Jatuh sekali
Bangun berkali
Walaupun luka
Walau cela
Walau hina
Kaki ini mesti melangkah semula
Walau jalan sama
Mungkin destinasi jauh berbeza.
(QFreeInk, 2014)
Untuk lagu yang selalu kau pinjamkan bait liriknya
Untuk melodi yang selalu kau minta aku dengar saat air mata mencemar pipi.
Moga nanti kau dengarkan sama bila hati mu dicalar manusia
Kerana bumi tak pernah menolak
Dan langit tak pernah cuba menghempas mu..
(DY, 2014)
Followers
December 21, 2014
Kopi dari ibu
Untuk secawan kopi yang dia hidang
Cukup manisnya elok pahitnya.
Setiap teguk ku hirup
Punya rasa cinta ada rasa kasih.
Kerana magisnya tangan seorang ibu
Buat aku tak jemu meminta dan dia tak lokek memberi.
(DY, 2014)
Gambar curi dari sini.
December 19, 2014
Tendang dinding, Hempas pintu.
Tiap kali rasa marah. Aku akan bayangkan aku tengah tendang dinding, hempas pintu dan baling pasu bunga sampai berderai.
Tapi tak buat pun.
Aku amek bantal tekup muka.
Tapi tak buat pun.
Aku amek bantal tekup muka.
Kakak Lagi.
Harini Rizqi jumpa satu beg plastik besar berisi gula-gula.
Kakak kata "Habislahhh.."
Saya tanya. Dari mana datang candy banyak-banyak tu?
Akak jawab "Goodies bag orang kawen lah"
Kemudian dengan suara garang dan tegas, kakak kata kat saya
"Kau nanti kawen, jangan nak mengada isi goodies bag dengan jajan-jajan (makanan ringan) ke gula- gula. Ish pantang betul."
Dalam hati jawab "okey nanti saya letak telur masin."
Cutter.
Akak tanya, "Nampak gunting baju emak tak?"
Saya jawab. "Tak. Tapi sy ada gunting baju. Nak pinjam?"
"Nahh.. Tak tahu tajam ke tak. Try la dulu"
Kemudian, akak tarik seluar trek saya pakai dengan cubaan nak try gunting tadi.
Untitled.
Mana pun aku lari. Orang licik macam kau tetap mampu cari aku. So aku pilih untuk duduk diam-diam jadi pemerhati. Kau buat la apa kau suka. Tapi jangan lupa Tuhan tu ada.
Tapi aku memang tak pernah lari pun. Aku penat.
December 18, 2014
After a fall.
Finds strength after a fall.
Empat tahun aku jadi bodoh depan mata kau. Aku cuma nak tanya. Pernah tak sekali kau betul-betul ikhlas jadi sahabat aku? Pernah tak.
Sebab bila aku rewind balik apa yang kita dah lalu selama empat tahun tu, buat aku rasa kau betul-betul betray friendship kita sejak awal. Demi Tuhan, aku sedih.
Melaka dan Rindu.
Went to Malacca few weeks ago. Empat tahun maustautin menuntut ilmu. Banyak benda yang tertinggal. Kadang-kadang kena la balik melawat kawasan kan? Rindu.
Met my darlings ex-roommate, aweks futsal, ngan adek fyp. Well, soalan cepumas paling tak boleh elak. Bila nak ada boipren bila nak kaweng? Then jawapan ala-ala mengugut. "Kalau ada boipren ke dah kaweng ke, takde nak sampai sini melawat korang. Pegi dating la." Lepas tu depa buat muka sedey tak berani tanya dah.
Yes !
Walau ku tak punya istana
Ku masih bahagia
Bila senyum ini aku yang punya.
Ada korang temankan aku selama hidup kat Melaka tu, dah bagi aku bahagia luar biasa :)
Drama king.
Hidup ni bukan macam drama. Yang mana kat penghujung cerita nanti kita akan tahu semua perkara. What is actually happened. Tak. Hidup bukan macam tu. Kadang sampai kita mati pun kita tak tahu ada orang buat jahat kat kita, atau sebenarnya ada orang buat baik belakang kita.
Tapi satu sikap manusia ni, kalau boleh kita nak tahu semua perkara and kalau boleh nak bagitahu banyak perkara pada dunia. Ye, aku tengah cuba ganti sikap tu dengan sematkan dalam hati, cukuplah Tuhan yang paling tahu semua perkara. Sebab Dia tahu apa nak buat dengan semua perkara yang Dia tahu tu. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakin.
