kapal terbang kertas
selalu saja buatan ku tak menjadi
gagal terbang tinggi
kapal terbang kertas
selalu saja buatan mu kemas
mampu terbang tinggi melintas luas
kau lihat wajah muram aku
dan kau ambil satu kertas lain
lipatkan untuk aku
agar aku pun punya kapal yang bisa terbang tinggi
ah, aku rindu waktu itu !
di saat dunia semakin kejam
aku harap kau masih seperti dulu
yang tak betah melihatkan aku berwajah gundah.
(DY, 2013) .:puisi untuk abang:.
Followers
March 16, 2013
#Medicine #1
D:
mental down
A:
nape ni?
D:
malas nak citer. Down down. Haha
A: jgn
down lama-lama. Need an ears just tell me
D:
hidup mmg mcm ni. Tak bole begantung sangat. Sampai masa kene jalan sendiri. Hmm..
A:
lumrah manusia. Yg penting kene kuat. :)
D:
takpe. Bole teruskan lagi. Cuma tekilan. Haha
A:
janggal rasa nya bila awk down.
D: sy
kan manusia jgk.
A:
jika jatuh, cepat2 bangun. Dalam dunia ni mana ada benda yang kekal. So pandai2
la move on :)
D:
kalau jatuh bangun, kalau jatuh lagi. Bangun dan lari ! (:
A:
some say that smiles are the medicine. So here a generous doses just for you. Hope
u get well soon. J
J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J J
D:
should be I’m lucky dapat senyuman dari org yg mahal senyumannya. Am I rite? Haha.
Thanx.
A:
terpulang. Jika rasa lucky silakan. Just helping what I can. :)
D:
feel lucky. Feel glad. Feel better. Thanx youuu.. :)
.:w/ editing:.
March 15, 2013
yang pasti bukan kau
Hati lunyai ini. masih belum mahu bangun
aku tak tahu dia tunggu apa
yang pasti bukan kau.
(DY,2013)
(DY,2013)
March 14, 2013
Bahasa mu dan bahasa ku
Bahasa mu sukar.
selalu saja aku mengalah kerna tak betah bertingkah.
Mungkin kita ini asing.
kerna bahasa mu dan bahasa ku selalu tak seiring.
(DY, 2013)
selalu saja aku mengalah kerna tak betah bertingkah.
Mungkin kita ini asing.
kerna bahasa mu dan bahasa ku selalu tak seiring.
(DY, 2013)
soalan dan jawapan
Satu soalan.
kenapa bulan selalu dikhabarkan indah sedang hakikatnya kawah bergelimpangan?
Mungkin ini jawapan.
cukup indah bila mampu buat dia tersenyum tiap kali kau muncul. (:
Jadi, kau muncul lah cepat-cepat.
(DY, 2013)
kenapa bulan selalu dikhabarkan indah sedang hakikatnya kawah bergelimpangan?
Mungkin ini jawapan.
cukup indah bila mampu buat dia tersenyum tiap kali kau muncul. (:
Jadi, kau muncul lah cepat-cepat.
(DY, 2013)
Kau sampai Everest jerit nama aku oke?
entry ini untuk kau Mohd Ashaziq ! kwn se-universiti dan se-negeri. (:
Kita daftar universiti ini tarikh yg sama. Hadap minggu
orentasi yg sama. Pernah juga ambil subjek yg sama. Em, sama kelas juga pernah. Tapi
mungkin kita tak dapat pakai jubah konvo pada hari yg sama. Impian kau tinggi
mahu capai awan kan. Takpe. Aku doakan. (:
Ini gambar masa mula2 kau lepas sesi pemilihan untuk Everest
rasanya? Bangga sekejap rakyat UniKL ada muka kau dan Nad. Tak pasti bila
tarikh tepat kau mendaki, yang pasti bulan April.
