Followers

Showing posts with label DY's Little View. Show all posts
Showing posts with label DY's Little View. Show all posts

September 14, 2013

Bola

Terasa nak update entri bila Man Utd and Harimau Muda menang malam neh. Sebabkan waktu game yang hampir serentak, dan berbekal kan sebijik laptop dan broadbangg, cuma mampu layan satu game jeh. Mas vs. Myanmar.  Tambah pulak tak jumpa streaming game Man Utd. Ape pun good game played by Harimau Muda. Enjoyed the game sebab bole jerit "goaall" untuk Mas. Tapi yang sentap nya bila time game Arsenal ngan Sunderland elok plak streaming kat bazooka. Bias ni bias. Haha.

Game malam ni lawan masa hujan lebat. Teringat waktu tournament handball sekolah rendah. Lebih tepat masa darjah enam. Gigih betul masa tu hujan-hujan pun nak main jugak. Reff tanya nak hold game ke tidak kitorang cakap tamauu. Alhamdulillah. Medal perak untuk tahun 2003. Sejak kecik bawak balik medal atau trofi dengan harapan dapat tengok senyuman abah dan emak yang lain dari selalu. Dan sy masih sama macam dulu, mak, abah. (': 

Zaman universiti. Masih lagi medal ini untuk mak dan abah. #KSSM #UniKL #Micetian #Futsal #Basketball

I just wondering. Kenapa bila game bola orang selalu pandang pada striker? Jangan lupa team takkan kuat tanpa ada good defender and keeper. Striker pun akan pincang tanpa ada assistance yang baik. I just believe, in a game bukan soal berapa bijik goal kita sumbat. Tapi it's all about teamwork. (: 

August 30, 2013

Malam Tiga Puluh Satu. Sambut cara aku.

Ini bukan malam sejarah yang kau simpan dalam buku. #MalamTigaPuluhSatu -MosyukiBorhan

#UniKL #Micetian #AmbangMerdeka

Sebenarnya bila sebut pasal merdeka. Aku pun tak tahu macamana cara sebenar nak sambut. Yang aku ingat dulu masa kecik-kecik tepat jam pukul12 malam akan dengar bunyi bunga api. Esok pagi nya akan duduk depan TV dan tengok perarakan. Yang paling aku suka waktu bentuk logo-logo or bendera guna perbarisan tu dan tengok kereta berhias. Kat sekolah pulak akan ada pertandingan melukis dan mewarna. Nak advance sikit, buat konvoi sambil bawak bendera Malaysia. Kemudian ade pulak nyanyian lagu-lagu patriotik.

Bila dah masuk usia belia ni mungkin perlu ubah cara pemikiran dan sambutan. Sambut dalam hati dengan rasa syukur dan dengan azam untuk jadi rakyat yang baik. Rakyat yang baik? Bunyi macam skema kan. Tapi rasanya itulah ayat paling tepat. How? Mungkin dengan belajar molek-molek dan dapatkan keja. Bantu ekonomi negara, bantu orang lain dan beri contoh yang baik pada generasi yang lebih muda. InsyaAllah.

Mungkin betul bila ada yang kata, laungan "MERDEKA" generasi sekarang takkan sama dengan laungan generasi waktu tahun 1957. Apa pun, salam merdeka yang ke 56 Malaysia ku. (': 

August 16, 2013

Silaturrahim vs. Mangkuk #CeritaRaya

Teringat cerita dari NHJ pasal raya tahun lepas. Ada tetamu datang rumah. Pakcik dia minta tolong panas kan sup untuk hidang kan pada tetamu. Dia pun ambil satu mangkuk kaca yang dia sangka kan heat resistance punya. Masukkan sup dalam tu dan terus panaskan atas dapur gas. Then mangkuk tu pecah. Habis tumpah sup dalam tu. Tak dapat nak hidangkan pada tetamu. NHJ mintak maaf kat pakcik dia and dia ingatkan pakcik dia akan marah. Tapi pakcik dia kata "it's okay." NHJ pun rasa pelik takkan lah tak rasa marah, bila mangkuk kaca tu pecah then dengan tetamu ramai kat depan yang nak dihidangkan dengan sup tadi tu kan. Pakcik dia jawab "Mana lagi penting, mangkuk ke hubungan keluarga?" NHJ kata dia terharu gila. 

Typical nya manusia sekarang, terlalu ikut kan hati sampai lupa pada silaturrahim yang harus di jaga. Marah sampai tak jaga perkataan. Tak ambil kesah pada hati orang yang mungkin terguris. Kita memang punya hak untuk marah bila orang lain buat silap. Tapi bukan memaki. Kalau kita tak mampu nak kata something yang berhikmah macam pakcik NHJ tadi bila marah, pilih lah untuk tak kata apa-apa. Macam yang Nabi ada ajar, bila marah pilih lah untuk diam. :)

Making mistake is a part of life

Setiap orang buat silap, beza nya cuma apa, dan pilihan samaada untuk teruskan atau berhenti dan perbetulkan. 

