Followers

June 5, 2012

Tentang dia...


Izinkan aku tulis tentang dia buat akhir kali. Biar nanti takde sesalan yang datang. Penat rasanya belagak kental. Biar sini jadi tempat aku lepaskan lelah. Pada yang tak suka mohon maaf.
Mula dia aku kenal, terdetik sombong orangnya. Tanak bertegur langsung. Tapi tak pula bermusuh. Bila tiba harijadi wish tak lupa. Tiga tahun berlalu. datang lagi hari jadi dia. Wish sekali lagi. Tapi kali ni berbeza balasannya. Dia tanya aku punya borang kosong tak. Aku jawab. Kalau mahu main-main harap maaf. Malas mahu layan. Dia jawab kalau tak kenal jangan terus tolak. bagi masa dia perkenalkan diri dulu. Suka aku sejak tingkatan dua katanya.
Masa mula berkenalan, ada satu hari dia tanya soalan-soalan agama. lepas aku jawab semua, dia kata aku lulus ujian. Masa aku kerja part time kedai makan, dia bawa semua ahli keluarga dia datang. Ayah emak kakak dan adik-adik. Complete. aku macam terkena kejutan elektrik. Kaku jadinya. Salam emaknya pun tidak. Sambil ambil order hanya muka seposen mampu aku tayang. Malamnya dia sms family dia takde halangan katanya. So dia nak proceed mengurat. Entah kenapa hati tertarik dengan caranya.
Setahun berlalu masih tiada ikatan apa-apa. Cuma hati sudah terikat. Sudah sayang. Dia lelaki yang tak pandai bermadah manis. Tapi yang paling manis bila dia munurut arahan “no pegang2 tangan and so whatever”. Tak pernah jugak walau sekadar mencuba. Hormat katanya.
Tapi semakin lama semakin kalut hubungan kami. Mungkin inilah jadinya bila budak umur 19 tahun berkasih dengan lelaki 23 tahun. Aku pelajar dia pekerja. Dua dunia yang berbeza. Haru biru jadinya. Mungkin aku yang tak matang atau mungkin dia yang sambil lewa dalam atasi masalah yang ada. Malam final exam semester dua di matrikulasi hubungan takde ikatan ni terlerai. Ikatan takde. Tapi dah lerai. Pelik tapi benar.
Dua tahun setengah dah berlalu. Sesungguhnya qada dan qadar tak siapa mampu lawan. Dia akhirnya kahwin sudah. Tapi pesan terakhir dia mahu aku ingat sampai bila-bila.
“kalau kita takde jodoh dan awak jumpa orang lain. Walau sedalam mana cinta awak pada dia. Tolong letakkan maruah awak kat tempat paling tinggi. Sebab tak semua lelaki tu baik.”
Buat awak yang jauh.. Sesungguhnya saya rela sayang ini hilang. Tapi biarlah rasa hormat terhadap awak terus kekal. Semoga awak menjadi ketua keluarga yang hebat. Barakallah for both of you. =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...