December 7, 2014
Senyum tak sekata. Jalan tak sehala.
Hari ni aku nampak kau senyum. Tapi bukan untuk aku.
Dan hari ini aku teruskan berjalan. Tapi bukan ke arah kau.
Ada sebab kenapa Tuhan tetapkan senyum kita tak sekata dan jalan kita tak sehala.
Ku tak perlukan memori. Dan kau tak perlu kembali.
Dan hari ini aku teruskan berjalan. Tapi bukan ke arah kau.
Ada sebab kenapa Tuhan tetapkan senyum kita tak sekata dan jalan kita tak sehala.
December 4, 2014
Simpan.
Ada benda
Yang kita cuma boleh tahan dan simpan
Tunggu sampai masa Tuhan
Tunjukkan jalan..
(DY, 2014)
Nabi tak akan ajar umat nya bersabar kalau benda tu tak ada hikmah tak ada kebaikan. Keep calm girl :)
Yang kita cuma boleh tahan dan simpan
Tunggu sampai masa Tuhan
Tunjukkan jalan..
(DY, 2014)
Nabi tak akan ajar umat nya bersabar kalau benda tu tak ada hikmah tak ada kebaikan. Keep calm girl :)
Hati tisu
Orang selalu cakap. "Pedulikan apa orang kata. Janji hati bahagia." Tapi sungguh. Tak mudah nak tutup telinga tak peduli cakap-cakap orang kiri kanan depan belakang. Sikit-sikit mesti sentap jugak. Especially jenis hati tisu hati tipis macam kulit bawang. Ye, aku.
September 19, 2014
Beautiful liar and poor me.
I am back !
Back to write something. Something for me, and something for you.
Have u ever experience being lied by someone u trust? Sape tak penah, dia memang orang paling bijak dan intelligent. Aku penah kena tipu, banyak kali. Banyak banyak kali. Kadang terfikir. Am i so stupid? And yeah, the last time aku kena tipu buat aku rasa akulah manusia paling bodoh. Rasa macam jatuh dalam perigi paling paling dalam. For four years aku tak sedar kena tipu dengan someone yang kononnya kawan baik.
Kenapa kena tipu sampai empat tahun? Kenapa lepas empat tahun baru sedar. Kenapa lepas bekawan baik lebih empat tahun pun masih menipu. Tuhan je yang tahu jawapannya.
I'm so lost.
May 6, 2014
Gagal puitis
Dulu aku tulis puisi sebab taknak orang lain tau atau paham isi hati aku. Rasa nak luahkan, tapi taknak bagi orang paham.
Tapi sekarang, when someone misunderstood salah satu puisi yang aku tulis. Aku rasa nak pegi tepi pantai and scream kuat-kuat. Ala-ala macam dalam drama camtuhh.. And dia cakap dia doesn't need my puisi sebab dia memang tak puitis.
Okay.. i feel like wanna stop writing.
Tapi, puisi tu escapism aku. Mana boleh stop. Aku tetap aku, yang mungkin belum kau paham dan masih lagi aku yang gagal buat kau paham isi dalam puisi.
April 26, 2014
April 24, 2014
Jalan aku Kaki aku
Korang teringin lalu jalan yang aku pijak sekarang ni. Tapi korang tak tahu, aku pun teringin nak lalu jalan yang korang tengah pijak dari dulu sampai sekarang.
Ye. Manusia memang tak pandai bersyukur kan?
Ye. Manusia memang tak pandai bersyukur kan?
Halimunan
Aku pelangi yang tak memberi warna di hidup mu
Aku bulan tapi tak menerangi
Aku bintang ditelan kegelapan malam..
Bait lirik lagu yang aku tak ingat siapa penyanyi dia. Tu bahasa puitis. Bahasa mudah nya. Aku wujud, tapi kau tak nampak tak rasa.
Tapi aku bukan halimunan.
Aku bulan tapi tak menerangi
Aku bintang ditelan kegelapan malam..
Bait lirik lagu yang aku tak ingat siapa penyanyi dia. Tu bahasa puitis. Bahasa mudah nya. Aku wujud, tapi kau tak nampak tak rasa.
Tapi aku bukan halimunan.
Typing...
Lama tinggalkan BintangEmpatBelasHari . Maybe dah boley start menulis balik kot?
Ye. Tahu. Menulis pakai tangan bukan kaki. #GambarHiasan
Subscribe to:
Posts (Atom)