August 2, 2013

Bahagia tu pada hati yang merasa

Hari ni terpandang kitten ngan mummy dia. Main-main kat bawah blok asrama. Such a touch scene. Dua ekor kucing tu sikit comot, mungkin tak bertuan dan mungkin tak berumah. But they look so happy. Teringat kucing parsi kat rumah kawan. Yang selalu kene kurung tak bebas nak bermain. Cuma bila orang datang akan puji kata 'beatiful'.

Dekat sini, aku rasa HAPPY dan BEAUTIFUL punya beza yang sangat besar.

#Citam #MyLazyCat

Kemudian aku sambung fikir, kucing tu semua sama je. Yang membezakan adalah persekitaran. Kalau kucing tu bertuan, nampak comel la dia. Kalau tuan dia loaded, bukan setakat comel, gemuk, gebu semua ada. Bandingkan dengan kucing jalanan yang homeless tu, kurus, comot dan keding lah cerita nya. 

Sama jugak dengan manusia. Asas nya sama. Yang membezakan kita ialah kat mana Allah nak letakkan kita. Kalau kita lahir dalam keluarga kaya, kaya la kita, cantik pandai bergaya and vice versa. 

Kalau kucing jalanan yang kurus comot pandai cari makan dengan tangkap tikus, tangkap burung atas pokok, atau pancing ikan kat pasar. Mungkin dari kurus boleh jadi gemuk. Atau jalan pegi ke kawasan rumah-rumah, mungkin dia bakal bertuan dan hidup terjaga. Manusia pun kalau lahir dalam kekurangan, tapi punya effort nak maju, insyaAllah we will be better.

Aku bukan bersedih dengan kekurangan
tapi aku letih melihat mereka yang masih mempersoalkan
walau telah dibentangkan dengan beribu kelebihan
atau mereka perlu di ajar dengan erti kesusahan
Baru mereka tahu mengangkat menadah tangan


(DY, 2013)

Berhenti mempersoalkan kenapa Allah beri begitu dan begini. Tapi cuba lah cari hikmah disebalik nya. Bahagia tu bukan pada mata yang melihat, tapi ada pada hati yang merasa. (: 

Apa rasa tanpa social network?

Last week aku decide untuk deactivate account facebook. Selang bape hari kemudian, twitter pulak jadi mangsa. Ada yang tanya kenapa. Got problem ngan sesiapa ke? Sebenarnya saja nak testing apa rasa nya tanpa social network. 

Kalau dulu nak jemput wedding, guna kad jemputan. Pos and antar kat semua kenalan. Sekarang buat je event kat facebook then invite semua. Kalau dulu-dulu time bulan puasa ni lah banyak dapat kad raya kawan-kawan hantar. Sekarang semua wish pakai facebook tag semua orang. Sekali jalan. Kalau dulu orang wish hari jadi sebab memang dia ingat tarikh tu. Sekarang tak lagi sebab ada facebook tolong ingatkan. 

Orang kata 'easy'. Yeah memang senang. Teknologi kan. Sapa boleh deny. Tapi terasa sentimental value tu semakin kurang. Taktau la kalau aku sorang je rasa macam ni. Haha

Untuk kes orang bercinta pulak, haa macam yang Steve Stifler ni kata pulak la. And berdasarkan observation, aku rasa benda tu memang betul.

#Life #Fact

Sebenarnya susah jugak bila da deactivate social network ni. Sebab mostly information semua orang sampaikan through facebook. Rasa macam noob pun ada jugak sebab taktaw cerita luar. Tapi takpelah sempena cuti sem ni amek feel sekejap camne rasa tanpa social network. Haha

"tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua"

#BawaKuPergi #LirikLagu

Ini semester lepas punya conversation #ChuyaYaya

Okey tipu. Sebenarnya nak lelaki yang macam abah. Sebab abah buat saya rasa 'cukup'. (:

P/s: Blog ni pun sebenar nya social network juga kan? -_-"

July 28, 2013

Isi Al-Quran mencabar masa depan - Dr Gary Miller

Rasanya dah banyak kita dengar ramai mualaf yang jadi pendakwah kan? yang dulu nya non-muslim, beragama Kristian, Hindu, Buddha.. bila convert masuk Islam, diorang jadi pendakwah. Dr Gary Miller is one of them. (:


Baru tadi baca link yang kawan post kat Facebook. SINI. Dan tertarik dengan kata-kata Dr Miller tentang isi Al Quran yang mencabar masa depan pada sisi pandangan dia.

