Followers

August 15, 2012

Fully recover after two month. (ini cerita futsal dan hati)


Lamanya tak tulis blog. Biasalah bila otak dan jari jemari tak dapat berjalan seiring. Bila idea ada malas menaip. Bila terasa nak menaip idea takde. Hehe. Tapi terasa hari macam ni sesuai nak menulis walau idea seakan taknak masuk.

Cuti semester aku dah sebulan berlalu. Yes, cuti yang hampir dua bulan. Aku rasa dua bulan tu macammacam dah jadi. Permulaan cuti sem yang tak berapa nak happy bila balik rumah tengok nenek terbaring sakit dan dapat berita yg hampir hancur luluhkan hati. Latihan pusat futsal KSSU UniKL save me ! Buatkan aku tak berapa punya masa nak layan perasaan. Masih ingat macamana aku drive balik kampus dengan deraian air mata sepanjang jalan dan datang dengan keadaan demam.

Tujuan aku tulis entri ni cuma. Cuma dan cumaa.. nak korang iaitu Team Futsal tahu. Korang memang best gila ! sedih yang aku rasa lebih dua tahun dapat korang redakan dalam masa tak sampai tiga minggu. Sumpah korang buat aku rasa Allah ambil satu cinta, tapi Dia ganti dengan cinta yang lebih banyak. Korang jadikan team futsal yang seramai tujuh orang macam satu family dengan sorang ‘papa’. All of you are super-duper awesome ! Seriously aku sayang korang. =)

Ingat lagi macamana susah kita nk create team ni. Bila sorang-sorang tarik diri dan tepaksa cari pengganti last minit. Suppose kita ada lapan orang. Tapi finally cume bertujuh. Ecah and Ain yang jadi bidan terjun awalnya tak tahu main futsal. Tapi papa the best kan? Dia train kita sampai semua pandai main futsal. Ecah and Ain dah pandai sepak kuat and pass bola pun ok. Dan tak masal aku tetiba kene jadi goal keeper. Penangan goal keeper kita lari dan masa friendly dengan student MMU aku secara tak sengaja tertunjuk kn bakat yg tak seberapa. Haha. Bajet gila. Ape pun tengss to Tasya sbb tolong defend goal dgn baik even ada sekali sampai terkena penalty. Tett ! haha. No big deal actually.

Well, sebenarnya papa tak pernah marah-marah atau pressure kita. Dats why kot kita semua selesa dgn team ni. Ingat lagi macamana kita buat post mortem masa papa takde. Kita muhasabah diri la kononnya. Lepas tu kita semua perform kan? Tengss to Ecah sbb tergerak hati nk buat post mortem.

Walaupun kita tak menang masa KSSU, tapi aku rasa kita dapat something yang lebih besar dari medal iaitu “family”. Kita ada papa, mama, kak long, abang, kak yong, and adek2. Seyes korang sangat sangat happening. Zaza and Lisa jadi striker, Tasya and Ain jd defender. Ecah sbg simpanan. Goalkeeper? Op cos la saya. Haha. And Lenka as a second goalkeeper. Dan. Dannn… Syed Nabil as our coach and papa ! xD Sumpah aku rindu nak main futsal dengan kamu kamu semua. Nanti lepas raya kita turun training semula oke !

Sebenarnya susah senang happy sedih dengan korang semua yang buat aku fully recover. Korang semua dah tolong aku secara tak langsung. Terima kasih terima kasih dan banyak banyak terima kasih. Tak lupa terima kasih buat Myra, Dayah dan Farah yang sepanjang dua tahun ni sanggup pinjamkan bahu korang. Love all of you ! =)


 korang the best !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...