KALAU BERPACARAN
~Ana Raffali & altimet~
(ana rafali)
kalau berpacaran
memang banyak pantang larang
menjaga susila
ibu bapa adik abang
apabila berdua
carilah tempat yang terang
agar tidak pula
mencuba aksi yang terlarang
boleh pandang-pandang
jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang
bertambah sayang
biar malu-malu
biar segan-segan
kerana malu itu
perisai orang beriman
kalau berpacaran
jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan
jumpalah ayah dan mama
hantarkan rombongan
meminang dengan segera
kalau terlambat kasihmu disambar buaya
(altimet)
yeah
kita sambung cerita
kalau kamu berdua
aku yang ketiga
aku penambah perasa
aku pendarab nafsu serakah
hai teruna bikin perangai selamba
hati si dara tak kata apa
berani buat terima padah
kalau tak sedia ucap syahadah
No comments:
Post a Comment