First, mengenai Abu Lahab yang selalu menentang Rasulullah, menentang Islam. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan "Al-Masad". Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, Ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. 

Selama 10 tahun itu, Abu Lahab berkata: "Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia( baginda s.a.w )mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah surah ini datang dari Allah? ". 

Tapi sepanjang 10 tahun tu tak pernah pun Abu Lahab masuk Islam. Dalam erti kata lain, Rasulullah dah beri Abu Lahab peluang untuk membuktikan yang Rasulullah tu salah. Tetapi Abu Lahab tak melakukan apa-apa sepanjang 10 tahun tu.

"Dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana ini (Al Quran) bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Tuhan yang Mengetahui apa yang tersembunyi dan Mengetahui bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim." (Dr Gary Miller)

Second, mengenai permusuhan Islam dengan orang Yahudi:

"Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar. Sehingga kini ,musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan bergaul dengan orang Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita bergaul dengan anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh,Al-Quran ini salah! Tetapi ini tidak berlaku pada 1400 tahun! dan ia tidak akan berlaku kerana ini adalah firman dari Tuhan Yang Esa yang Maha Mengetahui bukannya kata-kata manusia." (Dr Gary Miller)

Ni baru sikit yang Dr Gary Miller cuba bentangkan tentang kebenaran Al Quran. Yang lebihnya boleh baca pada link tadi. Atau boleh dengar talk dari pendakwah-pendakwah yang lain. Jadi bekalan kalau-kalau satu hari nanti ada yang bertanya tentang kebenaran Al Quran pada kita pulak. (:

#AlQuran #Guidance

Selalu kita dengar pendakwah buktikan kalam Allah (Al Quran) dengan kaedah saintifik and macam-macam lagi. Apa yang Dr Gary Miller cuba sampaikan ni pun salah satunya darinya. Nice kan? Kadang-kadang kita yang memang dah sedia lahir dalam Islam ni pun tak pernah terfikir. Mungkin sebab tak pernah mentafsir. Sebab tu mungkin wujudnya orang yang belum Islam (non-muslim) ni. Sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang. (:

July 23, 2013

Kita bukan Tuhan untuk menghukum

Masa zaman sekolah, bila salah buat keje sekolah, cikgu akan suruh buat pembetulan kat muka surat sebelah. Tapi dunia harini ni, bila buat salah, kita jadi bahan cacian, ejekan dan hentaman. Ya. Mungkin sebab hidup bukan sejenis latihan macam keje sekolah. 

Tapi bukan ke cikgu pun ada ajar, marah pada kesalahan, bukan pada pesalah. Setiap orang deserve peluang kedua. Sebab tu dalam bola sepak, pemain yang buat silap akan dapat kad kuning dulu sebelum kad merah. 

Satu.
Kita semua adalah sama
Aku manusia, kau manusia, mereka juga manusia
Dua.
Kita semua berbeza
Aku adalah aku, kau adalah kau, mereka adalah mereka
Tiga.
Kita semua adalah pendosa
Aku dengan dosa ku, kau dengan dosa kau, mereka juga dengan dosa mereka
Empat.
Kita punya Tuhan yang sama
Mengapa perlu kita berbalah
Tuhan tidak pernah zalim, kenapa perlu kita?
Lima.
Kita semua pasti kembali
Tiba masa, sampainya waktu, jasad dan roh pasti terpisah

Yang tinggal hanya satu,
iaitu kita adalah sama
Yang berbeza cuma dua,
Kita bukan Tuhan untuk menghukum
Dan kita bukan Muhammad tanpa dosa.

(QFreeInk, 2013)

#StopJudging #StayPositive 

Hati-hati dalam menghentam, sebab kita tak tahu masa depan. Sedangkan Umar Al-Khatab yang dulunya zalim pun boleh berubah menjadi sahabat Nabi yang dijamin masuk syurga. Dan Iblis yang asalnya hamba paling taat, menjadi hamba yang dilaknat dan menjadi penghuni neraka. Siapa kita untuk menghakim?

Kesilapan kan guru terbaik dalam hidup. Again. Kita bukan Muhammad tanpa dosa. Dan juga bukan Tuhan untuk menghukum. (:

July 21, 2013

Bila Jo (non-muslim) puasa sehari.

