entry ini untuk kau Mohd Ashaziq ! kwn se-universiti dan se-negeri. (:
Kita daftar universiti ini tarikh yg sama. Hadap minggu
orentasi yg sama. Pernah juga ambil subjek yg sama. Em, sama kelas juga pernah. Tapi
mungkin kita tak dapat pakai jubah konvo pada hari yg sama. Impian kau tinggi
mahu capai awan kan. Takpe. Aku doakan. (:
Ini gambar masa mula2 kau lepas sesi pemilihan untuk Everest
rasanya? Bangga sekejap rakyat UniKL ada muka kau dan Nad. Tak pasti bila
tarikh tepat kau mendaki, yang pasti bulan April.
Sebelum kau mendaki betulkan niat lillahitaala. Doa kami kat
sini kau pergi dan balik dgn selamat. Moga masih boleh berselisihan di susur
gajah atau mungkin terserempak di pintu masuk dewan kuliah lagi. (:
Kalau nanti kau jatuh, bangun la semula. Kalau jatuh lagi
kau bangun dan lari. Sebab beliung dunia takkan pernah berhenti. Benda baik
memang selalu jalan nya sukar.
Ini. Aku pakai baju ole-ole dari oversea eh? Tapi kenapa lembu dan kenape kuning? Haha. Apepun terima
kasih daun keladi. Lain kali beri lah lagi. Mungkin baju I love Nepal pulak? Oke
ini nama nya beri betis mahu peha. Haha. (terima kasih kat nad sebab tlg snap
gamba)
p/s: Ash, aku rindu nak makan buah markisa dari dusun belakang
rumah kau lagi.
No comments:
Post a Comment