Sebelum kau mendaki betulkan niat lillahitaala. Doa kami kat
sini kau pergi dan balik dgn selamat. Moga masih boleh berselisihan di susur
gajah atau mungkin terserempak di pintu masuk dewan kuliah lagi. (:
Kalau nanti kau jatuh, bangun la semula. Kalau jatuh lagi
kau bangun dan lari. Sebab beliung dunia takkan pernah berhenti. Benda baik
memang selalu jalan nya sukar.
Ini. Aku pakai baju ole-ole dari oversea eh? Tapi kenapa lembu dan kenape kuning? Haha. Apepun terima
kasih daun keladi. Lain kali beri lah lagi. Mungkin baju I love Nepal pulak? Oke
ini nama nya beri betis mahu peha. Haha. (terima kasih kat nad sebab tlg snap
gamba)
p/s: Ash, aku rindu nak makan buah markisa dari dusun belakang
rumah kau lagi.
March 12, 2013
cerita tentang langit malam
jauh mana melangkah
tak pernah sunyi cerita tentang langit malam.
memang cerita nya tak selalu indah
tapi ia mengajar
walau bulan dilindung awan, masih perlu teruskan senyum
kerna langit kan masih selalu ada.
dan aku
bukan lagi pungguk yang rindukan bulan.
cuma untuk menidakkan kehadiran kau bulan,
itu mustahil.
kerna tiap kali kau muncul
aku tahu senyum dia lebar.
Ya, aku juga (:
(DY, 2013)
(DY, 2013)
March 10, 2013
Australia tunggu saya !
Dari dulu memang sangat sangat dan sangat teringin nak melancong pegi Ausie. Just w/ simple reasons. Sebab nak tengok kanggaroo. nak tgk kantung/kocek kanggaroo tempat dia simpan anak. Sebab na tgk ladang Lavender. Nak tgk musim bunga. Oke rasa mcm kanak2 sat. Hihi. Do i care? (:
A little conversation w/ Elisa tonite kat twitter buatkan semangat aku up up uppp nak kumpul duit datang Ausie !
Kelmarin Lisa tag gambar Kanggaroo kat aku ! Style oke beliau ni.
And yes ! aku suka pantai sangat. Harap Lisa tak marah aku curi gambar kat instagram dia neh. Hihi
Betul kata Lisa. Cantek pantai kat sana. Subhanallah. Superb ciptaan Allah kan? (:
Oke gambar ladang lavender ni aku google jeh. Saje nak bg gempak sikit. Baru la super duper excited nak terus kumpul duet pegi sana kan kann..
i wish someday i will be there. Australia tunggu saya !
p/s: i have a good reasons kan nak pegi sana? Hihi. (:
March 9, 2013
Asalkan bukan magis.
Ya, kata apa saja. Asal bukan magis. Setidak nya aku masih percaya ini semua betul-betul cuma kebetulan. Dan aku masih boleh terus melangkah dengan senyuman yang tak hilang.
(DY,2013)
(DY,2013)
Bukan maksud. Cuma masing2 punya cara tersendiri.
09 March 2013
Hari ni aku datang umah abang kat Shah Alam. dengan alasan nak bawak Mr.Asus jumpa dokter. kesian dia asik demam panas.
Kat s.alam nih aku ada dua org anak buah. dua-dua pemalu. tapi aku tau dia rindu kat maksu dia nih. Hihi. sebab dari tadi dia dok bawak barang mainan dia and main kat depan pintu bilik. sambil main mata dgn aku.
Tapi maksu dia ni pun pemalu jugak. takde pun nak panggil suh masuk main dlm bilik. cuma mampu bagi senyuman paling manis kat anak2 buah tesayang nih. ihiks.
Kesimpulan kat sini. setiap org punya cara masing2. tak bercakap bukan maksud tak suka. tak mendekat bukan maksud nak menjauh. tak luahkan bukan maksud tak sayang. cuma kami malu. Hahaha.
p/s: sumpah aku sayang semuaaa anak2 buah aku. Udin, Haadee, Rizqi, Numair and Nufail. yg ke-enam coming soon. insyaAllah. Setakat ni semua hero-hero okey. Hihi.
kesayangan beta ! (:
Subscribe to:
Posts (Atom)