Yesterday, my friend just posted a video seorang chinese ni yang cuba untuk puasa sehari. Taktaw kenapa hati rasa tertarik nak tengok. Here he is (:


Masa awal-awal video tu Jo ada sebut, puasa tak boleh makan tak boleh minum, tak boleh buat benda-benda jahat. Sesungguhnya aku touching. Non-muslim pun tau yang bila berpuasa kita tak boleh buat benda jahat. Seharusnya kita as a Muslim patut lebih faham kan? (: 

#RulesOfFasting #Ramadhan

'Conserve your tounge' . Bukan hanya lisan. Tapi juga di laman sosial. Behave. #SelfReminder (:

Okay back to the video. Nampak tak muka excited dia waktu masuk je waktu berbuka tu? Happy face sungguh bila dapat minum dapat makan. Buat aku teringat akan satu hadis ni:

"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti." - (Riwayat At-Tirmizi).

Jo yang terlepas waktu sahur pun still continue puasa. So sesape yang skip puasa dengan alasan terlepas sahur tu sila lah berasa malu okayy.. Tapi my mom pesan, jangan skip sahur. Masa kecik-kecik zaman sekolah rendah bila liat nak bangun sahur, mak sanggup datang pegi bilik bawakkan air milo dan air suam. Suruh jugak sahur. Sebab Nabi pun ada kata:

"Bersahur itu berkat maka jangan lah kamu tinggalkan, walau seorang diantara mu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur." - (Riwayat Ahmad).

Pada minit 4:50 Jo ada mention pasal kesabaran. Yeah. Even dia baru puasa satu hari, tapi dia dapat hikmah berpuasa yang Islam nak ajar. Alhamdulillah. Puasa ni kita sama-sama dapat rasa macamana orang miskin atau mangsa peperangan  tak dapat makan dan minum setiap hari. Mengajar kita erti sabar dan insaf. 


Wanna say thanx a lot to Jo for making dis video. He teach us to respect each other. Islam tu indah. Akhlak Rasulullah jadi sandaran. No racist. Again. Seharusnya kita lebih tahu. Stop any rude speech or talking about each other. Teringat status facebook seorang kawan:

"Don't spread your words that can makes people hate each other even it is true. Keep it yourself. Kalau nak tujukan kat sorang je pon, yang len terasa padah jugakkan? Sebarkan haruman, busuk busuk tu simpan, buang jauh." - Suriya Adnan

Kalau Jo yang non-muslim pun boleh buat video ni sebagai tanda respect pada Muslim yang berpuasa, and the other non-muslims yang turut menghormati bulan ramadhan ni. Why not kita sendiri?  Harap takde lagi lah manusia-manusia (muslim) yang merokok di tempat awam masa bulan puasa ni. And again. Teringat emak pesan. Kalau kita (perempuan) tak bole puasa (period) pun bukan maksud kita boleh makan sesuka hati waktu siang. My mom still akan suruh bangun sahur sama-sama dan berbuka sama-sama. Nak makan sekalipun sila sorok-sorok. Hormat yang lain katanya. 

Okay, selamat berpuasa ! Last but not least. Jo, saya pun suka roti jala jugak. #Eh. (: 

July 12, 2013

Curiga dan Percaya. #Cinta

Lately ramai pulak kawan-kawan mengadu yang pasangan diorang kuat jealous and quite mengongkong. Aku cuma mampu senyum, sengih dan kadang-kadang gelak. Bukan tak simpati. Tapi aku takut kalau aku bagi nasihat, nanti diorang bakal putus, break ataupun clash. Haha. 

Tapi sebab yang mengadu tu dah melebihi tahap kemampuan aku nak beri nasihat. So aku nak kongsi sikit apa yang aku baca dari blog BicaraSamaAwan beberapa bulan lepas. (:  

CURIGA DAN PERCAYA

Dalam relationship, 

cukup sekadar kita ikatkan ia, 
rasa berteman. 

Dalam perhubungan, 

Cukup sekadar kita percaya tentang diri kita sendiri bagaimana untuk kita jadi terbaik bukan pada dia, tapi pada diri sendiri. 

Dalam cinta, 

Jangan pagar undang-undang untuk melaporkan setiap apa pun. 

Makan kita macam mana, 
Hari ini kita buat apa, 
Balik jam berapa, 
Tidur jam berapa, 
Itu siapa, 
Ini siapa, 

Cuba fikir: untuk apa? 

Bukankah cinta itu datang cukup hanya kita rasa kewujudan itu, ada. 

Bukankah cinta yang dianugerah Tuhan itu untuk dipelihara pada aliran jalan sehalanya? 

Tanya diri sendiri: berjuta rasa cinta yang kita beri untuk dia ini adakah itu tiket untuk kita bersama dengan dia selamanya? 

Jangan ragu pada cinta seolah dia kenapa-kenapa dibawa angin bimbang tentang keadaanya? 

