllah dia tidak akan sampai melampui batas. 

June 16, 2013

Hilang nada

Hilang nada. Tanpa irama, jemari gagal menari mencari kata. 
Selamat malam dan selamat hari bapa, abah. Cinta hati yang tak mungkin berpengganti. (':

#mama #imissu #ineedu #abah

June 12, 2013

Bahasa ku dan bahasa mu.

From the previous entry, "Bahasa mu dan bahasa ku" (:

"Bukan mungkin,  tapi kita memang berbeza.
Aku punya kisah ku, kau punya kisah kau.

Bahasa ku dan bahasa mu tak mungkin seiring.
Kerna jiwa mu lembut, hati mu kapas.
Jiwa ku keras, hati ku karang.

Tapi seperti mereka, aku dan kau tetap sama.
Aku dan kau tetap manusia.
Kerana ikatan itu kita bersama walaupun tak seiring."

(QFreeInk, 2013)

#DareToBeDifferent

“I don't wanna be someone who walks away so easily, I'm here to stay and make the difference that I can make. Our differences they do a lot to teach us how to use.” #iWon'tGiveUp #Lyric #JasonMraz 

Sekali lagi MSR

Sekali lagi MSR. Sekali lagi jadi fasilitator. Sekali lagi dipanggil cik Yaya. (: 

UniKL MICET june intake. Semua diploma student. Dapat adik baru lagi. Yeayy. Ada yang tanya, tak penat ke jadi fasi? Baik cuti semester ni duduk rumah habiskan masa dengan family. Hang out dengan kawan-kawan. Kenapa nak susah2 pegi isi borang, pegi temuduga then pegi kem semata-mata nak jadi fasi. Dah jadi fasi, kene pulak bangun awal pagi tido lewat malam. 

Jawapan sebenar tu hanya akan dapat kalau kau sendiri pernah jadi fasi. (: 

I just wanna learn something yang lecturer tak ajar dalam kelas. Nak rasa puas hati bila dah bersusah-susah berpenat-penat. Yeah, jadi fasi aku belajar cemana nak handle one new group of students. Dapat pulak group yang pasif. Kene buat kerja labih nak approach dorang. Tapi reward dia kau dapat bila group yang awal nya pasif tu berjaya buat satu task yang diberi dengan baik. Yes aku penah rasa. Bukan reward hadiah besar2. Tapi the feeling inside. Perasaan penat yang berbaloi. Then belajar pulak macamana berdepan dengan orang atasan semasa handle program. Well rambut sama hitam hati lain2. Lain orang lain ragam. Belajar la bersabar bila hadap orang atasan yang demand tinggi perasan diri selalu bagus. Belajar jugak rasa bersyukur bila jumpa orang atasan yang masih punya rasa rendah diri. Besides, join jadi fasi boleh belajar macamana perasaan pegang tanggungjawab dan belajar menjadi orang yang bertanggugjawab. Jadi fasi jugak kau belajar how to act cool everytime. Depan adik2 kena selalu senyum kena pandai jaga bahasa. Ada masalah macamana pun tak perlu tunjuk. Learn how to maintain ur credibility. Share knowledge and experience sepanjang menjadi student is the awesome feeling jugak. Lagak macam super senior. Haha. Dan yang paling sweet bila on the last day dapat surat dari junior yang say thanks, gurau nakal dan tak lupa jugak sedikit kritikan. "Cik Yaya, rajin2 la senyum." Hihi, i'm trying. (:

Kerana ilmu dan perasaan suka ni aku pilih tetap jadi fasy even tepaksa say bye2 sekejap to social life, family dan kesayangan my nephew Rafi' Rizqi. (':

First time. Second time. Third time or maybe for the last time menjadi "cik Yaya" di sini. #UniKL #OrientationWeek

Minggu orentasi belum habis. Tapi curi masa sekejap tulis blog. Curi masa bukan curi tulang yerr.. Hihi

June 5, 2013

Biar terus simpan.

Beberapa hari yang lepas, aku pernah terlintas mahu padam. Buang. Delete. Kerana benci hampir menular. Tapi beberapa detik yang lalu, aku padamkan niat. Biar. Terus simpan. Ya, kerana ini.


"Tetap terus positif dan semangat kerna setiap apa yang kita tulis itu, adalah sebahagian dari sejarah" 



Aku mungkin boleh padam tulisan. Tapi bukan sejarah. Biar. Aku simpan sampai nanti aku jumpa sebab yang kukuh untuk padam. Yang mana alasannya bukan kerana benci. (: 

June 3, 2013

#Medicine #3

Bila aku mula mahu membenci. Ada yang datang mengatakan ini,

"Kasih jangan kau pergi. Dakaplah tetap disini. Di hati yang penuh emosi ini. Ini tempat mu. Jangan sesekali kau tinggalkan hati ini. Janganlah kau pergi walaupun sedetik. Kerna kau umpama cahaya. Yang pasti menerangi hati ini.

Benci pergi kau jauh dari hati ini. Pergi jangan kembali. Walaupun sekadar singgah. Kerna hati ini mahu sendiri beremosi. Ya, beremosi tanpa mu. Tanpa lampu hitam disisi. "

#LittleSpider

No one born as a looser. You are the winner from the day you was born. Bila kita bernafas je atas bumi ni kita adalah pemenang kerana kita berjaya hidup. Ramai yang tak sempat melihat dunia tapi kita berjaya. Remember that. Kita kalah dengan emosi kita saja yang mana hanya bermonolog dalam diri.

Bangkit lah semangat Tuah dalam diri dan berjuanglah bagai Jebat derhaka. Tuah yang tinggi semangat kesetian. tapi Jebat lebih hebat sebab berjuang demi tali persahabatan walaupun dibenci. 

Kalau membenci itu boleh merosakkan dunia. Lebih baik kau redha. (':

(QFreeInk, 2013)

Sometimes #LittleSpider can give a small bite but give a big impact. Don't ever let hatred land in your heart even just a tiny part. 

Picture credit to: Jimmy Photographer

Sesuatu yang pernah aku janji.

Mungkin aku tak sempat dirindu
kerana aku lah yang sering merindu.

Mungkin bukan aku yang sering ditunggu-tunggu
tapi baguslah jika aku tak buat kalian tertunggu-tunggu.

Maaf jika selalu pulang tanpa beritahu.
aku cuma tak mahu kalian menunggu.
menunggu di tepi pintu buat hati aku jadi sayu.

Hari ini aku pergi lagi.
pergi untuk sesuatu yang pernah aku janji.
sikit saja lagi sampai nanti aku kembali.

(DY, 2013)

ini buat mama dan abah :)

#Me #FoodEngineering #StudyWeek

p/s: Maaf bila dihadapanmu aku selalu kelu. kerna mmg ini tempat ku. tempat ku agar satu hari nanti kalian tahu. (':

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...