Followers

May 6, 2014

Gagal puitis

Dulu aku tulis puisi sebab taknak orang lain tau atau paham isi hati aku. Rasa nak luahkan, tapi taknak bagi orang paham. 

Tapi sekarang, when someone misunderstood salah satu puisi yang aku tulis. Aku rasa nak pegi tepi pantai and scream kuat-kuat. Ala-ala macam dalam drama camtuhh.. And dia cakap dia doesn't need my puisi sebab dia memang tak puitis. 

Okay.. i feel like wanna stop writing.  


Tapi, puisi tu escapism aku. Mana boleh stop. Aku tetap aku, yang mungkin belum kau paham dan masih lagi aku yang gagal buat kau paham isi dalam puisi. 

April 26, 2014

April 24, 2014

Jalan aku Kaki aku

Korang teringin lalu jalan yang aku pijak sekarang ni. Tapi korang tak tahu, aku pun teringin nak lalu jalan yang korang tengah pijak dari dulu sampai sekarang. 

Ye. Manusia memang tak pandai bersyukur kan? 



Halimunan

Aku pelangi yang tak memberi warna di hidup mu
Aku bulan tapi tak menerangi
Aku bintang ditelan kegelapan malam..

Bait lirik lagu yang aku tak ingat siapa penyanyi dia. Tu bahasa puitis. Bahasa mudah nya. Aku wujud, tapi kau tak nampak tak rasa. 

Tapi aku bukan halimunan. 

Typing...

Lama tinggalkan BintangEmpatBelasHari . Maybe dah boley start menulis balik kot?

Ye. Tahu. Menulis pakai tangan bukan kaki. #GambarHiasan

November 17, 2013

Hujan pagi. Jangan hujan hati

Nah, teringat kata seorang kawan ni. Bila diberikan satu kertas putih dan dicalitakan sedikit dakwat hitam di tengahnya. Pasti. Mata dan akal tertumpu pada si hitam walau putih nyata lebih luas. Samalah dengan kita dalam nyata. Bila dihidangkan dengan satu dua masalah dan musibah, kita selalu lupa atau sengaja mengabaikan beribu hadiah yang Allah sediakan untuk kita teruskan senyuman.

Omputih kata, "The most beautiful smile is the one that struggles through tears". Dan kerana itulah senyuman adalah pakaian paling mahal.. (:

Biar hujan pagi. 
Jangan hujan hati. 
Tapi kalau hujan pun, mana tahu ada pelangi yang menanti
(DY, 2013)

It's raining

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...