Jangan letak sejuta harapan pada jalan yang kita sendiri tidak tahu, ia sampai mana? 

Cukup hanya kita minta: pencerahan pada si pemberi cinta: Tuhan. 

Cukup hanya kita terbangkan doa; 

"Semoga aku dan dia baik-baik saja" 

Ragu dan percaya, 
letak jauh-jauh. 

Kita hanya berteman, 
tanpa ada harapan. 

Kerna harapan itu, 
adalah ragu. 

Harapan itu kepercayaannya, 
turun naik. 

Kita adalah teman, 
teman yang saling mempercaya. 

Percayalah, 
Kita tetap akan menemukan bahagia, 

Biarpun kita diganti sosok seseorang disamping kita sekarang, percayakan itu. 

"ia wujud ada untuk kita" 


BSA - 3:56 petang, 
12 March 2013.




Tapi nanti ada pulak yang tanya, "dah dapat pasangan yang kuat jeles nak buat mcmana? takkan nak clash?" Okey, for me perasaan curiga dan percaya tu dua-dua perlu ada. Cuma perlu ada kat tempat yang betul. Kalau takde perasan curiga tu mcm tak normal pula. Percaya. Kalau tak percaya buat apa nak bersama. Dan kalau tak percaya kenapa nak mengurat si dia masa awal-awal atau accept 'lamaran'. Right?

Kepercayaan tu bukan hari ni cakap "awak kena percaya saya" dan esok sampai mati dia akan percaya kita. No. Kepercayaan tu dibina dan dipertahankan. Ingat lagi macamana susah aku nak mintak izin dari abah untuk kerja part time lepas SPM. Once abah bagi peluang, aku cuba guna dan jaga peluang tu. How? Tak balik lambat tanpa sebab. Tiap kali ada mamat-mamat datang bagi bisnes card or whatelse aku serah semua pada abah. Bukti yang aku serius cuma nak kerja. Dan aku tak sia-siakan duit gaji dengan cara sambung belaja masuk matrikulasi guna duit sendiri. Then bila cuti semester kat universiti nak minta izin dari abah kerja part time pun dah senang. Yeay. **Aku taktaw nak share pengalaman becinta. So kongsi cerita aku ngan abah pun bole kan? Pokok pangkal dia nak buat pasangan tu percaya kita bukan sehari dua. Kata sayang? Effort la sikit untuk buat dia faham dan percaya. Asalkan tak langgar ajaran agama dan tak lupa mak ayah. 

Biasa problem yang kawan-kawan mengadu "dia tak bagi aku keluar dengan kawan lelaki yang lain, tak manis katanya." Aku suggest, cuba reply macam ni. "Abis tu yang kita selalu keluar dating berdua tu manis sangat ke? At least sy keluar dengan kawan tu ramai-ramai. Kalau nak buat silap pun masih ada yang lain untuk tegur." Tapi lepas tu korang besedia la untuk dia sentap and merajuk seminggu atau sebulan. Haha. Suggestion lain, cuba sekali sekala bawak dia keluar sama-sama dengan kawan-kawan kita. Biar dia kenal biar dia nampak dengan orang yang macamana kita berkawan. Mungkin lepas tu dia lebih percaya. 

Masalah seterusnya, dapat pasangan yang every minute every second nak tau kita pergi mana, buat apa dan dengan sapa. Oke yang ni serius rimas. Mak ngan ayah kita pun tak macam ni kan? Haha. Aku suggest, cuba jawab macam ni "setiap aktiviti saya, sy dah lapor kat mak ayah. Kalau awk nak tahu, lebih afdhal awk tanya kat mak ayah sy sendiri." Bagi hint sikit kat si dia yang parent masih lagi yang TERPENTING dan TERUTAMA dalam diri kita. Bukan dia yang belum ada apa-apa ikatan sah dengan kita. Tapi tu pun kalau berani nak buat la. 

Suggestion last aku, selalu-selalu lah doa mintak dia dilembutkan hati untuk percaya kita. Sebab tanpa percaya ibarat macam nak bina rumah tanpa tiang. 

Letak cinta 100% pada pemilik hati, iaitu DIA.

Ayat akhir aku, kalau rasa tak boleh jugak hidup dengan ada orang jeles atau sentiasa nak ambil tahu, jadi single la. Hidup sorang-sorang. Pahtu jangan nanges pulak. Hihi. Pada yang belum ada pasangan atau calon pasangan tu, luangkan lah sikit masa untuk selalu doa pada yang atas supaya diberi pasangan yang memahami dan mempercayai. Remember, kita pilih pasangan yang kita nak bawak dan hadap sampai mati dan selepas mati. 

July 7, 2013

Belajar pakai HATI

01.15 a.m, just submitted my first task. So curi masa jap nak update blog. :)

Berapa hari lepas, my junior ada tanya pasal cara belajar, pointer and so on kat kampus nih. so bagila sikit2 mana yang ada. Then I said, "nanti korang jangan la sekadar dapat dean list, tapi bila lepas exam tanya balik pasal what u have learn then u blank. Dah lupa. Lepas belajar, ingat, so masa keje senang nak apply" Diorang reply balik kata "Haa.. tu yang susah. Mintak tips sikit." Diam sekejap, then I said, "Belajar pakai hati." Pahtu diorang gelak and kata ayat mcm dalam novel. Haha. Oke fine kena gelak. But then, bape hari lepas tu one of them tanya balik.

Honestly, aku pun takdela suka semua subjek sepanjang dah enam semester aku kat sini. But at least, kita cuba untuk suka. Cuba untuk belajar pakai HATI. Sebab, bila kita belajar pakai hati, susah macamana pun, kita cuba jugak untuk survive. One of my senior said, pointer dia takdela bagus mana, tak lepas 3.00 pun, but now dia kerja dengan company besar oil and gas. Mula-mula memang ketua dia kat situ pandang sinis, how come pointer tak tinggi tapi bole masuk company tu. So ketua dia bukak satu machine ni and mintak dia explain. Dan dia kata, mmg result dia tak gempak, tapi style dia belajar, dia akan cuba paham, bukan menghafal. So dia dapat explain pasal machine tadi. Then baru ketua dia impressed. 

For me, rugi kalau kita belajar semata nak result gempak. Tapi fail dalam apply. Rugi sebab Allah dah bagi kita peluang untuk belajar, tapi niat kita lari. Kita lupa kita belajar lillahi ta'la dan lupa letakkan hati pada apa yang kita buat. :) 


May 28, 2013

Buka mata pakai hati. Melihat dalam persepsi lebih luas.

Dulu aku penah cakap "Move on. Hidup bukan untuk hanya untuk cinta." Kemudian ada yang jawab, "Memang hidup bukan hanya untuk cinta. Tapi tanpa sedar hidup kita memang dikelilingi oleh cinta."

Buka mata pakai hati, lihat cinta dengan persepsi lebih luas. Bukan sekadar hanya untuk dua orang yang berlainan jantina.

Kalau cinta pada yang atas, setiap helaan nafas ini takkan mungkin kita bazirkan. Kalau cinta Rasul jadi sandaran mana mungkin ada makhluk berakhlak buruk. Kalau betul cinta, takkan ada yang sanggup pandang remeh setiap harapan yang mak ayah sandarkan. Takkan ada anak yang sanggup bazirkan setiap sen yang diberi atau setiap nasihat yang keluar dari mulut mereka. Kalau betul cinta, seorang kawan takkan berkira dengan sepinggan nasi untuk dikongsi, atau masa untuk dibahagi bila kawan perlu bahu untuk bersandar. Kalau betul cinta, murid mungkin selalu berebut kerusi paling hadapan dan takkan berkira-kira untuk ponteng kelas.

Cukup kita disajikan dengan kisah cinta adam dan hawa, romeo dan juliet. Sampai selalu lupa tentang cinta yang di atas, di kanan dan kiri, di depan mahupun dibelakang. 

Aku pernah menjadi si dungu,
yang dulu selalu menunggu. 
Menunggu sesuatu yang akhirnya pergi dulu.

Memang waktu itu aku bebal. 
Tapi ini bukan masa untuk sesal dan menyesal. 
Sebab mana ada yang kekal.

Aku hari ini kerana yang semalam semalam. 
Terus percaya yang di depan cerah walau di belakangnya kelam. 
Kerana yakin perancanganNya lebih hebat lebih mendalam.

(DY, 2013)


#KeepSmiling #Rainbow 


Bersyukur selepas banyak perkara. Senyuman ni masih milik aku. Bersangka baiklah di setiap langkah. Kadang kadang apa yang Dia rencanakan memang tak tercapai jangkau akal fikiran. Tapi kerana sesungguhnya Dia lebih tahu, dan Dia selalu beri apa yang kita perlu bukan yang selalu kita mahu. 

May 23, 2013

Smile change the world

Let your smile change the world. Don't ever let the world change your smile. 

#Mimi #Yaya #Chuya #Melaka #RiverCruise #EndOfSemester6 #Smile

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile. (:

March 9, 2013

Bukan maksud. Cuma masing2 punya cara tersendiri.


09 March 2013
Hari ni aku datang umah abang kat Shah Alam. dengan alasan nak bawak Mr.Asus jumpa dokter. kesian dia asik demam panas.

Kat s.alam nih aku ada dua org anak buah. dua-dua pemalu. tapi aku tau dia rindu kat maksu dia nih. Hihi. sebab dari tadi dia dok bawak barang mainan dia and main kat depan pintu bilik. sambil main mata dgn aku. 

Tapi maksu dia ni pun pemalu jugak. takde pun nak panggil suh masuk main dlm bilik. cuma mampu bagi senyuman paling manis kat anak2 buah tesayang nih. ihiks.

Kesimpulan kat sini. setiap org punya cara masing2. tak bercakap bukan maksud tak suka. tak mendekat bukan maksud nak menjauh. tak luahkan bukan maksud tak sayang. cuma kami malu. Hahaha. 

p/s: sumpah aku sayang semuaaa anak2 buah aku. Udin, Haadee, Rizqi, Numair and Nufail. yg ke-enam coming soon. insyaAllah. Setakat ni semua hero-hero okey. Hihi. 


kesayangan beta ! (:

May 29, 2011

Take a minute to smile :)

Everyday may not be good,
But there's something good in everyday..


so, you have no reason to not smile :)



Take a minute in everyday to smile :)


May 23, 2011

ingat balik sejarah syaitan bila terasa nak bangga diri

penah tak jumpe org yg kutuk sakan bile ade org lain buat salah?
okeyh amik contoh. ade si A ni kapel then pegang2 tangan. peluk2. kiss2.
Si B kutuk mcm2. kate itu kate ini. Pahtu setaun kemudian..
eh2.. die pulak buat benda sama. Haiyaa.. cakap tak supe bikin maa…

okeyh.. lagi.. lagi.. masa zaman sekola.. si X tak pakai tudung. pakai baju ketat. suar sendat.
Si Y pun ckap seksi.. haram.. berdosa.. bla..bla.. bla..
pahtu bila masing2 dah masuk U. tgk2 kat fesbuk si Y.. larhh.. turn die pulak pakai seksi.
tup2 si X tadi yg dah bertudung litup. Holaaa…

Takpon.. takpon.. bila kat kelas.. Si M tak bape pandai. result tak gempak mcm si N.
Si N pun punye bangga die paling hebat kat kelas. die pun kutuk si M.
kate dia malas.. main byk.. berangan tak sudah.. dan mcm2..
Si M amik IT jeh kat universiti. nak amik sains result tak hebat. Si N amik engineering.
7 tahun kemudian.. eh2.. Si M dah ade perniagaan sendiri. dah ade byk cawangan.
Si N? masih bekerja di syarikat biasa. gaji yg sama.

Well.. benda ni salu terjadi kan? bila kite kutuk org lain.
dengan erti kate lain. sama mcm kite bongkak ! berbangga diri.
Yelah. hang duk kutuk2 si pulan ini. si pulan itu. sbb hang tak buat kan..
hang nak ckp hang baek lah kan.. kan?

mari kite ingat balik sejarah mcmana setan bole terkeluar dari syurga.
sebelum manusia diciptakan. Setan adalah hamba yg paling taat dan paling byk buat ibadat.
lebih taat dari malaikat.
Bila Allah kata akan ada hamba Dia yg ingkar. Setan ni pun yakin yg hamba tu bukan dia.
sbb selama ni dial ah hamba yg paling taat.
tup2 bila manusia dijadikan. Setan lah hamba Allah yg ingkar tuh..



so kat sini kita boleh amik iktibar. jangan terlalu yakin bila hari ini kite hamba Allah yg baik.
esok.. lusa dan seterusnya.. kita masih lg hamba Allah yg baik..
sentiasa lah beringat. jangan seronok sakan nak mengutuk org..

bak kate org. bila satu jari tuding pada org lain. 4 lagi jari tuding kat diri sendiri. =)

~Ini ingatan utk semua dan diri aku juga. . .

May 19, 2011

senyuman apa yang kite ada?

senyuman tu penyejuk hati. senyuman tu penawar. senyuman tu sedekah. kan?
tapi ape jadi bile senyum tapi hati beku. senyum tapi tawar. so, senyum tu masih dikira sedekah?

kalau penah tgk badut buat show. senyum sokmo badut tu kan. lebar semacam.
tapi bila dah habis buat show. padam semua make-up kat muka. masih senyum kah manusia yg jadi badut tadi?

di sebalik senyuman seorang badut. tak sape tahu.

aku dan anda yg bernama manusia. senyum jenis apa yg kita ada? senyum seperti badut? sekadar jadi penyenang hati org lain. atau senyum tulus dari hati?

senyum memang benda yg mudah. tapi senyum dengan ikhlas tak mudah. =)

April 16, 2011

Bila katak makan ular

biase kite dengar..
biase kite lihat..
ular makan katak..
tapi amacam kalau katak plak makan ular?
tak caye ke? cube tgk kat gambar tuh.. ;)


kadang2 kite mmg kene melawan arus..
kadang2 kite memang kene melawan kebiasaan..
kadang2 mmg kite kene buat something yang pelik..

kalau tak.. 
sampai ke sudah la kite kat bawah..
sampai bile2 pon asik kene buli..
dan...dan..dann....
kalau tak..
sampai ke ending pon, katak asik kene makan dgn ular.. ;)

February 4, 2011

Fairy Tales don't always have a Happy Ending. Do they?

Masa kecik2. Masa zaman tadika. Masa zaman mak2 baca buku cerita sebelum korang tido.
Ape the femes story yg korang salu dengar? Kalau aku. Er.. Cinderella, Aladdin, dengan Snow White.



Tapi korang perasan tak? Most of fairy tales punye story, akan happy ending. Si heroin yg cantik jelita. Si Hero yg gagah and hensem gila konon nyer. Dan kebanyakan nye, salah sorang adelah puteri atau putera raja. Si hero akan datang selamatkan si heroin yg konon nye teraniaya. Pahtu dorang kawen and bahagia sampai ke anak cicit. Oh, so typical ahh..

Saje je citer2 mcm ni nak bagi harapan kat budak2 kecik. Pasang angan2 akan dipinang oleh si putera raja. Hoh. Si putera raja datang dengan kuda yg macho. Eh, helooo… zaman sekarang dah takde kuda2 bagai nih.. putera raja? Uiks.. anak raja adelah. (rumate aku cakap putera raja ngan anak raja tu sama jek!) Hehe.

Oke2. Kite cerita pasal fairy tales zaman moden pulak. Mahu?

Sekarang takde dah org tunggu putera raja yg datang meminang. Now, awek2 cun jelita tunggu si datuk2 atau si tan sri yg datang meminang dengan kereta BMW or Mercedes. Tapi aku tak sure lah si hero2 zaman moden ni datang selamat kan si heroin2 ke tidak. Atau pandang yg berdahi licin. Haha.


Okeh, part happy ending pulak. Korang pecaya ke yg story2 fairy tales uh happy ending jek. Cuba korang tengok Cinderella. Betol ke die bahagia? As u all sume tau. Die budak yg teraniaya. Selalu kene buli dengan akak2 n mak tiri. Tak penah merasa hidup mewah. Apetah hidup ber’perotokol’. So lepas die kawen ngan putera raja terbabit. Korang rasa die boleh tak sesuaikan diri dengan hidup mewah and perotokol. Hey, korang igt asal ade duet tuh bahagia ke? Memandangkan si penulis tak sambung citer si Cinderella tuh sampai lepas kawen. So kite anggap jelah die bahagia. Ok.

Pegi part fairy tales zaman moden pulak. Korang lihat dan pandang pade awek2 cun jelita yg kawen ngan datuk2 atau tansri2. Bahagia tak?  Happy ending tak? Yes. Happy ending lah kan? Yelah. Dok masuk surat khabar. Gossip itu gossip ini. Gaduh itu gaduh ini. Retak sana retak sini. Last2. Kuar berita mereka bercerai. Pahtu saman menyaman pulak dah.. bahagia tak agak2? Happy ending ke?

Aku tak cakap ah sume awek yg kawen ngan datuk uh akan becerai. Ade jek yg kekal bahagia. Tapi taklah semua nye bahagia. So, teori fairy tales uh tak betol ah kan?
Nak bahagia tak semesti nye kene kawen ngan org2 kaya. Dan. Dan. Dannn… bukan si cantik dah si handsome saje yg berhak bahagia. Yes. Itu point yg aku nak cerita sebenar nye. Mukadimah kemain panjang. Haish.

Korang2 nanti bila dah ade anak2. Jangan dok cerita pasal story mory fairy tales nih. Kang anak korang bila dah besau jd materialistik ! haha. Yelah. Die aim nak kawen ngan putera raja a.k.a orang kaya bila besau. Sebab nak bahagia.

Pada aku, nak bahagia tu ade banyak cara. Bukan dengan cara kawen ngan mamat hensem or awek cun, and hidup kaya. Bahagia tu sgt subjektif. Terletak pada hati. Kalau hati rasa bahagia. Maka bahagia lah kamu. Kalau harta bertimbun, tapi hati rasa tak tenang. Bahagia ke? So… mari kite sama2 mencari bahagia. Sebab. Bahagia tu milik semua orang yg berusaha kearah itu. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...